Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Sedihnya...

Cerpen sebelumnya:
Pakcik Plastik
Cerpen selanjutnya:
NUR III

Aku menahan air mata dari gugur namun tak berjaya. Rasanya sudah puas aku menangis tapi tapi entah mengapa air mata ini seperti tidak mahu berhenti. Aku cuba mengawal tangisan namun keadaan yang sebaliknya berlaku. Basah sudah cadar katil dengan juraian air mataku. Aku rasa seperti mahu menjerit namun suaraku tidak kedengaran. Aku merasakan akulah insan yang paling malang dalam dunia ni. Tak pernah aku merasakan beban sebegini. Dugaan menimpa berturut-turut. Hatiku seperti mahu meletup.

            Aku tahu Nita kehairanan melihat aku yang tiba-tiba menangis apabila masuk ke dalam bilik. Namun aku tidak berdaya. Sesungguhnya aku benar-benar tak mampu untuk menghadapi rasa ini. Aku menumbuk-numbuk katil. Tiba-tiba tangan Nita hinggap di tanganku. Dia cuba menenangkan aku.

            “Sabar, Zi. Sabar. Ingat Allah. Mengucap,” ujarnya lembut.

            Aku membentak. Tak guna apa sekalipun yang dia cakap, aku takkan dapat menenangkan diri. Aku lantas kembali ke katil menangisi nasib diri. Entah bila aku terlelap. Sedar-sedar Nita berada di tepi katilku.

            “Pergi mandi. Dah azan maghrib ni,” Nita lantas meninggalkanku sebaik sahaja melihat aku sudah berada dalam keadaan sedar sepenuhnya.

            Dengan mata yang sembab dan sendu yang bersisa, aku mengambil alat mandian lantas pergi ke bilik air. Maghrib itu doaku panjang. Cuba untuk menenangkan hati. Mengadu pada yang lebih memahami. Melapangkan dada dari bebanan yang terasa sungguh memberat. Namun air mata masih lagi membasahi pipi aku. Kenapa berat sangat perasaan ini? Aku bersandar pada dinding dan menutup mata. Cuba untuk melupakan peristiwa tengah hari tadi. Tiba-tiba Nita duduk ditepi. Mengurut-ngurut lembut bahu aku.

            “Cuba cerita apa jadi?” pinta Nita lembut. Sedia mendengar.

 

 

            Assignment yang sepatutnya dihantar hari ini separuh pun belum siap lagi. Aku mengaku memang salah aku, jangkaan aku silap apabila aku terlalu yakin akan berjaya menyiapkannya dalam masa 2 jam sahaja. Huh, assignment yang menentukan markah final, hanya genius sahaja yang berjaya menyiapkannya dalam jangka masa terkejut.

            Aku melirik ke arah jam. Tepat jam 3.00 petang. Sejam lagi sebelum deadline tugasan tersebut. Belum binding lagi, graf belum letak. Ah.. apa aku buat malam tadi? Melayan cerita Ugly Betty dari semalam dari season 1 hingga 3. Ah, lantaklah, buat apa yang boleh dulu kalau 3.30 petang masih lagi tak siap, aku nekad terus pergi binding, lukis graf guna tangan je. Kali ini jangakaan aku tepat, cuma tidak sempat melakar graf. Nita sudah menggeleng-geleng kepala tengok gelagat aku. Huh, semalam tengok Ugly Betty sama-sama tak cakap apa-apa pun!

            Memakai selendang dengan sekadarnya, aku menyarung selipar pergi ke kedai buku yang tidak jauh dari kolej aku. Mungkin dari raut muka aku menunjukkan aku agak terdesak, terus abang di kedai itu melayan aku dahulu. Huhu, terima kasih abang kedai buku. Aku menunggu dengan sabar tugasan aku dicetak dan di ikat kemas bersama gelung plastik ditepinya. Kalau tak di sebabkan syarat untuk mencapai lulus ialah harus kemas tugasannya, hendak sahaja aku kepilkan dengan klip kertas sahaja. Sabar Zizi. Nasib baik kolej aku ni strategik tempatnya. Dekat dengan kedai dan juga fakulti. Hanya 5 minit sahaja di perlukan oleh aku untuk sampai di fakulti; dengan nafas yang umpama orang yang teruk serangan semputnya.

