Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

NUR IV

  • 9
  • dayya
  • 14 years ago
  • 3,361
  • FREE

 

NUR I
NUR II

NUR III

 

*****

Perkenalan mereka cukup singkat. Cuma dua kali kepul asap sempat keluar dari mulut Jess, sebuah kereta Satria Neo CPS Hitam berhenti berhampiran mereka. Pemandu kereta tersebut tidak keluar. Meski cermin tingkap kereta itu gelap, Nur yakin lelaki itu ialah Agil. Ah, persetan! Lelaki itu memang tak guna.

Selepas memijak-mijak puntung rokok ke jalan tar, Jess terkedek-kedek memasuki perut kereta. Nur sempat melihat adegan berpelukan dan berciuman tembung pipi. Memualkan. Nur mencebik sebelum melangkah meninggalkan pasangan yang mabuk bercinta itu.

*****

Ahhh!!! jeritan kuat dari bilik 04-12-05 mengejutkan seluruh penghuni flet. Derus yang tidur berdengkur dengan air liur basi meleleh juga turut sama terkejut lalu berdiri terpacak sambil menggaru-garu ketiaknya yang berbulu panjang.

"Derus, aku rasa ada orang terjun bangunan lagilah!" kata Mudin panik. Derus yang masih mamai tiba-tiba menjadi segar. Mereka berpandangan lalu sama-sama berlari turun ke tempat kejadian. Ramai orang sudah berkerumun di situ tapi situasi tegang itu cuma untuk lima minit. Selepas itu, keadaan kembali pulih seperti tidak pernah berlaku kejadian ngeri di situ.

Mudin terduduk bila memandang Nyonya Nora yang terjelepok berlumuran darah. Fifi Bapuk yang melihat sendiri kejadian Nyonya Nora terjun dari tingkap masih menggigil di bahu jalan. Mudin yang asyik memerhati semakin tidak tenteram. Kali ini, ada bintik-bintik peluh berjejeran di dahinya.

"Derus, aku rasa macam ada yang tak kenalah. Ni bukan kes bunuh diri ni, aku rasa ada pembunuh bersiri di kalangan ahli flet kita ni." kata Mudin separuh berbisik. Walaupun Mudin seorang yang selalu tertinggal dalam perkara-perkara penting terutamanya cerita-cerita panas dan sensasi, namun deria kepekaannya adalah tinggi. Mudin mungkin tanpa sedar mempunyai deria keenam.

"Gila kau. Pembunuh bersiri apa? Mula-mula lelaki, lepas tu perempuan. Sekarang ni bapuk? Tak logiklah!"sanggah Derus.

"Habis tu, apa logiknya dalam 3 hari ada 3 kematian?" soal Mudin kembali. Derus diam. Tiada jawapan.

*****

Langsir tingkap dari biliknya disebak sedikit. Nur memandang ketempat kejadian. Matanya cuma terpaku. Dia sudah tiga hari tidak bersuara. Ini bermakna sudah tiga hari juga dia tidak pernah selangkahpun menjejakkan kaki keluar dari rumahnya.

Nur terduduk di birai katil. Dia serasa mahu menjerit, namun suaranya seperti tersekat di kerongkong. Air mata juga seperti sudah kontang, tidak tertinggal setitispun untuk dia menangis.

Badan Nur tiba-tiba menggigil. Seluruh tubuhnya menjadi semakin kejang. Wajahnya berkerutan menahan sakit namun tidak ada segarit suarapun yang keluar. Bayangan itu muncul lagi! Dada Nur bagai mahu pecah. Esok... pasti akan ada satu lagi kematian.

Nur terbaring tidak sedarkan diri.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) setelah lama tak menulis cerpen... jadi inilah hasilnya
  • 2) waaa....cite semakin berkembang. best2!!! sila sambung org seterusnya....hihihi

    dayya : bravo dik! nur jd semakin misteri.ekekekekeh
  • 3) yeah!! semakin menarik!! cayalah Dayya! Gua ngak dapat meneka apa yang terjadi, dan apa yang sebenarnya terjadi..ho hoiiii!!!
  • 4) kurusawa..kalau dah pernah tulis satu part...boleh tulis lagi ke sambungannya atau enggak boleh??ekekekekekeh......

  • (Penulis)
    5) putri_alya: hahaha. terima kasih kerana membuat seruan! haha

  • (Penulis)
    6) kurusawa: huhuhu.. next in line, siapakah? hahah.. meh meh meh, kita sama2 huraikan misteri ni meh!
  • 7) woop! best dayya...haha!
  • 8) dayya: boleh je....tapi kita bagi orang lain dulu..tengok macamana nak sambung balik!
  • 9) besnye cerpen jemaah ni! had fun in the office. haha

Cerpen-cerpen lain nukilan dayya

Read all stories by dayya