Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

Si Paris 8 : Pergi ke KFC

Cerpen sebelumnya:
Berita-berita yang ingin kita baca di akhbar
Cerpen selanjutnya:
KEINDAHAN SEMALAM

Si Paris memang jenis pakai seluar dalam sahaja diwaktu pagi.Tak dibolehkan pakai baju."Jimat sedikit" Kata emak Si Paris.Aah, yelah.Memang jimat bela makhluk seekor ini.Nanti kotor kata emak Si Paris.Si Paris bersekolah sessi petang.

Jadi, pagi itu Si Paris bersuara lagi.

"Kita lapar lah"

"Jom"

"Mana?"

"KFC nak? Lapar juga ni"

"Yey!!!" Si Paris berjoget dengan hanya ber'spender'.

===============================================

Ada beberapa perkata tentang Si Paris yang kamu semua boleh ambil tahu;

1.Si Paris suka berjoget gelek-gelek bontot dengan hanya memakai seluar dalam.

2.Ketika Si Paris sedang makan, sungguh memualkan.Dia akan gunakan kedua-dua belah tangan.

3.Diantara klimaks makan.Si Paris akan berhenti seketika untuk ke jamban.Si Paris akan sambung semula makan selepas itu.

4.Ketika Si Paris berada didalam jamban.Si Paris jarang kunci pintu, aku harus hati-hati ketika menolak pintu bilik air kerana Si Paris mungkin sedang 'memerut' didalamnya.

5.Si Paris boleh baring menonton tv tanpa perlu bantal.Bonjolan yang agak besar dibelakang kepalanya memudahkan Si Paris berbaring dengan kaki silang sambil menikmati cerita kartun BEN 10.

6.Keluarga belah Kelantan mereka, Si Paris digelar dengan panggilan Paris Toyibba..aku tak tahu mengapa.

===============================================


Si Paris buka pintu depan.Mula menyarung selipar dan meloncat-loncat riang.Si Paris berlari-lari mengejar 2 ekor kucing yag baru lepas 'bercanda'.

miaaww...miawww...miaaawww..Bunyi kucing-kucing tersebut seakan cuba mengecam tindakan Si Paris mengganggu hubungan intim mereka.

"Kenapa tak beli kereta? Papa kita pun ada van.."

"Itu van atuk kau,mengada-ngada.Aku ada kereta esok belum tentu aku nak pelawa kau naik"

Aku pandang Si Paris tepat dan tajam.Si Paris buat tak tahu sahaja.
"Nak naik motor pergi KFC pakai seluar dalam jer ke?" Aku menyuarakan ketidakpuasan hati.

"Oh ya..Paris lupalaah"
Si Paris masuk semula kedalam rumah.Kehulu-kehilir mencari baju dan seluar.Bunyi kecoh sepanjang zaman.

pung pang pung pang!

"Diam-diamlah , nanti adik kau terjaga pulak"Jerit emak Si Paris dari dalam bilik tidur utama.

"Ada duit lebih tak?kita nak beli mainan KFC kalau dapat"

"Banyak cantik kau punya muka"


Duit aku pula 'ngam-ngam' untuk mengalas perut aku dengan Si Paris.Lebih pada itu, kocek aku akan berbisik secara halus.."cukup-cukuplah.."

Kami berdua gerak ke restoran makanan segera, KFC.Si Paris duduk dibakul depan.Aku malas tegur tapi bau Si Paris pagi ini agak kurang enak.Macam bau taik kucing.

Kami sampai kedestinasi.Si Paris sudah girang.Kami masuk berdua kedalam restoran tersebut.Wah, ada ramai pula gadis disini.Musim orang makan KFC agaknya.Kami beratur seperti orang lain.Pun begitu, bau dari Si Paris sungguh menyesakkan hidung aku.Beberapa orang gadis cina yang seksi dibelakang aku, sambil berbisik-bisik dan mula menjauhkan diri.

Selang seminit.

"Ini sudah lain..Paris,kau angkat sikit selipar tu" Aku memang sudah tak senang hati.
"haaaaaaaaaa..kan aku dah bilang tadi jangan main kejar-kejar dengan kucing tu.Ini kaki kau dah kena taik kucing dah!!"

"Alah mana kita tahuuu"

Seorang gadis melayu dihadapan aku mula tersenyum-senyum tapi dengan kaedah menjarakkan diri.

Menyesal pula aku bawa mamat seekor ini.Bikin malu saja.
"Sudah, kau pergi duduk kat luar tu.."

"Kita main dekat permainan tu boleh?" sambil Si Paris menunjuk kearah permainan gelongsor di luar kedai makanan segera ini.

"Dengan selipar kau bau taik kucing ini? Tak payah.Berdiri jer depan pintu luar"

"Alaaa , bang. Biarlah dia tu.Lagi pun budak kecil jer kan" Gadis dihadapan kami cuba untuk membela Si Paris.
"Err, nanti tak selesa pula orang tengah beratur" aku terkesima sebentar.Maklumlah, itu gadis cantik.
keturunan aku pantang nampak gadis cantik.Mesti 'gatal tulang' bak kata arwah nenek.

Si Paris senyum.Dapat pembelaan dari seorang gadis cantik.
"Tak mengapa.Boleh kongsi order dengan saya.Cepat sedikit boleh keluar.Lagipun saya beli tak banyak."
"owh..err okay.Terima Kasih ya'"
"Nama kita Faris" tiba-tiba guna nama sebenar apa hal?
"Owh..nama akak, Farah"
Hurmmm elegan nama Farah ini.Macam orangnya juga.Berkebaya dan sofiskated..hehehe

"Ini pakcik kita.kami datang sini naik motor.Dia pergi kerja pun naik motor.Opis dia jauh kat damansara tuu"
Kalau dia bersuara lagi tentang motor aku, balik kau jalan kaki!
Gadis bernama Farah itu hanya tersenyum kecil.Manja.Auuuww..
Boleh jatuh hati tapi bau taik kucing yang melekat pada tapak selipar Si Paris memang bikin 'spoil'

"Yelah, nama kita pun mula huruf samakan?.'F' dengan 'F'" kata gadis tersebut.
Nama aku taknak ditanya ke?

Akhirnya kami selesai dikaunter KFC.Kami mengekor keluar dari restoren tersebut.Aku tak pula cuba untuk membayarkan sekali untuk gadis tersebut.Duit cukup-cukup sahaja.

"Bye, bye kak Farah..jumpa lagi"Si Paris melambai.
Farah senyum dan balas lambaian Si Paris.

Pandailah kau punya bye,bye.Huh, lupa pula nak minta nombor telefon Farah.
kami pulang kerumah.Si Paris membonceng dibelakang dek kerna bau selipar dia yang dah memang bau taik kucing.Jangan harap nak duduk bakul depan.

Setibanya dirumah, macam biasa kami menerima 'syarahan' dari emak Si Paris.Punca? Si Paris main taik kucing dan aku pula lupa.Tak bersihkan kaki dia sebelum kami masuk kedalam rumah.

Cerpen sebelumnya:
Berita-berita yang ingin kita baca di akhbar
Cerpen selanjutnya:
KEINDAHAN SEMALAM

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
5 Penilai

Info penulis

26life

Mengada-ngada, merengek dan menyusahkan
26life | Jadikan 26life rakan anda | Hantar Mesej kepada 26life

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya 26life
Si Paris bayar zakat | 9360 bacaan
Billy dan Serina jadi rakyat | 2500 bacaan
Berlumba ke Bulan | 2875 bacaan
Monolog orang yang ada rasa bersalah | 2889 bacaan
Dia, Bidadari Perjalanan | 3984 bacaan
Dia suka pada Milah | 20721 bacaan
Khayalan bernombor | 3074 bacaan
PCB #6 Retro: Ahli Band of Brothers | 3437 bacaan
Pra Ramadhan : Alam aku | 3005 bacaan
Cerita Bergambar : Aku Pulang | 5783 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

6 Komen dalam karya Si Paris 8 : Pergi ke KFC
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik