Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Sayangku Dayang

 

"Sudah la Dayang, mari masuk nak...tak elok senja-senja begini masih ditanah", Mak Kintan memanggil anak daranya yang sudah terlalu lama dirindu itu.Dayang yang berteleku dihujung kaki tangga bangun perlahan-lahan.

Memang Dayang selamanya dirumah.Tapi lagaknya seperti Dayang itu sudah lama berpergian.Ada dan tiadanya sama sahaja. Kekadang mereka bersama di anjung, menenun kain songket buat disembahkan pada baginda sultan tapi serasa bersendiri sahaja Mak Kintan belakangan ini. Tiada suara, jauh sekali hilai tawa.Tiada usik mengusik, malah keluh resah Dayang tiapkali manik jahitanya pada kain songket dan kain kelinkam memeri juga Mak Kintan rindui.

Dayang itu sudah seperti mayat hidup.Makan tak mahu. minum tak mahu. Matanya sudah hilang cahaya. Wajahnya mendung, senyumnya pahit.Mak Kintan sudah habis ikhtiar. Berbekalkan pendapatan sebagai tukang tenun , sudah habis dukun dah pawang dicari. Segala pelusuk kota dikunjungi. Kata pawang Mat Piah ,Dayang ini terkena sampuk dek penunggu Tasik Chini. Diupahnya orang mencari akar senandung awan. 8 hari tujuh malam Wak Kasan meredah gunung Jerai mencari bahan yang satu itu.Dikumpulnya juga air embun dari tujuh malam,disediakan 7 jenis bunga dari pohon yang masih perawan.Tapi hasilnya tetap sama.

Dayang masih membatu. Setiap petang di hujung kaki tangga itula Dayang berada. Memandang sinar mentari senja menghilang saban waktu. Kata dukun Seman dari kampung seberang, ini semua kerje bunian. Hati Dayang sudah dicuri pemuda berketurunan halus itu.Makanya Dayang seperti hidup segan mati tak mahu. Dukun Seman mahu Mak Kintan melepaskan Dayang pada keluarga barunya. Mak Kintan tidak percaya. Mati -mati tidak percaya. Semenjak Pak Kintan meninggal , Dayang seoranglah cahaya hidup Mak Kintan. Dayanglah kasih,Dayanglah sayang.Dayanglah benci,Dayanglah dendam. Perginya Dayang maka matilah Mak Kintan. Apatah lagi melepaskan Dayang ke hutan dihujung kampung itu. Sungguh-sungguh Mak Kintan tak percaya!

Bila malam Dayang memerap dibilik sahaja. Hanya air didalam geluk di sudut kamar membasah tekaknya. Seperti setiap malam Dayang bersimpuh ditepi jendela memandang bulan. Tiap-tiap sepurnama, pabila bulan penuh dan cahayanya menerangi malam maka Dayang akan bersenandung. Bunyinya sayu sedih dah pilu. Mak Kintan pasti menangis setiap kali Dayang begitu.

Alas kaki hamparan indah

Tenunan asli hasilan Menora

Kata hati bertitik sudah

Mengapa sakit rasa merana.

Sendu Dayang kedengaran.Mak Kintan yang rancak mengkanji baju terhenti seketika. Sekali lagi malam ini, hati Mak Kintan bagai dijirus cuka. Pedih..teramat pedih.

Masak lemak gulainya nangka

Buat hidangan seluruh istana

Hatiku pedih tidak terkata

Bagai ditusuk racun durjana

.

.

Dalam kolam nampak rembulan

Dalam perigi nampak bayangan

Dalam hati rindumu tuan

Cinta di hati bukan mainan

.

.

Atas para di peram pisang

Pisang manis enak sekali

Jauh fikiran hamba melayang

Jumpa kekasih di lain negeri

.

.

Anak kedidi terbang meniti

Hinggap sebentar di pucuk jati

Sayang tuan sepenuh hati

Biar beribu tahun menanti

.

.

Sendu Dayang makin menjadi-jadi. Mati selera Mak Kintan pada ikan pekasam goreng dan pulut tanak didepannya. Yang ditelan bagaikan pasir menguris dan menyental kerongkongnya.Pedih ditelan, tapi dibiar sama juga sakitnya.

Sudah puas Mak Kintan bertanya.Siapakah yang membuat anak dara kesayangannya begini.Siapa pemuda yang menyakiti hatinya sampai merana. Dayang tak pernah menjawab. Membatu seperti selalu. Cara halus, cara kasar semua sudah Mak Kintan cuba untuk membuka rahsia hati Dayang. Tapi semuanya tidak membuahkan hasil. Dayang sudah seperti patung.Cuma patung ini bernyawa.

Keesokan harinya, gempar seluruh kampung. Dayang hilang.Pintu rumah Mak Kintan luas terbuka,tiada pakaian dibawa. Kamar Dayang kemas tak berusik. Lewat petang sekali lagi Mak Kintan di rundung sedih. Selendang merah kepunyaan Dayang dijumpai pencari kayu api tersangkut elok di perdu pohon meranti di hujung kampung. Telahan Dukun Seman menjadi buah mulut orang.

Dayang dilarikan bunian.Heboh satu kampung. Pohon meranti di hujung kampung memang letaknya di pinggir hutan. Mak Kintan pengsan.Bila sudah mulai sedar, dia menangis.Menangis semahu mahunya.Remuk redam hati tuanya.Songket dan kain kelinkam sudah tidak dihiraukan. Tempahan istana dibiarkan sahaja tidak selesai. Nyawanya sudah hilang.Dayangnya sudah hilang.

Lewat malam itu, Mak Kintan masih sibuk menenun. Berpandukan cahaya dari pelita ayan, Mak Kintan terus menenun. Belakangan ini corak tenunan Mak Kintan unik sekali.Warna-warnanya harmoni,segar dan mengasyikkan. Baginda Sultan sungguh berbesar hati dengan hasilnya. Mak Kintan dimandikan dengan segala bentuk kemewahan,emas,permata dari baginda.Mak Kintan kini bergelar Penenun DiRaja.

Malam itu bulan penuh. Cahayanya menyimbah bumi.Anjung rumah Mak Kintan bermandikan cahaya bulan yang lembut itu. Sesekali bau harum mawar menusuk hidung Mak Kintan.Sayup-sayup kedengaran senandung indah nyanyian gembira seorang perawan.

Anak itik pulangnya petang

Anak ayam sesat di hutan

Biar beribu kemarau mendatang

Kasih sudah bertaut dijambangan tuan

.

.

Dalam kawah makanan budak

Berisi huma barang secupak

Kasih kami sudah bertapak

Harapnya sungguh emak nampak

.

.

Mak Kintan tersenyum sedang tangannya masih rancak menenun. Tenunannya sama seperti dulu. Tapi setiap helai tenunannya siap akan ada sehelai lagi tenunan lain disiapkan juga. Kalau 3 dipesan baginda esok pagi, lagi tiga keping siap berlipat di tengah anjung.Tenunan unik ,indah sekali.Mulanya dulu Mak Kintan gentar,pelik,resah dan gelisah.Tiap helai yang disiapkannya akan ada pelengkapnya keesokan hari.Lama kelamaan gentar,pelik dan gelisah itu jadi biasa.Hatinya yang sudah mati hidup kembali.Dayangya tidak hilang.Dayangnya tidak mati.Dayangnya ada.Dayangnya ada.

Dan seperti biasa, setiap kali bulan penuh sekuntum mawar putih ditinggalkan di hujung kaki tangga buat Mak Kintan.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) cik kunang, kalau berhajat mahu pantun tu tanpa break .. bolehlah menekan "shift+enter" instead of "enter"

    enter = selang 1 line
    shift+enter = takde selang.

    kalau berhajat la, kalau memang hasratnya mahu begini, tidaklah menjadi kekangan.
  • 2) fuh,
    idea dan imaginasi = segar dan bebas
    bahasa = berserat tapi tidak berselirat.

    nice.
  • 3) Cerita alam mistik. Cantik sekali garapan dan gaya bahasanya. Sila teruskan.

  • (Penulis)
    4) caha : itula yang dok try smlm. shift+entre rupenyer.Ok arr nanti akan adjust balik.tq! serunaifaqir : mekasih.teruja menulis lepas bace Jagabaya :P
  • 5) pergghh!! dasat...dasat...respek lu kunang2...syok je bce...
  • 6) wow! tak terkata. Laughing bila la turn saya dapat tulis ceni pulak. *sigh*
  • 7) dasat...dasat tahap gaban...
  • 8) oh tegak bulu roma i~

    ..best!! speechless~~ bahasa yang sangat indah

Cerpen-cerpen lain nukilan kunangkunang

Read all stories by kunangkunang
No stories.