Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Surat buat Cikgu

 

Cikgu,

Saya tidaklah begitu pandai mengarang bait kata yang indah. Atau menulis madah puitis buat cikgu. Surat ini saya tulis bertujuan untuk melahirkan rasa terima kasih saya pada cikgu. Cikgu adalah seorang guru yang amat saya hormati dan sanjungi. Cikgu adalah salah seorang insan yang setia di sisi, memberi sokongan dan galakan ketika semua orang memandang serong pada saya. Cikgu faham maksud saya bukan?

Cikgu,

Saya tiada hadiah mahu diberikan pada cikgu sempena Hari Guru ini. Cuma surat ini saja yang mampu saya hulurkan pada cikgu. Keluarga saya tidak seperti orang lain. Saya tidaklah sekaya Izham yang beriya-iya mahu hadiahkan sepasang baju kurung buat cikgu. Saya juga tidaklah semewah Atira yang mahu hadiahkan seutas jam tangan pada cikgu. Kadangkala saya terkilan juga cikgu. Cikgu dah banyak membantu saya. Memberi nasihat dan tunjuk ajar sehingga saya jadi seperti hari ini. Tapi saya tiada apa yang boleh diberi pada cikgu.

Cikgu,

Ketika saya hanyut dengan perasaan teruja, tiada siapa yang mahu menahan saya dari terus menghabiskan masa bersuka-ria. Hanya cikgu yang berani menegur kealpaan saya. Saya tahu saya merupakan pelajar yang nakal di sekolah. Cikgu Kamal, guru disiplin bermata sepet itu sudah naik muak dengan wajah saya yang hampir setiap hari bertandang ke biliknya. Badan saya sudah lali dengan rotan. Telinga saya sudah pekak dengan makian. Bagi saya, cikgu-cikgu ini tidak punya hak untuk menyekat kebebasan saya. Dengan siapa saya nak bergaul, apa saya nak buat, itu hak saya, kebebasan saya.

Saya tahu saya lahir dari keluarga yang pincang. Emak dan ayah tidak sehaluan. Kalau boleh saya tidak mahu langsung pulang ke rumah. Menyakitkan hati dengan sumpah-seranah ayah dan emak. Mereka sendiri tidak pernah ambil berat tentang saya. Yang mereka tahu, bertengkar tentang duit yang tak pernah habis diperkatakan. Saya sendiri naik malu bila cikgu datang ke rumah ketika ayah dan emak saya sedang bergaduh sebulan lepas. Waktu itu cikgu datang kerana risau saya sudah tiga hari tidak ke sekolah. Bukan saya tidak mahu ke sekolah, tapi bagi saya, kedatangan saya ke sana tidak membawa apa-apa kepentingan pun. Saya hanyalah seorang pelajar yang terkenal dengan sikap suka ponteng dan suka mencari pasal.

Semua cikgu sudah putus asa dengan kenakalan saya tapi cikgu... Cikgu yang tidak pernah mengalah walau banyak kali saya sakiti hati cikgu. Saya pernah calarkan kereta cikgu, bocorkan tayar kereta cikgu, mempersendakan cikgu ketika cikgu sedang mengajar tapi cikgu hanya senyum dan terus senyum. Saya malu cikgu, malu!

Saya tak pernah anggap cikgu itu penting dalam hidup saya. Sedangkan emak dan ayah pun tidak pernah sedar kehadiran saya, apatah lagi seorang cikgu. Kawan-kawan pun takut hendak dekat dengan saya kerana saya ini mudah sangat naik darah. Tapi cikgu, tidak gentar langsung ketika memberi teguran dan nasihat pada saya.

Cikgu,

Saya pernah hampir-hampir mahu menampar cikgu ketika cikgu meleraikan pergaduhan saya dengan Fared. Dia menghina keluarga saya cikgu. Dikata ayah saya itu kaki judi. Ya, memang ayah saya berjudi tapi yang saya marah apabila dikata emak saya menjual tubuh untuk bagi saya dan adik perempuan saya makan. Itu fitnah cikgu! Seburuk-buruk emak saya, dia tidak pernah lakukan kerja terkutuk itu. Walau emak saya selalu pulang lewat, selalu tak ada di rumah, saya tahu dia keluar mencari kerja bagi menampung hidup saya dan adik. Emak mengambil upah membasuh pakaian dan mengemas rumah. Malamnya emak bekerja sebagai tukang cuci di pasaraya berhampiran. Emak saya bukan seperti apa yang diperkatakan Fared. Hati saya sakit cikgu. Sangat sakit. Fared sengaja memalukan saya di depan kawan-kawan. Dia berdendam dengan saya cikgu sebab saya pernah laporkan pada Cikgu Kamal ketika nampak dia merokok di stor sekolah.

Mujur cikgu sempat mengelak waktu itu. Jika tidak, saya tak akan dapat maafkan diri saya kerana telah menyakiti seorang guru yang tidak jemu-jemu memberi nasihat dan sokongan pada saya.

Cikgu,

Saya masih ingat soalan yang cikgu tanyakan pada  saya ketika cikgu mengajar dua minggu lepas. Cikgu tanya pada saya, apa yang saya akan jadi sepuluh tahun akan datang? Terus-terang saya terpempan Tidak pernah saya jangkakan soalan sebegitu. Ya, saya tidak punya jawapan kala itu tapi sekarang saya sudah ada matlamat yang perlu saya capai. Matlamat yang cikgu semai dalam diri saya sejak soalan itu ditanya.

Cikgu,

Saya selalu lihat cikgu tersenyum walau pelajar kelas langsung tidak menumpukan perhatian ketika cikgu mengajar. Cikgu tetap masuk ke kelas, memberi latihan dan nasihat. Sedikit pun cikgu tidak pernah meninggikan suara pada saya dan rakan-rakan lain. Saya tertanya-tanya, apa yang membuatkan cikgu masih tegar mengajar walau selalu diperlekeh.

Melihat keazaman dan semangat cikgu, hati saya tersentuh. Terharu kerana cikgu masih menerima saya, masih setia mengajar bukan sahaja berkaitan dengan silibus pelajaran tetapi juga mengajar bagaimana hendak melalui hidup dengan positif.

Saya tahu kebanyakkan cikgu pandang saya sinis. Seorang pelajar nakal yang seringkali membuat onar di sekolah. Apatah lagi saya seorang gadis. Ya, seorang gadis yang kenakalannya melebih pelajar lelaki. Suka bergaduh dan mencari pasal. Banyak kali cikgu tegur tentang kelakuan saya tapi saya tidak boleh ubah kekasaran saya dalam sekelip mata.

“Awak bukanlah nakal sebenarnya. Awak cuma berlagak tabah untuk melindungi diri awak sedangkan dalam hati awak sama seperti perempuan lain. Tetap ada lembutnya,”

Kata-kata cikgu benar-benar menusuk seperti anak panah laju yang baru dilepaskan dari busurnya. Menikam tepat ke dasar hati. Ya, saya bersikap kasar untuk menutup kekusutan jiwa. Saya mahu lepaskan tekanan dan sekolah menjadi tempat saya menyalurkannya.

Cikgu,

Alhamdulillah, kebelakangan ini ketenangan mula mendapat tempat dalam diri. Ayah sudah ditangkap polis ketika berjudi secara haram di sebuah restoran tertutup. Sekarang, emak tidak perlu risau dimarah atau diherdik ayah lagi. Cuma, emak tampak sugul, mungkin risaukan ayah yang meringkuk di penjara. Walau apa pun, dia tetap suami kepada emak saya, tetap ayah yang membesarkan saya.

Saya juga ada membantu emak dengan belajar menjahit baju. Dah lama saya nak belajar cuma tidak berkesempatan. Saya mahu meringankan beban emak saya. Saya tak nak emak bekerja malam lagi. Mujur adik perempuan saya masih kecil, baru hendak belajar bercakap walaupun pelat. Akan saya didik baik-baik agar tidak melakukan kesilapan seperti yang telah saya lalui.

Cikgu,

Tahu apa matlamat saya? Saya mahu dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan PMR tidak lama lagi dan seterusnya SPM. Kemudian, saya mahu jadi sama seperti cikgu. Cikgu yang tidak memilih kasih dan ambil berat akan perihal anak muridnya. Mulai hari ini saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat saya itu. Dengan sokongan dan dorongan dari cikgu, mudah-mudahan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru”, istimewa buat cikgu yang banyak mengajar saya erti hidup dan membantu saya berubah menjadi insan yang lebih baik. Saya sayang cikgu dan doakan agar hidup cikgu sentiasa gembira dan bahagia.

Sekian.

Salam hormat,

Fadheela Husna

15 Mei 2009

10.30 malam

*   *  *  *  *

Manik-manik putih mula berladung di kolam mata. Perlahan-lahan diseka dengan jemari kanannya. Wajah Fadheela terbayang di minda. Alhamdulillah, anak muridnya yang seorang itu sudah menemui matlamat hidupnya. Sebagai guru kelas, adalah menjadi tanggungjawab untuk menjaga kebajikan anak murid dalam jagaannya. Surat yang dicoret dengan tinta biru itu dilipat kemas lalu dimasukkan semula ke dalam sampul corak bunga kecil itu. Surat itu merupakan hadiah yang amat bermakna sempena Hari Guru tahun ini.

Salina bangun dari sofa lalu menutup televisyen. Dia mahu tidur awal malam ini. Esok, dia akan bangun pagi untuk memulakan tugasnya seperti biasa. Tugas mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berguna, untuk agama, nusa dan negara.

 

::TAMAT::

Nukilan,

Ridhwan Zainudin

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) Lama tidak menulis, terasa sedikit kekok... Apa pun, dedikasi khas buat semua guru. Selamat Hari Guru!
  • 2) hehhee.. selamat hari guru untuk semua
  • 3) indah mesejnya ridh...
    walaupun diungkap ringkas dan bersahaja, namun nilai-nilai murninya amat tinggi
    nice sekali
  • 4) waahh..bermula dgn biasa..kemudian makin meruntun jiwa..smpai ke satu tahap..rase nak mengalir air mata..mmg seronok rasa dapat klimaks..hahaha

  • (Penulis)
    5) robot: Wah, orang pertama baca di pagi hari ya. Hehehe... Selamat hari guru bot!

    kak adreena: Terima kasih kak. Saya kira masih ada yang perlu diperbaiki. Tapi syukurlah mesejnya sampai...

    fairuzar: Terima kasih. Gembira ia dapat menghiburkan anda...

    Terima kasih semua sudi singgah membaca...
  • 6) menitik airmata cikgu kalau baca story kau ni
  • 7) baru berkesempatan membaca... ok...hmm... arr.. xtau nk komen apa... hmm...aargh! KENAPALAH SAYA SUDAH TIDAK BOLEH JADI SEBAIK CIKGU INI LAGI? MANA PERGI SEMANGAT SAYA!!!!

  • (Penulis)
    8) rebelliben: Hehehe... Terima kasih...

    shazmiey: Tak apa, teruskan berusaha. Saya yakin kamu seorang cikgu yang baik... Jiayou!

    Terima kasih sudi singgah membaca...
  • 9) hehe. ridh menulis tentang naluri gadis bagaikan air yang mengalir. selalu benar menyelam di hati gadis ye ridh? HEHE.

    semoga fadheela dan cikgu salina dapat berikan inspirasi pada cikgu2 lain dlm kapasitor ni. hihi.

  • (Penulis)
    10) caha: hehehe... bila dikelilingi gadis-gadis, memang seperti air mengalir emosi yang terzahir...

Cerpen-cerpen lain nukilan ridhrohzai

Read all stories by ridhrohzai