Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Sayap Seekor Merpati Hitam

  • 4
  • dzire
  • 17 years ago
  • 3,769
  • FREE

 

 

        Imanku nipis bak helaian kulit bawang, dan aku tahu hari demi hari ianya mereput selari dengan cara hidupku yang penuh roba ini. Arak dan perempuan adalah permainan harianku, dan kelajuan adalah serakahku. Tak terlintas di hati ini akan perkataan ibadah, walau aku sendiri erti akan perkataan wajib itu.

        Namaku Danish Sharief Abdul Farihin, anak seorang jutawan negara yang bergelar “Tan Sri”. Kerjaku ? Zahirnya aku adalah seorang eksekutif di syarikat ayahku, namun sedikit pun tidak aku endahkan statusku itu. Malahan dengan status yang ku terima itu aku “gunakan” sebaiknya untuk mengenyangkan lubuk nafsuku, berahiku pada kelajuan. Namun bukan di atas litar lumba, tetapi di atas litar metropolitan. Ada apa dengan litar lumba ? tidak mencabar kejantanan! Siapa tidak kenal akan aku? Katakan sahaja kepada kaki lumba tentang Danni, si helang hitam dengan kereta Nissan Skyline hitamnya, pasti terangkat tangan mereka menabik hormat padaku! Dan tanyalah pada segenap wanita berpakaian seksi di kota ini, percayalah bahawa mereka semua telah tewas oleh kejantananku ini. Satu lagi bukti bahawa aku ini lelaki sejati!

           Namun, sekarang aku berbeza. Berbeza dari apa yang pernah aku alami. Dan siapa sangka kegagahanku selama ini boleh tewas. Siapa sangka aku akan jatuh tergelincir dari tarianku, dan di selamatkan oleh seorang insan yang digelar wanita. Tiada siapa akan percaya, namun itulah hakikatnya. Hakikatnya wanita terlalu hebat, hinggakan mampu menarikku dari terus terjelepok ke dalam lubang kehancuran. Siapa dia ? Bagaimana ? Mengapa? Aya Haniza Syakira Binti Muhammad Arief. Ya, itulah namanya. Nama keramat yang menjinakkan binatang sepertiku. Nama yang membuat aku menghayati perkataan sayang...

 

 

 

           Jarum speedometer mengarahkan pada angka 190. Lampu shift dari sejenak tadi tidak henti-henti berkelip. Tanganku asyik melayan gear dan stereng, sambil telinga galak mendengar musik. Kulihat dari cermin kiri keretaku, pemandu Lancer Evolution VII merah yang berambut panjang keperangan itu memandangku dengan penuh geram. Dengan senyuman sinis, aku menekan pedal minyak dan serentak dengan itu ‘Helangku’ bertambah garang, meninggalkan kereta lawan tanpa segan silu. Hari ini, seperti semalam, dan hari hari sebelumnya, sekali lagi aku menang dalam perlumbaan. Namun sedikitpun aku tidak puas. Aku dan rakanku bercadang untuk pergi ke Bistro untuk menyambut kemenanganku. Sedang aku asyik menonggang kencingan syaitan, aku terpandang seorang wanita, sungguh ayu dengan kebayanya berjalan bersama sekumpulan wanita lain menuju ke sebuah butik. Hatiku bagai disentap - sentap. Seumur hidup aku ketawakan cinta pandang pertama, namun hari ini aku akur akan rontaan hati ini. Rentetan dengupan jantungku yang memacu laju, aku kaku tanpa berbuat apa-apa.

         Keesokannya, sewaktu aku ingin pusing-pusing di bandar, aku singgah sebentar untuk mengalas perutku. Ku berhentikan Skyline hitamku di hadapan Berjaya Times Square, dan berjalan keseorangan menuju ke Starbucks Coffee, dan disitulah aku sekali lagi, terlihat si ayuku, sedang duduk menghirup kopi. Tidak dapat aku lupakan, tudung merah jambu itu yang amat sesuai sekali dengan pipinya yang gebu dan kemerahan. Kelihatan lesung pipit di pipinya yang membuat lututku sekaligus bergetaran. Serentak dengan itu aku kedengaran lagu dari dendangan V.E. iaitu Ayu. Dan kaki aku sekali lagi kaku, dan aku berdiri sendiri keseorangan di tengah lautan manusia. Takdir bagai mempermainkan aku. Mengapa harus aku temui dia lagi sedangkan tidak tidur aku semalaman untuk melupakannya?

Tiba-tiba si gadis manis itu melihat jam tangannya, hatta sekaligus bangun mengutip begnya dan kotnya dari bangku di sebelahnya. Gayanya seperti seorang eksekutif sebuah syarikat korporat, itulah dari pandangan hatiku. Dia berjalan sendiri, dan aku? sudah pasti ingin mengekorinya. Dia kemudian berjalan menuju ke arah tempat aku meletak kereta. Sekali lagi aku terasa dipermainkan takdir, kerana si gadis itu meletakkan kereta BMW 7 seriesnya di hadapan Skyline ku. Bagai banduan di dalam kamar hukuman, hati aku meronta-ronta untuk mengikut si gadis itu. Dan secara cermat aku mengikutnya. Namun sedikit menghairankan aku, kerana jalan yang di laluinya tidak asing bagi aku, malahan acap kali ku lalui, kerana itulah jalan tunggal ke menara Gathers Of Malaysian Developers Corporation, milik Tan Sri Abdul Farihin Abdul Ghani, atau lebih tepat lagi, ayahku!

Seperti disengajakan, aku terlupa menekan pedal brek di belakang keretanya dan terus menghentam bumper belakangnya! Nasib baik dengan kelajuan yang tidak seberapa, tidak banyak yang rosak, hanya bumper belakangnya sahaja yang terjatuh. Dengan jelas plat bernombor DR 171 itu robek sedikit. Aku keliru, kerana dalam kekecohan yang berlaku di depan syarikat ayahku itu aku masih mampu tersenyum. Mungkin tersenyum kerana berpeluang untuk mengenali si dia. Aku lihat si gadis itu keluar dari keretanya dengan pipi kemerah-merahan, mungkin tanda kemarahan yang meluap-luap. Aku kemudiannya meminta maaf atas kecuaianku setelah aku keluar dari kereta. Kemudiannya aku berjanji akan membayar ganti rugi kerosakkan keretanya, sambil mengatakan bahawa aku kerja di syarikat ini. Secara tiba-tiba dia tersenyum dan berkata bahawa dia juga bekerja di sini, di bawah Puan Sri Nurul Azila Che Ariffin, salah seorang pengasas bersama syarikat ayahku, Dia menambah bahawa dia baru memulakan tugasnya hari ini, kerana hanya seminggu sebelum ini dia pulang dari Australia mendapatkan Master dalam bidang Architecture. Aku menghulurkan tangan untuk berjabat salam, namun dia hanya tersenyum dan menggeleng, sambil memperkenalkan dirinya.

“Aya Haniza Syakira Muhammad Arief, panggil sahaja Aya” katanya dengan penuh kelembutan.

“Wah. Panjang sungguh nama awak ya Aya, saya Danish, Danish Sharief Abdul Farihin” balasku. Kakiku kini tidak lagi kaku seperti sebelum ini. Aku sedikit gembira kerana dapat mengenali si gadis ini.

“Apa patut saya panggil awak, encik Danish?” tambahnya dengan senyuman yang menawan. Aku sedikit terkejut dengan layanannya yang lembut sedangkan aku baru sahaja melanggar keretanya!

“Anything would do, Danish or Danni…” tanpa sempat aku menghabiskan ayatku dia mencelah.

“Sharief if u don’t mind, ok Mr. Syarief?”

“Err… fine with me but you are the first to call me that. And please please please save the Mr for anyone else” balasku dengan tawa kecil. Dia kemudian membalas tawaku dengan tawa yang lebih kecil.

Berlalunya hari itu menandakan aku akan lebih rapat lagi dengannya, dengan alasan permulaan untuk membetulkan keretanya. Namun hari demi hari menyaksikan aku cuba menawan hatinya. Seharusnya aku sebagai seorang kaki betina pasti mudah untuk menawan seorang wanita, namun aku akui Aya seorang yang berbeza. Dan aku sendiri tidak ingin merosakkan Aya, kerana di lubuk hatiku ini telah terbit perkataan sayang dan rindu padanya. Setiap bibit pertemuan kami memberikan memori yang terlalu sukar di ungkapkan, walaupun kami belum bergelar kekasih. Aya tahu aku seorang peminat lumba kereta, dan Aya menasihati aku supaya berhenti berlumba. Katanya tidak berbaloi menukar nyawa dengan hanya keseronokan di jalan raya. Namun mungkin kerana aku seorang egois, aku tidak menerima nasihatnya walaupun sedikit sebanyak aku risau akan dibencinya.

Tanggal 14 Februari 2002. Hari memperingati kekasih. Dan hari ini aku ingin meluahkan segalanya pada Aya. Seawal 5.30 pagi aku telah bangun, menyiapkan sajak untuk ku bacakan pada Aya. Sedikit perasaan malu terbit dari hatiku ini dan aku sendiri tidak menyangka akan aku menulis sajak beremosi seperti ini. Dan selepas 3 jam memeras otak, akhirnya sajakku siap dikarang! Aku terus berlari ke luar rumah sambil memetik sejambangan bunga ros dari taman mini rumahku. Dari jauh ibuku melihat telatahku sambil tersenyum

“Petik bunga senang caranya, petik anak dara orang bervariasi susahnya!”jerit ibuku dari dalam rumah. Ibuku sememangnya tahu akan isi hatiku ini tidak pernah membantah hubungan aku dan Aya. Aku tersenyum sendirian dan terus memacu laju Skyline milikku. Keluar sahaja dari kawasan Bukit Antarabangsa, aku berhenti di hadapan lampu trafik. Kemudian tanpa diundang aku melihat di kiriku kereta Lancer Evolution VII berwarna merah menyala berhenti selari dengan Skyline milikku. Kemudian secara perlahan-lahan tingkap keretanya diturunkan, dan wajahnya sama sekali aku kenali, si rambut panjang keperangan yang pernah aku kalahkan. Minyak ditekannya berkali-kali bagai mengajak aku berlumba. Hatiku bagai dapur arang dicucuh api, dan membakar kemarahan.

Pedal minyak aku tekan sekuat hati selepas lampu trafik mempamerkan warna hijau. Aku tak peduli, kali ini aku akan biar satu negara tahu akan Danish Sharief Abdul Farihin pantang dicabar! Gear 1 hingga gear 5 aku mainkan dengan mudah tanpa cabaran, sehingga tarian jarum speedometer bermain di kala 190. Si rambut perang berada di belakangku , mungkin satu atau dua meter. Secara tiba – tiba telefon bimbitku berbunyi, dan dari melodinya aku tahu Aya menelefonku. Tanpa berfikir panjang aku menggapai telefon bimbitku. Agak kalut kelakuanku, sehingga terjatuh telefon bimbitku ke bawah. Dan kerana Aya aku terus ingin menggapai telefon bimbitku, tanpa menghiraukan speedometer ku yang semakin laju tariaanya, tanpa menghiraukan lampu trafik yang mempamerkan warna kuning di hadapanku. Dan akhirnya aku dapat menjawab telefon itu.

“Hello, Assalamualikum Aya, Sharief tengah driving….”dan di situ noktahnya. Segalanya selepas itu hanyalah kegelapan. Kegelapan yang disertakan dengan ketakutan, kekeliruan dan pertanyaan.

Secara tiba-tiba sebuah skrin putih berada di hadapan ku, menerangi kegelapan yang malap, sambil mempamerkan sesuatu. Aku bagaikan kenal situasi itu. Dari skrin itu kulihat aku sedang bermain noda dengan seorang wanita. Dan seorang lagi wanita. Dan seorang lagi wanita. Tidak sedikit pun aku peduli kemudiannya selepas aku bermain noda itu, malahan ku tambah dengan tegukkan air kencingan syaitan yang di laknat itu. Tidak cukup lagi terpapar juga gambar aku sedang melarikan diri selepas melanggar seorang wanita mengandung semasa berlumba, sehingga mengakibatkan kehilangan dua atau lebih nyawa!

Tidak sanggup rasanya untuk aku untuk melihat lagi akan segala kesilapanku ini. Ingin sahaja aku terjun ke dalam skrin untuk memberhentikan kesilapanku ini. Aku erti akan motif tayangan ini. Namun disini aku hanyalah seorang hamba. Cukup aku fahami sekarang tujuan aku dilahirkan ke bumi. Di sini aku hanya mampu menangis, sambil menyesali perbuatan sendiri, tanpa memandang sedikit pun ke atas. Aku cukup malu. Di waktu ini aku sedar, penghujung adalah lebih baik dari permulaan, dan disinilah hikayat aku akan dinoktahkan, di akhirkan oleh tangan aku sendiri. Namun secara tiba-tiba wajah Aya muncul di mataku. “Cukuplah, cukuplah ya Allah! Aku sedar akan kesilapanku ini, aku erti akan kejahilanku selama ini, berilah aku peluang sekali lagi! Peluang untuk menunaikan kewajipanku sebagai hambaMu, dan peluang untuk aku menebus kesalahanku, dan peluang untuk aku bersama…”

 

 

“Sharief!!” kedengaran suara yang amat aku rindui sedang berteriak kegembiraan sambil mengalirkan air mata. Dengan serentak aku terjaga dari tidurku yang panjang, perlahan-lahan. Aku membuka mata dan melihat tangisan seorang wanita yang aku dambakan. Wanita yang memanggil ku pulang untuk bersama-sama menunaikan janji yang telah aku laungkan di hadapan tayangan filem perdana noda-noda milikku. Janji sebagai seorang khalifah di bumi Allah yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini. Namun kini aku tidak ingin jatuh lagi. Kerana kali ini, aku bukan berseorangan. Aku mempunyai teman. Aku mempunyai rakan yang akan membimbing aku ke jalan yang satu, ke jalan yang tunggal. Aku mempunyai pembantu, yang tidak perlu dipersoalkan kekuatannya. Insyaallah.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) emm..ok2.....bagus2...hahhaha
  • 2) urmm...
  • 3) nice :D
  • 4) fuhh..bravo..syokk!

Cerpen-cerpen lain nukilan dzire

Read all stories by dzire
No stories.