Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Surat Makcik Punah

  • 8
  • Rizzy
  • 14 years ago
  • 3,617
  • FREE

 

Kapada Talit bin Kodi..

Kau ingat aku kodi??? Macam bapak kau? Hah! Silap la bhai..

Kalau setakat tabor bedak atas surat kau ingat kau banyak hikmat, meh sini aku nak bagitahu kau satu silat..!

Sebelum nenek aku meninggal aku dah belajar naik basikal, sebelum mak aku mati, aku dah pandai mengaji. Heh..! kalau setakat kemaluan panjang sejengkal, jangan nak mimpi kita boleh jadi laki bini..!

Talit..!

Kau ingat kau main calit, kau main selit selit, kau fikir kau boleh belit?? Aku nak bagi pesan kat kau jangan kau cuba main dengan miss Punah binti Keriau, silap-silap nanti kau naik panau penuh satu belakang badan kau..! kalau seumur hidup tak pernah pergi surau, jangan nak harap silau, satu kedip peluang pun kau takkan dapat, kalau AKU yang kau nak lipat..!

Talit..!

Dari hujung kaki naik atas kepala, kau ingat aku kosong pesaka? Heh..! sebelum kau reti  makan kuih samprit , aku dah lama main sumpit. Sebelum kau tahu main konda kondi, aku dah lama main polis sentry. Sebelum kau pandai main galah panjang, aku dah lama panjat pokok pisang..! ada hati kau nak buat ilmu dekat aku, memang sekali panjang la aku bagi kau booooooooooooo..!

Talit..!

Kalau setakat sihir Picatrix kau dah hafal, meh sini aku nak ajar kau jadi kebal. Jadi keras lebih dari besi, jadi kekar lebih dari tongkat ali. Kalau kau tak pernah rasa kena ketuk bayang patah dua, meh sini aku ajar kau cara pusing cahaya..! heh..! tujuh tahap sedar kau belum boleh cecah, inikan pulak ilmu badan pecah pecah. Kalaulah KAU aku nak bunuh, sekali aku sergah kau dah boleh jatuh..!

Talit..!

Walaupun kau bertukar jadi Johnny Depp, kau jangan harap aku nak collapse.  Kau fikir aku senang nak jatuh hati, cit! muka macam Johny Lever,  ada hati nak tunjuk terer..!  kalau setakat guna-guna kau fikir boleh kena, kau memang salah pilih janda..!

Sebelum rumah kau aku bakar, sebelum kereta kau aku calar, lebih baik kau tukar. Semua plen kau nak buat aku, semua niat kau nak aniaya aku. Sebelum mata kau aku benam paku, sebelum kepala kau aku tembak peluru, lebih baik kau sembelih lembu. Buat sedekah satu kampong bagi orang makan, dapat jugak pahala amalan…

Talit..!

Selagi langit belum bergerak, selagi bumi belum retak, selagi tu kau jangan mimpi nak dapat selak, lebih dari apa yang kau nampak..jangan mimpi kau dapat sentuh , lebih dari setitik peluh.!  Sebab aku memang takkan jatuh, biarpun kau cantas sungguh-sungguh..!

Heh..!

Yang gedik tapi solehah,

Punah binti Keriau.

p/s ; masa aku tulis ni aku tengah main Ps3 dengan Nanan. game lawan-lawan.

lagi satu aku bukan miss tapi puan..!

gambar kat atas tu gambar aku masa form 4 dulu. aku sedekah ..!

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hebat gila makcik berkenaan.
    boleh saya tumpang berguru dengannya?
  • 2) aku fan Talit bin Kodi, cilakak lu Punah...

  • (Penulis)
    3) hahaha..

    pija: silakan silakan..beliau mempunyai hikmat kontrol cahaya. hoho.

    rebel : tunggulah aku wat cerpen diorg dua org fight..huhu
  • 4) mkcik punah rawks!!
  • 5) ok, hidup mak cik punah!
  • 6) cayalah makcik punah. i like... ;p
  • 7) wah..marah giler2 ka makcik punah oii.....
    ingat tuhan..ingat tuhan..he..he..
  • 8) hahaha kreatip kreatip.. i like the rhymeness (perkataan cipta sendiri)

Cerpen-cerpen lain nukilan Rizzy

Read all stories by Rizzy