Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Saspens

NUR (cerpen Jemaah Kapasitor)

Cerpen sebelumnya:
Surat Makcik Punah
Cerpen selanjutnya:
Si Bluto : kerja dan disko


Di ruang tamu di dalam sebuah ruang empat sama; 15 kaki darab 15 kaki, sebuah rumah pangsa di Kuala Lumpur. Mudin sedang menonton berita di TV. Walaupun TV itu murah, gambar dan kualiti bunyinya masih boleh menyebabkan jiran sebelah rumah naik angin jika terlebih kuat di guna.

“..seorang lelaki berusia 25 tahun di temui mati di dalam longkang di bawah sebuah flet perumahan kos rendah, Jalan Lubuk Tohor pagi ini. Beliau yang dikenali sebagai ........ditemui cedera parah, patah hampir 90% anggota badannya. Beliau dipercayai jatuh dari tingkat yang tinggi. Polis masih menyiasat punca kejadian.”

Begitulah huraian sang pembaca berita. Mudin tiba-tiba tersedar.

 

"...eh! tu kan flet aku ni! Oh! Patutla ramai orang pagi tadi....tak perasan langsung aku...Aku dok sibuk nak cepat gi keje pagi tadi.. rugi betul!"

Sedikit pun Mudin tak sedar yang kata-katanya itu turut didengari oleh rakan serumahnya Derus yang baru keluar daripada bilik air dengan hanya bertuala. Tuala mandi Derus diikat di dada, membuatkannya kelihatan seperti seorang gadis kampung yang berkemban baru balik dari mencuci kain di kali.

 

"Mende yang rugi? Kau kalah nombor lagi ke hari ni?! Berapa mata lari? Mesti satu mata lagi ni..heh! he..aku dah agak dah!"

Ujar Derus sambil membetulkan ikatan tuala di dadanya yang hampir terlondeh. Nyaris-nyaris terserlah bulu dadanya yang kerinting seperti dawai pencuci periuk.

 

"Nombor apa? Kau tau tak ada orang jatuh flet pagi tadi? Kat flet kita ni?!"

Balas Mudin dengan kuat. Suaranya sengaja di kuatkan dengan harapan dapat melindungi bunyi hembusan angin yang keluar dengan tak semena-mena dari punggungnya.

 

"Apasal pulak tak tau?! Aku gi tengok mayat tu pagi tadi. Kau yang tak tau...ramai orang datang tengok. Tengok aje  la... Orang Tv, orang radio, orang surat kabar, polis jangan cakap la! Lepas mayat tu di bawak dek ambulan, semua orang blah... clear! Macam takde apa-pa berlaku!... macam biasa..."

Derus dah biasa dengan perangai Mudin yang sering terlepas perkara-perkara penting.

Mudin yang masih tak berpuas hati lantas bertanya,

 

"Ko kenal sapa yang mati tu?"

 

"Entah! Tak pernah nampak pun! Tapi gaya dia macam orang kaya la pulak. Pakai baju smart! Siap tali leher! Ah! Lantaklah! Aku nak pakai baju ni. Aku dah lambat ni!"

"Ye lah! Pegi la keje! Eh! Derus! Tolong kirim salam kat GRO yang cun !"

 

"Ok! Kalau aku ingat la! Orait! Chow!"

Selepas Derus keluar mencari rezekinya, Mudin terus menonton TV sambil asyik mengetip kuku-kuku kakinya yang bercekam seluruh jari. Selepas membuang kesemua kuku yang baru bercerai dari kakinya yang berbau seperti ikan terubuk masin Sarawak, Mudin bingkas bangun masuk ke biliknya. Dia mula hendak berbaring untuk melelapkan mata. Belum sempat Mudin nak menutup kedua kelopak matanya, tiba-tiba dia terdengar suara Derus.

 

"Mudin! Mudin! Cepat! Keluar! Keluar!"

Tanpa berlengah, dan tanpa sempat memakai baju, Mudin terus bangun dan berlari ke muka pintu rumahnya yang sudah pun terbuka. Derus sedang termengah-mengah di situ.

 

"Apasal! Apasal??"

 

Itulah pertanyaan yang keluar daripada mulut Mudin. Belum sempat Mudin menarik nafas, Derus menarik tangan kanannya dan dia terus terhuyung berlari mengikut derapan larian Derus. Mereka berdua memasuki lif dan turun ke Ground Floor bersama orang ramai yang lain. Sampai di bawah, Mudin dan Derus terus menuju ke arah kerumunan orang ramai. Ramai orang sedang berkumpul di tepi sebuah longkang di blok 4 Flat Sri Ngompol tersebut.

"Sapa pulak ni???"

Secara spontan soalan ini terkeluar dari mulut Mudin.

 

" ha ! ha ! ha!.Tak sempat tengok pagi, malam sempat!"

 

Derus pulak ketawa macam melihat sesuatu yang kelakar.

 

"Apa sekarang ni musim orang mati jatuh flet ke?" 

 

Terdengar satu suara dari puluhan orang yang berkerumun di situ.

 

"Sayang betul! Muka cantik! Body solid! Jatuh flet!"

 

"Kesian....."

 

Derus, Mudin dan orang ramai mengerumuni mayat seorang perempuan muda yang berada di atas kaki lima di tepi longkang. Mayat gadis itu berlumuran darah. Kepalanya pecah. Tangan dan kakinya patah. beberapa ekor lalat  Chrysomya megacephala betina kelihatan sedang cuba hinggap di atas muka mangsa. Mencari-cari lubang di sekitar hidung dan mata untuk meletakkan telur. Sebentar kemudian, datang ambulan, polis dan pihak media. Selepas mayat di bawa oleh ambulan, semua orang kecuali Mudin dan Derus beredar ke rumah masing-masing. Mudin dan Derus terus berdiri di tempat kejadian. Pihak polis masih meneruskan penyiasatan di tempat kejadian.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cerpen sebelumnya:
Surat Makcik Punah
Cerpen selanjutnya:
Si Bluto : kerja dan disko

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.7
6 Penilai

Info penulis

Kurusawa

Dijamin Kempling!
Kurusawa | Jadikan Kurusawa rakan anda | Hantar Mesej kepada Kurusawa

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Kurusawa
Beby | 3268 bacaan
Encik Subatron mahu ke pesta | 3186 bacaan
Min patah hati. | 2643 bacaan
Makcik Georgiana Datang! | 9732 bacaan
Misi penting | 9105 bacaan
Kejadian yang menghampakan pasukan MATTT | 9737 bacaan
Malaon nak ke Bazaar Ramadhan | 2504 bacaan
Mak! dah bulat! | 2965 bacaan
Ayat-ayat Ibu | 4595 bacaan
Kutu yang ingin berhijrah! | 2861 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

13 Komen dalam karya NUR (cerpen Jemaah Kapasitor)
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik