Si Paris bisik pada aku "Alamak tumpah..cepat-cepat"
Kuah megi kami tumpah.Si Paris ini ada masalah untuk menghirup sup megi kerana badan dia kecil.Okay, jangan gelabah."Damage control!"
Aku capai kain buruk dan lap lantai manakala Si Paris tahan tombol pintu bilik utama atas arahan ringkas dari aku "Jangan bagi mak dan papa kau keluar dari bilik"
Sudah siap, aku cepat-cepat capai kunci motor dan pergi kerja."buzy buzy buzy"
Senja tiba, aku pulang kerumah."penat penat penat"
Setibanya dirumah. Aku lihat Si Paris berdiri tegak diluar rumah.Memohon sedikit simpati."Padan muka kau.Ini mesti ada buat salah"
Hukuman duduk diluar rumah memang sinonim dengan Si Paris.Aku jejak ruang tamu."Macam ada yang tak kena."
Angah duduk dikerusi meja makan " kau ada tumpahkan kuah megi dengan paris tengahari tadi kan?tak reti nak lap betul-betul?"
traitor!