Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Bumi Kedua

 

15.00 : Stesen Angkasa Batu Relau, Wilayah Selatan Galaksi Raizer  

"Kita ada 6 jam lagi tuan, sebelum Neptuna melancarkan semboyan perang. Peperangan kaum Kitsar dan Neptuna akan berlaku sekiranya kita tak campur tangan..." ujar Limat, penasihat Arganout 181.

"Limat, koordinatkan pendaratan ke bulan Aeris. Dari situ kita aku akan cuba slow talk dengan Priam untuk melambatkan semboyan perang Neptuna. Minta Saiful, commander Arganout 158 ke Kitsar untuk rundingan damai. Warp 5 ke bulan Aeris!!!"

Arganout 181 berdengung, gegaran kecil terasa. Jarak perjalanan 200 000 tahun cahaya cuma akan mengambil masa satu jam setengah. Bulan Aeris adalah antara 6 bulan yang mengorbit Neptuna. Semenjak arwah Profesor Dr Latif mencipta kaedah pelakuran micro neutron 200 tahun lepas, rekod 10 kali kelajuan cahaya telah dipecahkan. Anak Melayu seperti Arwah Profesor Dr Latif telah membuat Malaysia menjadi negara terkuat di Bumi pertama. Kini aku, Limat, dan Saiful adalah antara anak melayu ditugaskan untuk menjadi duta bumi ke angkas lepas menyelesaikan konfrantasi antara planet dan berkelana untuk mencari penempatan baru.

"Tuan, sisihan lubang hitam... daya tarikan 6 juta newton kira-kira 40 saat dari sekarang!!!" teriak Limat.
"Kiraan semula, buat lencongan!!! Terlalu berisiko... pastikan kita tidak tertarik ke lubang hitam" 

Nasib baik... memang nasib baik kalau tidak ghaib Arganout 181.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

17.00 : Bulan Aeris : Barat Daya Galaksi Zaeren

"Tuan, Priam sedia bercakap tuan. Saya pamerkan di monitor."
"Ok, sedia terjemahan lisan automatik" jawabku. Priam ketua planet Neptuna yang terkenal dengan sikap angkuh tetapi bodoh. Makhluk humanoid bermata kelabu sememangnya digeruni. 

"Khairul, kau jangan masuk campur. Ini antara kami dan Kitsar. Maruah kami tercalar dengan sifat lontar batu sembunyi tangan Kitsar. 76 warga kami telah diculik oleh Kitsar untuk di jadikan hamba...CELAKA!!!" Priam membentak.

"Kau ada bukti ke Priam? setahu aku warga Neptuna yang suka mengembara ke Kitsar untuk menuai Gromium di sana, atau kau sengaja mencari helah untuk menakluk Kitsar. Neptuna seperti yang kita tahu cuma tinggal sedikit bekalan Gromium."

"Berlagak nak jadi pendamai, tempat kau di bumi Khairul. Kami dah sinsing lengan untuk berperang. Darah biru Kitsar akan terapung di angkasa bila armada kami menyerang kelak"... Tak fkir panjang punya makhluk asing. Bodoh betul lah.

"Priam, macam ni lah... scout aku dah temui sumber Gromium di planet Uzaren tak jauh ke utara planet kau. Uzaren tak berpenghuni, kau boleh claim Uzaren sebagai jajahan kau. Kau nak perang pun macam la kau kuat sangat. Kau tahu tak Kitsar dah cipta WMD setahun lepas. 3 biji dah boleh buat Neptuna jadi debu. Apa yang kau ada? Pedang laser teknologi 400 tahun lepas... bengong..."

"Errrrrrr.. tapi kami ada....." tergagap Priam 

"Amende lagi... takdenye darah biru mengalir... planet kau yang confirm jadi debu nanti, kau nak ke???!!!" 

"Errrrrr.... ok lah.... lagi pun 76 Neptuna tu pun sebenarnya dan kena buang planet...hehhehe"

"Dah...dah... dah selesai kan... aku pun banyak kerja lain lagi nak buat. Ok Priam, aku gerak dulu..."

'Toooooooot'

Mangkuk betul Priam ni.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Tuan, saya keudarakan rekod suara Saiful yang baru kita terima" Hasnol, pegawai komunikasi aku bersuara.

"bzzzztttt... bzzzzzttt.... Kkkhhhhaaaaiiirullll... kami diserang Zargasus... toooooooooottttt"

Petaka besar, Zargasus bukan tandingan manusia, Zargasus adalah makhluk gargantuan robotik yang termaju tetapi Zargasus sepatutnya tak pernah bersengketa dengan manusia.... kenapa pula? 

  

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) wow scifi.
    awal tu dah cun dah garapan. mengapa deteriorating di tengah2. klimaks juga tidak begitu umph.

    sayangnyee.. ini kalau garap elok2 sampai ke habis sure cun.

  • (Penulis)
    2) ngantuk lah... dah pukul 2 pagi.... terbayang arganout tu dah macam bantal peluk...
  • 3) Saya sangat teruja pada mulanya tetapi... Percubaan yang baik.

Cerpen-cerpen lain nukilan garbiula

Read all stories by garbiula
No stories.