Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

SURAT UNTUK BAPAK

Cerpen sebelumnya:
Siri Bercakap Dengan Puntianak (Pilot)
Cerpen selanjutnya:
Siri Bercakap Dengan Puntianak (Ep. 1)

Ke hadapan bapakku yang dirindui

 

 

Apa kabar? Saya berdoa agar bapak sering di jangkiti selsema. Jangan lah pulak bapak risau, selsema bukanlah satu penyakit yang berbahaya. Lagipun, jika bapak kena selsema, bapak boleh pergi ke klinik desa di kampong kita tu. Boleh jumpa dengan Nurse Jamilah. Bapak kan syok dengan dia? Dia memang cantik dan menarik. Dia sangat mempersona. Ramai laki-laki jatuh hati tergila-gila!(ini lirik lagu D’lloyd kan pak?)

 

Bapak,

 

Tujuan utama saya menulis surat ini ialah untuk…aduh! Tak guna punya nyamuk! Nasib baik bukan Aedes! Tapi..hmmmmm…pak,  kalu nyamuk kaki belang-belang ni Aedes ke bukan? Tak pe lah pak. Apa yang saya nak tulis tadi? Dah terlupa pulak.

 

Takpe la..kita cakap pasal benda lain dulu. Nanti bila saya dah teringat..saya akan tulis.

 

Bapak,

 

Apa jadi dengan skim cepat kaya yang bapak ilhamkan tu? Adakah sudah ramai orang kampung yang berjaya bapak rembat duit simpanan mereka? Hmm..tak syok la pulak topik ni..

 

Oh Ya! Sudahkah bapak menonton filem “Sehijau Tinja Lembu Pak Lagho” itu?

Alah..filem terbaru arahan pengarah muda yang saya tak ingat namanya tu. Best jugak cerita dia pak! Orang kata komedi romantik. Tapi bagi saya, takdelah romantik sangat pun..lebih kepada genre ‘Seram Takut Terberak Terkencing (18 STTT)’  adalah! Tapi best lah! Cleaner wayang yang masuk secara percuma, yang masuk sambil buat-buat kutip sampah pun kata best! Bila saya tanya dia,

“makcik! Kenapa makcik nangis? Ini bukan cerita sedih!”

 

Dia jawab,

 

“sedih tau…muka lembu tu sebijik macam muka menantu makcik! Huuuuuuuu!!!”

 

Kesian dia pak.

 

Apa lagi nak tulis ni pak? Saya dah kehabisan dakwat pen. Itu laa…zaman sekarang orang dah tak pakai surat menyurat lagi dah! Semua orang pakai SMS je. Hmm..lain kali aje lah ye pak..saya nak sambung buat keje ni..harap surat ini sampai kepada bapak.(saya kirim melalui POS LEMBAB. Kawan saya kata, boleh sampai dalam tempoh sehari dua. Tapi kawan kepada kawan saya pulak kata, kawan saya tu penipu. Entah lah!)

 

Saya berharap agar saya dapat ingat apa sebenarnya tujuan utama saya menitipkan warkah ini buat bapak. Harap bapak bahagia selalu sewaktu mengorat Nurse Jamilah. Kita berjumpa lagi di lain lembaran!

 

Yang benar-benar pokai,

 

Anakmu,

 

Jamdol bin Subatron Al-Jambari

Cerpen sebelumnya:
Siri Bercakap Dengan Puntianak (Pilot)
Cerpen selanjutnya:
Siri Bercakap Dengan Puntianak (Ep. 1)

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.9
7 Penilai

Info penulis

Kurusawa

Dijamin Kempling!
Kurusawa | Jadikan Kurusawa rakan anda | Hantar Mesej kepada Kurusawa

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Kurusawa
Beby | 3031 bacaan
Encik Subatron mahu ke pesta | 2908 bacaan
Min patah hati. | 2416 bacaan
Makcik Georgiana Datang! | 8903 bacaan
Misi penting | 8283 bacaan
Kejadian yang menghampakan pasukan MATTT | 8856 bacaan
Malaon nak ke Bazaar Ramadhan | 2240 bacaan
Mak! dah bulat! | 2667 bacaan
Ayat-ayat Ibu | 4139 bacaan
Kutu yang ingin berhijrah! | 2621 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

12 Komen dalam karya SURAT UNTUK BAPAK
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik