Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Saspens

Jin Rabun & Sotong Cacat

Cerpen sebelumnya:
Diari Merdeka II
Cerpen selanjutnya:
anjing-anjing milik jiran aku

Jin Rabun suka bermain tenis dengan Sotong Cacat. Sotong Cacat terpaksa main kerana sering dipaksa memegang reket. Mereka sudah lama berkawan.

Satu hari, Sotong Cacat berkata;

‘Aku demam selsema..tak boleh main..’

Jin rabun terus memandang dengan mata yang marah.

‘Apasal pulak kau demam selsema..?? siapa suruh? Ahhh..tak kira..nah pegang reket ni cepat. Kalau tidak aku bagitahu dekat mak kau yang kau curi buah rambutan Pak Talit..’ gertak Jin Rabun. Tangannya menghayun-hayunkan reket tenis ke sana ke mari.

‘Wehh..jangan la bagitahu kat mak aku..nanti naya la aku kena dera..kau tau la mak aku tu macamana…’

‘Macamana??’

‘Macam haremmmmmmmm..’ Lima harkat Sotong Cacat membunyikan dengung huruf ‘mim’.

‘Kalau tak nak aku bagitau, lebih baik kau main ..’

‘Yelaaaa..yelaaa…aku main..tapi kalau aku asyik bersin tak dapat pukul bola, kau tanggung..’

‘Hah?..apasal pulak aku kena tanggung?’

‘Yela…sebab kau paksa aku main jugak..kau tanggung la kebencian bermain tanpa ada kelancaran bola dipukul berbalas-balas..’ Ayat Sotong Cacat tiba-tiba menjadi skema.

Tiba-tiba..

‘HAaaaaaccccchhhhuuuuuMMmmm..!!’

‘Woooii..!!!’

Muka Jin Rabun melekit-lekit terkena percikan dan rembesan hingus dari hidung Sotong Cacat. Mata kirinya gagal dibuka. Melekat.Hingus masuk ke mulut ketika dia menjerit. Hampir sesudu amaunnya. Dia tertelan hingus itu dan terus rebah pengsan ke tanah.

BAMmmm..!

Sambil mengelap hingus yang berjejeran, Sotong Cacat membuka matanya dan melihat kawannya telahpun ‘mati’. Dia kaget seketika.

‘Jinn..!!! Jinnn..!!! bangun weehhh..banguuunnn!! kenapa kau tiba-tiba mati pulak ni..??? kenapapapa??!!!’

Dia lantas mengambil reket tenis dan menampar-nampar muka Jin rabun berkali-kali. Lalu dia memukul –mukul perut Jin rabun seperti orang memotong sayur kobis. Sambil-sambil menjerit dia bangun menyepak-yepak rusuk kanan kawannya itu. Hampir sebelas kali.  Jin Rabun masih juga ‘mati’.

Tiba-tiba dia berhenti menjerit  dan bediri tegak. Reket tenis di lempar ke tanah.

‘puas hati aku…’

Sotong Cacat pulang ke rumah dengan hati yang gembira.

 

 

Cerpen sebelumnya:
Diari Merdeka II
Cerpen selanjutnya:
anjing-anjing milik jiran aku

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.4
5 Penilai

Info penulis

Rizzy

kurap yang mujarab. 
Rizzy | Jadikan Rizzy rakan anda | Hantar Mesej kepada Rizzy

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Rizzy
Tersangkut (Filem Pendek) | 18511 bacaan
Pak Kadiyag | 37379 bacaan
"Kasim"hannya Beliau | 2759 bacaan
Kiting Ke Kedai | 3436 bacaan
Soalan Gudun | 3826 bacaan
Denganmu Kutenang | 3055 bacaan
Kepala Monitor Alpetoh | 2923 bacaan
PCB#2 : Monolog Niraq | 2953 bacaan
Kau Suka the Cerpen (feat. Paktam) | 4605 bacaan
Tangisan Dodo | 3247 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

15 Komen dalam karya Jin Rabun & Sotong Cacat
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik