Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

NUR II

 

Tingkat bawah Blok 4, Flat Sri Ngompol.

Lima orang polis berjaket ditulis besar huruf C, S dan I tertunduk-tunduk di longkang. Mengutip sisa otak. Menyepit sisa kaca berterabur. Mangsa, seorang wanita. Bak kata Derus yang dari tadi lagi seperti berzikir "Rugi woh! Body hot! Rugi...rugi...". Label bukti diletak sekitar longkang. Seorang fotografer polis yang mukanya agak seperti Daniel Zain sampai terbaring-baring ambil gambar. Profesionallah, katakan.

"Kita.....buat apa sini, Derus?" Mudin bertanya. Matanya tak lepas jeling darah bertaburan itu.Minta-minta lepas cuci darah tu, tertinggal sikit-sikit. Dia mahu panggil nombor. Dah lima tahun main 4D, belum lagi rasa menang ribu-ribu.

"Hm. Meneruskan penyiasatan. Aku rasa aku kenal dengan perempuan yang dah jadi mayat tu." Derus usap janggut sejemput.

Eh, biar benar? Tapi, bila difikir balik, aku pun macam kenal juga. Ish... Tadi masa turun, celah-celah orang kerumun itu dia sempat juga menyelit ke depan. Mayat itu bersinglet merah. Skirt PVC paras paha. Dan paling ketara tatu di pergelangan kakinya. Tatu berbentuk hati dengan api keliling.

Siapa? Mungkin salah seorang GRO yang dia pernah langgan dulu. Atau....ah! Penat kepala saja fikir!

 

 

Tingkat 12 flat sama.


Nyah Nora bising depan lif sama Fifi Bapuk. Heboh.

"Alaaah...macam mana ni nyah! Mak sereeeem! Dah dua orang gorjes mati terjun flat ni. Dua!" dia tunjuk dengan jari berkuku ungu. "Mak takut! Mungkinkah lepas ini mak pulak?"

Penghuni rumah nombor 04-12-01 yang tidak bertutup pintunya ketawa terbahak-bahak beramai-ramai. Hingga Nyah Nora pergi dan menjerit mengeluarkan suara jantan.

"WOI! CARI PASAL KE HA?"

Senyap. Walaupun mereka masih mahu ketawa melihat Nyah Nora yang dada palsunya kemik sebelah. Hasil degil tak mahu operate letak silikon dan kekurangan pengambilan hormon. Fifi Bapuk tarik tangan Nyah Nora ke rumah yang dikongsi mereka berdua dan dua orang lagi, rumah nombor 04-12-05. Dikongsi sama Johan Gay dan Piah Tuli, anak saudara Nyah Nora.

“Nyah, mak rasa mak kenallah budak yang terjun tadi tu. Rasanya budak flat ni juga. Selalu pergi salon mak.  Ui memang gojes! Jeles mak, nasib baik dah mati.” Fifi Bapuk beleh URTV bulan ini dengan muka amat puas hati.

Nyah Nora terbeliak mata.

 

 


Tingkat 15, flat itu juga.


Rumah 04-15-09. Seorang gadis melihat ke bawah melalui tingkap. Tiada rasa apa-apa. Cuma dia rasa tenang kerana budak-budak tidak melepak di bawah sejak kejadian tadi berlaku. Jika tidak, bising sampai jam tiga pagi.

 Dia betulkan cermin mata yang melorot sebelum berpindah perhatian ke komputer ribanya. Dia masih berbual secara maya dengan seorang lelaki gersang dari Klang.

 

AbangGataiiiiNoooo: sayang ni name ape?


Gadis itu senyum. Soalan biasa.


BintangMalam: Nur.

 

 

 

sila sambung.


Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) pendek je sebab aku dah nak termuntah ngadap lappy lama2
  • 2) yeah!! menarik2! keep on going!
  • 3) hebat!!
  • 4) clarky, aku cadang kena tukar tajuk tu supaya tak keliru. Sepatutnya NUR part II(cerpen jemaah kapasitor). Aku pun akan tukar jadi NUR (cerpen jemaah kapasitor). So lepas ni sapa yang sambung akan jadi NUR Part III. ORAITT!!!
  • 5) hohoho watak dah bertambah
    ok good luck!
  • 6) sudah ada berapa banyak watak sekarang ini?

  • (Penulis)
    7) alya:huhu.tq
    kurusawarait sudah tukar
    caha:ha'ah..selamat menulis.kau sambunglah pula.
    26:mari minum sepint dua.maksud aku..sambunglah,aku tidak suka matematik jadi kiralah sendiri ya.
  • 8) ok, nur sudah jd misteri
  • 9) Wah, dah bertambah rumit pula ni. Hehehe... Macam cerita detektif pula.

  • (Penulis)
    10) kamon uolz...sambung!
  • 11) kamon syahar sambung! (saje pressure syahar walaupun sangat sangat paham perangai syahar yg cuma akan tengok keadaan dulu baru dia buat keputusan. mungkin selepas episod ke-4 baru beliau akan decide.) ah menci syahar! (tibe2)
  • 12) uits....sila twist2 sy nk bc..hhehe
  • 13) heheh. sudah menjenguk juga.
  • 14) Saspen gilaaa. AHAHA.

Cerpen-cerpen lain nukilan MissClarks

Read all stories by MissClarks