Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Dua Puluh Enam Tahun : Walau selepas ini aku mati terus ke neraka

 


Menyesal?Mari ingat-ingatkan kembali.

Satu malam paling indah, dia sangka mencipta bintang.Melayani nafsu dan dosa.Tapi kini langitnya hitam legam.Paling hitam.Itu kenyataan.(Dia lupa akan tuhannya maha pengampun)

Sepuluh tahun yang lalu;
Dengan nama dosa,
Satu perasan yang jitu, dia fikir.Ini pemikiran bebas."Ini 'trend aku' melarikan diri dari dogma agama...".Ini dia yang bersifat memberontak.Ini dia yang teramat membencikan stereotaip agama.
"Walau selepas ini aku mati terus ke neraka".

"Kau bakal dihancurkan dengan retorik egomu.RasulNya tak pernah bersalah, ajaranNya tak bersilang dengan kejahatan.Mintalah, mintalah, Dia akan memaafkanmu" Nasihat seorang kawan.
"Tenang, kujaga rahsiamu"

Kembali semula pada dia dibalkoni.
Dicapainya moleskine buruk.Catat sesuatu.Menulis untuk kali terakhir."Aku mahu cipta kebebasan".

Kecelakaan masyarakat.Bingung jiwa.Dia bosan dengan masyarakat yang membikin peraturan dan suka menilai.Jika tak sepadan, kritik.Jika perlu, bunuh jiwanya.Mereka tentukan dimana dia harus mandi,tidur, menulis atau berjalan.Urusan dia, bukan urusan masyarakat.Tak suka?jangan jengah.Benci?jangan ambil tahu."Urusan aku, jangan ambil peduli, kau bukan tuhan untuk menilai aku"


////////
"Kau tak layak lagi"

Jadi?

"Ini sampah"

Betulkah?

"Batang ini kotor.Bersihkan!"

Batang ini kuat

"Ini tattoo, kenapa kau tak buang?"

Kenapa kenapa pula?

"Sembahyanglah!"

Kepada siapa?

"Tuhanmu, Dia Maha Pengasih dan Maha Pemurah"

Aku dengan agama aku!

"Lain kali cermin dahulu, baru fikir hendak hantar kesini"

Oh maaf, kau juga Tuhan ya?
////////

"We want the goods.Who knows who.Who blows who.Who's got the pull and the gelt"

Kekotoran keluarga tidak diambil kira.Dia dan dosa itu.Ibubapa dia tidak perlu mengetahuinya.
"Aku dengan dosa aku, engkau semua dengan dosa kalian.Jangan cuba untuk mensucikan diriku!" bentak hati.

Biar kotor
Bongkak jiwa.
Keluarga,kamu semua bikin aku gila!!

"Ya, aku si homoseksual kotor itu" Keterangan diri pada batu nesan bakal terpahat.Dia lelaki sejati! walaupun nafsunya dikata songsang.Persetan pada masyarakat.Persetankan pada virus sial yang berenang disaluran darah ini.

"Walau selepas ini aku mati terus ke neraka".

"Dimana cinta?Mengapa masih ada yang merobek hati?Kenapa kau curang?apa tidak cukup selama ini?Pergi sahaja kau dari hidupku.Bawa pergi semua dari hidup ini.jangan ganggu aku" satu text panjang dihantar kepada kekasihnya.Engkau teman yang curang!
Dari dia , semua ini berlaku.Dari dia, virus ini bersarang.

"Manakan mampu aku menolak kematian?mampu aku bercita-citakan mati?"

Beer ditangan sudah semakin suam."Aku perlukan dua atau tiga 'pint'".Langkah mahu ke Pub.Disana tenang.Mungkin para malaikat akan tersesat untuk mencatat kejahatannya lagi dihari ini.
"Selain menjadi gay, aku juga alkoholic.Sudah dua sebab untuk aku menempah tiket ke neraka..haha"
Seks, alkohol dan kegembiraan! Manakan boleh dipisahkan.

Lamunan terhenti sebentar.Dia melihat kebawah.Dari balkoni dia lihat ada satu keluarga sedang berjalan.Sibapa mendukung anak kecil, dan dua orang anak kecil seusia 6 atau 7 tahun mengekor si bapa.Dibelakang sekali, si ibu mengendong bayi.

Baru pulang dari berjalan-jalan disekitar Kuala Lumpur, "Agaknya" kata hatinya.Bahagia, belum ada kereta untuk bawa keluarga berjalan-jalan tapi si bapa tak peduli.Kegembiraan keluarga itu paling utama.Itu yang sepatutnya.Lakukan sahaja demi orang tersayang.Kau, korbankan diri untuk anak-anakmu gembira.Untuk sang isteri, balasan syurga menanti.

///Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya): “Sekiranya aku harus memerintahkan seseorang sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku akan perintahkan wanita sujud kepada suaminya lantaran besarnya hak suami yang ditentukan Allah ke atas isteri.” ///

"Banyak isteri sekarang suka mencela suami mereka.Amalan tergantung! Huh! 'isteri' aku pula berikan HIV pada aku!"

"Hey, Hey! aku bukan seperti kamu!!!" dia menjerit gila kearah keluarga itu.Sibapa mendongak dan hanya mampu mengeleng-gelengkan kepala.
"Walau selepas ini aku mati terus ke neraka".

Kepala sedikit pitam.Kini sudah hampir 7 tin beer.Tak banyak alkohol.sedikit mabuk.sedikit berpinau.

Ini jalan ke neraka.
Badan membengkok mahu melihat kebawah lagi.Mana keluarga itu pergi?Terangkat kaki pada tembok balkoni.Tergelincir.

"aaaaaaaaaaaaaaaah""

"Bang! budak kat atas itu, jatuh!!!"jerit si ibu.

"Inilah jalan  ke neraka!" hanya itu kata terakhir yang keluar dari mulut.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Autobiografi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) konsep dan ideanya menarik. tapi struktur dia agak kabur.

  • (Penulis)
    2) caha: terima kasih
  • 3) Oh, perasaannya berkobar-kobar ya. Permulaannya seakan prosa. Perkongsian yang baik. Jika berlatih lagi, pasti akan lebih kemas.

Cerpen-cerpen lain nukilan 26life

Read all stories by 26life