Si Bluto : kerja

  • 3
  • 26life
  • 10 tahun lepas
  • 2,404
  • FREE

 

Kerja.

 

Hampir siap tugasan.3 gelas Nescafe aku korbankan.Aku peminum tegar Nescafe.Seluruh keluarga aku tegar pada minuman ini.Nescafe menjadi penyelamat aku.Lebih berkesan dari togokan beer dikala ‘Happy Hour’(dengan izin)

 

Berbalik kepada cerita tugasan.

 

Ini soal maruah.Supaya tak dikata makan gaji buta.Ini soal prestasi.Supaya tak dikata lembab beraksi.

 

Tiga jam kemudian

 

Sudah siap.Hanya perlu aku persembahkan pada ‘HOD’.Ia adalah singkatan untuk ‘Head of Department’ (dengan izin).Aku gelar beliau sebagai Si Bluto.Si Bluto adalah watak jahat dalam siri Popeye.Lengan ‘HOD’ ini selebar lengan Bluto.Muka berparut akibat pernah ditetak.Suara beliau garau macam itik tertelan batang jagung.

 

“Engkau sudah siapkan kerja yang aku bagi itu” laung Si Bluto.

“Suu..sudah.bang” jawap aku terketar.

“Apa bang-bang?Asar belum masuk lagi!” Si Bluto bikin lawak kering.

 

Celaka! Aku terketar-ketar.Si Bluto juga makhluk tuhan.Jangan takut pada Si Bluto.

 

Aku, sorong kerusi dihadapan Si Bluto.Aku hulurkan helaian tugasan pada Si Bluto.

 

Si Bluto, mata tajam ke monitor laptop.Si Bluto menaip sesuatu dari tadi.Si Bluto capai helaian kertas dari tangan aku.Si Bluto baca.

 

Seminit berlalu.Si Bluto masih membaca.Lenggok muka Si Bluto tajam.

 

“Ini kenapa begini?Yang ini pula kenapa salah?” Si Bluto mula komen.

 

Aku, diam.

 

“Ini kau kena buat begini, kenapa kau tak letak macam yang aku suruh!” Si Bluto bingit berbicara.Si Bluto gemar mengajar dengan lantang dan sinis.

 

“Kenapa kau diam? Cakaplah!” Si Bluto menyergah.

 

Aku, diam.

 

Tuan suruh saya action, tuan tak suruh saya cakap” Aku menjawap terketar-ketar.

 

“Hahahahahaha!” Si Bluto gelak sakan.

"Sudahlah, mari kita pergi minum teh tarik!" Si Bluto mengajak.Si Bluto beri arahan.

 

Lega.

*Si Bluto adalah rakan karib abah.Sebelum aku mula bekerja, abah berpesan “ Kalau dia marah-marah, kau bisikkan pada telinga dia..Labi kau marah ,ya Labi?”.Ya, Si Bluto adalah peminat filem-filem Tan Sri P.Ramlee.

Selamat juga aku.

 

Comments
  • 1) haha. kamu memang!

  • 2) ha ha. pandai kau berpolitik di pejabat ya!

  • 3) hehehe... mencuit hati