            Sedang aku mengatur nafas dan selendang menuju ke arah bilik Dr. Ruzi, entah macam mana aku tersilap langkah, aku tergelincir dari menaiki tangga. Aduh, sakitnya punggung. Tahan.. sakit sikit je ni.

            “Eh, awak okey tak?”

            Aku menoleh ke suara tersebut. Merah padam mukan aku. Arif!! Jejaka idaman yang aku puja dalam diam selama 3 tahun. Perbualan pertama yang aku angan-angankan dipenuhi bunga (dah tentu ditaman bunga); sebab aku tak pernah bercakap dengannya, tak sangka lain jadinya. Tiba-tiba sahaja bergenang air mata aku. Terus laju mengalir ke pipi. Bahu aku terhinggut-hinggut menahan esak. Arif sudah panik.Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku menangis. Takdelah sakit sangat. Malu teramat?

            “Okey ke ni? Sakit sangat? Biar saya bawa ke hospital,” Arif sudah menyentuh lengan aku.

            Aku segera bangun. Cuba memandang mukanya walaupun kabur kerana air mata masih lagi tidak berhenti mengalir sambil menggeleng cepat. Kemudian, dengan secepat yang boleh mendaki tangga ke bilik Dr. Ruzi. Terlihat kelibat beberapa orang rakan sekelas aku yang sedang menghantar tugasan yang sama di depan pintu Dr. Ruzi, mesti cuba mengambil hati beliasu agar mendapat markah tambahan. Klise. Aku mencapai hujung selendang, mengesat air mata, mencuba-cuba suara agar tidak kedengaran seperti suara orang baru lepas menangis dan memasang senyuman berjumpa mereka.

            Aku menggunakan lif semasa hendak balik untuk mengelakkan berjumpa denga Arif. Malunya tak usahlah cakap. Nak ingat balik pun tak sanggup. Malangnya, sebaik sahaja aku melangkah ke luar lif, tiba-tiba sahaja dia ada di depan pintu lif sedang berbual dengan seseorang. Pada masa ini aku rasa selama ni bukan aku yang asyik mengikutinya, tapi dia sebenarnya! Berhenti merepek,Zizie! Menggunakan hujung selendang sebagai purdah, aku cuba mengelakkan dari di kenali.

            “Zizie,” satu suara memanggil aku. Tanpa menoleh aku tahu itu suara siapa. Tidak aku hiraukan. Aku masih berjalan

            “Zizie,” kali ini aku berhenti. Dia tahu nama aku? Eh, biar betul?

            “Okey?” tanya Arif prihatin. Mata kami bertentang. Aku baru sedar aku masih lagi memakai ‘purdah’, lantas aku perlahan-lahan ‘membuka’nya. Kali ini mata aku hanya melihat lantai. Tidak sanggup memandang ke depan.

            “Okey?” tanya Arif sekali lagi.

            “Okey.” Aku menjawab. Enggan dianggap bisu. “Okeylah, nak balik dah ni..” aku lantas berlalu tanpa menoleh belakang. Sambil itu, air mata mencurah kembali membasahi pipi.

 

 

 

            “Okey..” Nita cuba menahan ketawa. Jelingan amaran aku tidak dia hiraukan. “Jadi, kenapa kau menangis?” tanyanya sambil tergelak kecil.

            “Malu,” aku tersipu-sipu.

            Kali ini Nita gelak hingga terbaring.

 

 

 

 

 

Cerpen sebelumnya:
Pakcik Plastik
Cerpen selanjutnya:
NUR III

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
2.8
4 Penilai

Info penulis
Kapasitor rocks!
Naqiah | Jadikan Naqiah rakan anda | Hantar Mesej kepada Naqiah

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU


komen dari Facebook

5 Komen dalam karya Sedihnya...
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik