Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

Siri Bercakap Dengan Puntianak (Ep. 1)

Cerpen sebelumnya:
SURAT UNTUK BAPAK
Cerpen selanjutnya:
Aku Cinderella Ke??

Pagi di luar berkabus-kabus. Aku berdiri menghadap tingkap sambil menghirup perlahan-lahan secawan kopi cap arnab panas yang Nida bancuhkan sebentar tadi. Kubikel ini masih lengang, cuma aku, Nida dan makcik Kettiperri, cleaner di sini.

"Nida, Apa erti kebebasan?" Nida yang sedang membasuh mug tersenyum, tapi pada mug bukan pada aku. Brengsek! Jaga-jaga lu mug!

Nida memulas kepala paip sinki mengikut arah jam lalu memberikan jawapan ringkas. "La Commune de Paris."

"Haha, jadi kau setujulah dengan Karl Marx?"

"Mungkin pendapatnya tapi bukan ideologinya."

Aku masih berdiri di depan tingkap menghadap pemandangan di luar. Seekor burung merpati berpusing-pusing menjunam ke arah cermin tingkap. Bedebuk! "Oh, nenek kau!" Latah makcik Kettiperri lalu tercampak batang mesin vakum. Burung merpati langgar cermin tingkap depan-depan. Kepalanya pinau berbintang-bintang. Burung itu bangkit lalu terhuyung hayang.

"Huru hara betullah binatang-binatang zaman sekarang." Ujar aku pada Nida yang turut memerhatikan burung merpati tersebut. Raut wajahnya sangat tenang.

(Nada dering standard Nokia)

"Hah, apahal Ebidal?"

"..................."

Ebidal telefon aku. Kecemasan. Dia minta aku datang sekarang. Pagi-pagi sudah huru-hara di sana-sini. Tak tidur lagikah puntianak seorang ini?

"Nida, ikut aku."

Nida angguk-anggukkan kepala tanda setuju.

Cerpen sebelumnya:
SURAT UNTUK BAPAK
Cerpen selanjutnya:
Aku Cinderella Ke??

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
4 Penilai

Info penulis

Ben Nizari

rebelliben | Jadikan rebelliben rakan anda | Hantar Mesej kepada rebelliben

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya rebelliben
BANDAR MATI #1 | 2982 bacaan
PCB#1: Bicara Ini Memori Bersama Sang Dewi | 2314 bacaan
Sepetang Bersama Churchill | 2053 bacaan
Misteri Perkuburan Purba | 2133 bacaan
Karma Sebatang Aerial | 2344 bacaan
Naratif Faezul Lurus Bendul | 2755 bacaan
Siri Bercakap Dengan Puntianak (Pilot) | 2005 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

15 Komen dalam karya Siri Bercakap Dengan Puntianak (Ep. 1)
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik