Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Siri Bercakap Dengan Puntianak (Pilot)

 

Malam sunyi. Pokok-pokok besar di hutan sudah lama mogok untuk membesar, tinggallah satu-satunya pokok ketapang buat geng-geng puntianak melepak. Kadang-kadang sampai ada yang terjatuh pokok gara-gara berebut port terbaik. Pohon-pohon di situ pun sudah banyak yang mereput. Pernah seekor puntianak telefon panggil budak sembur anai-anai untuk kasi kurang proses pereputan pokok ketapang itu, tapi sudahnya dengar cerita berbuih-buih mulut budak tu masa sampai di bawah pokok ketapang tersebut.

Aku kadang-kadang 'ja luangkan masa melawat mereka. Sibuk kerja. Kesian juga bila mengenangkan penempatan mereka menjadi mangsa pembalak-pembalak celaka.

"Lu cuba la cari port-port lain, syahdu betul gua tengok lu orang bertenggek ramai-ramai macam pelarian." Cadang aku pada Ebidal. Ebidal ni kira terkenal juga la di kalangan puntianak, memandangkan mereka semua menganut fahaman anarki, jadi tidak pernah ada istilah ketua, pemimpin, et cetera et cetera dalam bangsa mereka.

"Gua cuba dah, itu hari gua pergi travel hutan sebelah utara sana, tapi sana pun penempatan sesak." Ujar Ebidal sambil mulutnya mengunyah daun-daun separuh kekuningan yang bakal gugur.

"Lu dah jumpa wakil rakyat sini?"

"Nak buat apa, gua kalau terserempak dia dalam area pokok ketapang ni, itu jam juga gua attack leher dia."

Aku tergelak kecil. Beberapa ekor puntianak aku lihat ketawa mengekek-ngekek. Semua puntianak tahu gigi Abidal sudah tumpul, itu hari ada juga dia kirim gigi-gigi secondhand kalau ada, aku 'ja tak sempat cari lagi.

"Nantilah gua usahakan macamana." Aku berbicara seakan berjanji cuba menyedapkan hati Ebidal.

"Eh, bila-bila lu datang sini nanti bawakan gua CD Radiohead."

"Hmm..."

Malam sunyi. Bulan separuh. Serigala melolong-lolong. Semua puntianak berpandangan sesama sendiri, teruk benar efek pemanasan global pada otak serigala jadian kebelakangan ini.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) David Abidal..wah2..puntianak jibam2..moon tut ma mark...ada isu yg terlapis ni..
  • 2) bagus.. mengapakh pilot? huhu..

  • (Penulis)
    3) hah, kau macam tau-tau 'ja aku menginspirasikan nama Abidal tu, haha! tarimakasih komen paktam!

  • (Penulis)
    4) Rizzy, aku saja-saja bubuh 'pilot', nampak macam series amerika kan?
  • 5) Puntianak pon pandai bergosip dan dengar muzik... puntianak millenium nih!!
  • 6) fake plastic watering can...baguih2

  • (Penulis)
    7) elzara: pengkomersialan puntianak...keh keh keh

    kurusawa: hidop Radiohead!
  • 8) hah gile la cool pontianak skarang *laughs

  • (Penulis)
    9) uculer, cubaan mengubah persepsi, keh keh keh
  • 10) hehe. ok
    episod pilot yg menarik
    menunggu S01E02 pula

    aku suka cerita yg sempoi begini masih dijaga tata tulisannya. tabik!

  • (Penulis)
    11) terimakasih cahatomic, akan aku sambung kemudian.

    Mari kita sama-sama mengurat bahasa melayu dengan gaya yang penuh budiman
  • 12) Salam karya rebelliben

    Sesuatu yang menarik dapat saya kesan di sini. Diksi dan gaya bahasa yang ditonjolkan mungkin. Saya menunggu sambungannya...

  • (Penulis)
    13) salam ridhrohzai... terima kasih kerana berminat dengan siri ini, tunggu sambungannya nanti
  • 14) pONTIANAK FIRST CLASS!
  • 15) aku suka! bg rating 5 stars.
    akhirnya impian aku utk berkenalan dgn edward cullen versi melayu tercapai.

Cerpen-cerpen lain nukilan rebelliben

Read all stories by rebelliben