Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Nur V

 

Nur I

Nur II

Nur III

Nur IV

 

Nur tersedar dari pengsan apabila terdengar sayup-sayup orang memanggilnya. Dipandang kiri dan kanan, tiada. Dia segera pulang ke rumahnya. Nur cuba mengingat apa yang berlaku tadi. Hampa! Dia lupa. Nur segera ke kamar tidur lalu tidak semena-mena dia mencapai sebuah buku yang terletak di atas meja tulisnya. Setelah membelek-belek buku itu beberapa ketika, dia merengus dalam.

 

“Celaka. Aku tak tulis apa-apa!”

 

Nur, ingatannya hanya bertahan beberapa jam sahaja. Selepas itu dia akan lupa segala-galanya. Dengarnya ia bukanlah penyakit tetapi lebih kepada sumpahan. Itulah yang tertulis pada sekeping nota yang dijumpai di dalam kocek bajunya kira-kira tiga bulan yang lalu. Tidak diketahui siapa yang meletak nota tersebut. Malah dia sendiri tidak pasti sama ada namanya adalah Nur ataupun tidak. Maka, buku coklat tua itu menjadi teman ingatannya sepanjang masa. Dia menyelak helaian muka surat pada diari itu perlahan-lahan. Tertulis sesuatu

 

Ah...Aku terpaksa!. Tiga orang sudah kehilangan nyawa. Bukan aku yang mahu tapi dia. Dia memaksa aku. Makhluk itu datang lagi mengganggu aku. Tangan, tolakan, jeritan. Tuhan, seperti selalu, Kau  lupakan segala yang berlaku hari ini, semalam dan kelmarin.

Bukan aku yang mahu. Tapi dia...

 

5 Jun 2000

 

Esok pagi.

 

Kelihatan beberapa orang anak muda bising-bising di luar. Nur menjenguk ke luar. Kepalanya masih pening-pening lalat tapi digagahinya juga untuk bangun. Sepatutnya dia perlu berjumpa dengan seorang lelaki pada hari ini. Itulah yang tertulis pada bukunya itu. Sebetulnya, dia berasa sangat gementar untuk berjumpa dengan lelaki itu kerana berdasarkan apa yang tertulis lelaki itu menyimpan satu rahsia besar di antara dia dan bayangan itu. Pembunuhan-pembunuhan itu juga!

 

“Ah...kenapalah semuanya berlaku pada aku!”, jerit hati kecil Nur.

 

Tok! Tok! Tok!.

 

Pintu rumahnya diketuk. Nur menarik nafas panjang sebelum membukanya.

 

“Derus?”

 

Lelaki itu mengangguk lalu masuk ke rumah Nur tanpa disuruh.

 

“Kau nampak budak-budak yang bising kat bawah tadi?”

 

Nur angguk lemah.

 

“Esok giliran mereka pula. Tapi jangan sekaligus. Seorang-seorang dulu. Tapi budak yang nama Mudin tu paling akhir sekali sebab dia paling bahaya. Deria keenam dia kuat!”

 

“Jadi, apa yang perlu aku buat?”, Nur bertanya lemah.

 

Silalah sambung kalian...

 

 

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) pendek gila cerita aku! haha
  • 2) HOI!
    wawawawawawawa!!
    dasat!
  • 3) hoho..hebat..tp aku mcm tau kisah yg hilang ingatan mcmni..crite ape tah tajuk dia..huhu..
  • 4) ada sikit2 ramlee awg murshid
    cite ape ek..
    mandatori
    yes.
    banyak personaliti.

  • (Penulis)
    5) cerita org hilang ingatan ni mmg sgt popular utk dibuat cerita espcially psycho thriller hehe

    pendeknya cerita aku... tak puas hati! nak mengamuk! hahaha

  • 6) itulah..harap part hilang ingatan ini hanya satu penipuan, agar pembaca menjadi lebih saspens! hu hu!!
  • 7) plan Derus sangat menyaspenskan! cayalah kamalia!
  • 8) yeay! sudah ade sambungan dari kamu. bagus2. masih sama mcm style kamu.hehhee. best
  • 9) haiya korg.. mantop la.. apakata korg jumpa, discuss n hasilkan novel terbaek, confirm bestseller beb

    ni ada unsur2 cite mandatori, my fav book and cite hindustan dhajini..

    power la korg
  • 10) Macam cerita MOMENTO ajer

Cerpen-cerpen lain nukilan kamalia

Read all stories by kamalia