Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Si Paris 7 :penguasa jamban

 

"Hoi,cepatlah!!" aku jerit.

"Nantilah, perut orang sakit lagi nie" sayup-sayup Si Paris membalas.

Rumah kami ada satu sahaja bilik air yang di 'cominggle' sekali dengan jamban.

Perasaan nak beli rumah banglo dengan 3 bilik air pun ada juga sekarang ini.

Kondisi perut aku: direnggut kesakitan perut.Aku harus berak tapi tersangkut dipintu nikmat.
Kondisi perut Si Paris : dalam proses pengeluaran.Sesekali ada dengar bunyi air dari paip getah.."Hoi!kau berak atau main air?!"

Si Paris masih menguasai wilayah jamban.Hanya sehelai seluar dalam bergambar Shin Chan tergantung dibahagian luar pintu bilik air tanda penguasaan jajahan Si Paris.

Kenapa pula aku dengan Si Paris mendapat satu nikmat mahu buang air besar secara berjemaah?

Kita pergi balik ke 6jam sebelumnya.

-------------------------------------

Aku buka peti sejuk.Aku letak buah-buahan yang baru kubeli.

"Apa tu?"Si Paris mengendeng.
"Buah lah"
"Buah betik ker? Kita tak suka buah betik laaa" jelas Si Paris tanpa disuruh.
"Ada aku tanya?"
Si Paris sengeh.


Sejam berikutnya.

Aku dan Si Paris dimeja makan.Kami mengerjakan sebiji buah betik seorang.Bilas pula dengan A&W Root Beer.Walaupun bukan beer sebenar(Si Paris masih kecil lagi).Nikmat.


"Bila nak belikan kita Jam Ben 10?" Si Paris cuba mulakan perbualan.Cuba berkawan baik dengan aku.Salah satu ekspresi mahu memerangkap kocek aku.

Aku tenung."Lepas kau sunat hujung tahun ini"

Si Paris mula kecut.Si Paris menyambung semula aktiviti mengerjakan buah betik.

Kami dan betik
==============

Emak bilang, keluarga kami memang tak boleh jamah betik.Betik menyebabkan kelancaran yang efisen pada saluran buang air besar kami

Kata lainnya,
Makan betik, kuat terberak!

Maka, buah betik telah diharamkan oleh emak aku untuk satu tempoh yang tidak ditetapkan.

Pengharaman yang aku lupa."Alah, todi pun ko togok" kata setan.

------------------------

Kembali ke 6jam yang asal.

"Paaaaaaaarrriiisssssssss!!! kalau kau tak keluar sekarang, besok jugak aku sunatkan kau!!!"

Perut aku terus sakit.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) apa yang tak boleh tu yang kita suka buat.
  • 2) betul tu pijat2

    kalau sembelit memang elok makan buah betik ni.
  • 3) hahahaha...lawak la crite ni..spontan=)
  • 4) kih kih
    anak beranak sedara dua ekor ni

Cerpen-cerpen lain nukilan 26life

Read all stories by 26life