Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Si Payung Putih

 

Sudah hampir tujuh tahun saya jarang sekali menaiki bas. Gaya lagak orang ada kereta beginilah. Tapi hari ini lain pula. Gaya lagak orang ada kereta tapi tidak punya masa, atau lebih tepat tidak punya wang sebenarnya, pun begini. Kereta yang hari-hari dibalun pakai itu pun sudah tahu merajuk dek tak ada masa dan tak ada wang saya. Maka hari saya ini, seperti hampir tujuh tahun yang lalu, memaksa saya untuk membuka langkah ke perhentian bas.

Dan hampir tujuh tahun saya tidak pernah peduli tentang hujan. Tapi hari ini awan yang sedikit gelap menyesakkan nafas. Langkah kaki yang tadinya selesa terpaksa dipercepatkan. Perhentian bas yang kurang lima puluh meter di hadapan jadi tumpuan. Cahaya kilat yang ternampak di ekor mata dan bunyi guruh yang menyentuh telinga sayup-sayup membuatkan saya terfikir mungkin Dewi Tuah balas dendam pada saya hari ini.

Beberapa ketika kemudian, buah fikiran saya itu nyata benar. Tali kasut kiri saya jadi saksi. Baru sebentar saya tunduk membetulkan tali kasut yang terburai, berderuman titis-titis hujan menimpa kepala. Dengan baju yang sekejap saja lencun, perhentian bas yang tinggal sekangkang kera itu terasa amat jauh. Saya menghidupkan gerakan tangan memintal-mintal tali kasut. Doa hati, biar perasaan Dewi Tuah kendur sikit pada saya.

Dalam kekalutan dan kaburan air hujan itu, saya merasakan diselimuti setebar bayang hitam yang menahan segala air hujan dari meratah kepala ini. Saya mengangkat kepala perlahan-lahan, kaget dengan perubahan tiba-tiba itu. Dan ruang pandang mata saya hanya tersaji putih, sebuah payung putih. Belum habis kagum saya pada hadir payung yang tiba-tiba itu, satu tangan asing muncul entah dari mana. Tangan itu membuka ke arah saya, menghulur bantuan. Saya cuba-cuba mencari empunya tangan asing itu tapi bekas titis air hujan di kelopak mata saya hanya membenarkan sedikit informasi terlepas. Tangan itu milik seorang perempuan.

****

Saya duduk memeluk tubuh di bawah teduh bumbung perhentian bas itu sambil menahan ketar di lutut. Lalu mata mahu pula tahu tentang tangan asing tadi. Dan mata terus ambil tahu akan kecil-kecil tubuh di sebelah ini yang lengkap berbaju sekolah dengan tocang satu di rambutnya yang beriben merah, gadis itu elok sahaja duduk sambil membaca sehelai kertas di tangan kirinya.

Sedang seronok saya menatap anak perempuan itu membaca, sedang itu jugalah bola matanya naik laju menatap bola mata saya ini. Secara automasinya mata saya terus beralih ke arah payung putih di sebelahnya. Dalam keresahan dipandang begitu, saya terus-terusan mengeksplorasi payung putih yang tiada apa istimewanya itu. Terlintas di fikiran tiba-tiba bahawa payung seperti itu bagai pernah muncul dalam satu babak kehidupan saya tapi entah bila dan di mana.

“Apa yang kamu tengokkan?”
Saya menelan air liur sambil cuba memikirkan jawapan yang elok, “Erm… tak. Payung tu. Macam pernah nampak.”

Dia mengangkat payung itu dan membelek-beleknya sendiri, “Kat mana kamu rasa kamu pernah tengok payung ni?”

Saya menelan air liur sekali lagi. Soalan itu sememangnya ikhlas atau saja mahu menduga? Tapi apa salahnya mengingat, bukan. Kerana payung itu betul-betul seperti pernah lihat. Seingat saya, seperti tujuh tahun lalu yang saya tidak pernah peduli tentang bas, tujuh tahun itu jugalah saya tidak pernah peduli tentang payung. Maka mungkin sebelum tempoh tujuh tahun itu.
Tujuh tahun. Tujuh tahun itu sangat lama. Saya pun masih di sekolah seperti dia ini. Mungkin sekali masih melompat ke sana ke mari. Di sekolah saya ramai kenalan. Senang berkawan. Hampir separuh dari kawan itu pun berpayung. Jadi empunya siapa payung putih seperti itu? Yang saya igat ada payung putih hanya seorang saja.

Ouch!

“Awak tak apa-apa?”

Saya menggeleng kepala sambil menahan sakit di bibir yang tergigit sekejap tadi. Memori-memori tujuh tahun lalu yang dipaksa-paksa keluar ini memakan seluruh tenaga dan perhatian. Sampai saya sendiri tidak sedar bibir yang tidak bersalah ni jadi mangsa. Atau mungkin memori-memori yang tersimpan jauh itu merupakan sauh hidup saya tapi saya sendiri menolak untuk mengingat.

Tapi yang pasti sekarang saya sudah ingat siapa empunya payung putih dalam hidup saya. Namanya Alia. Dulu saya pernah rapat dengan Alia itu. Rumahnya berhampiran. Oleh itu kami selalu pergi dan pulang pulang bersama. Orangnya manis, kalau saya tidak silap, kerana saya masih tak dapat ingat sepenuhnya rupa dia.

Saya terus mengetuk-ngetuk pintu memori yang sudah lama tertutup. Bagaimana saya boleh jadi lupa akan kehadiran Si Alia? Oh, ya. Hari itu saya berjanji mahu pulang sekolah bersama dia. Dia minta saya berjanji. Pertama kali saya berjanji atas sebab yabg bodoh. Padahal memang kami pulang bersama setiap hari tanpa perlu perjanjian. Tapi dia bersungguh-sungguh jadi saya ikutkan saja.

Bagaimanapun, saya tidak pulang bersama dia hari itu. Oh, saya memang manusia yang mudah lupa janji. Hari itu juga cinta pertama saya datang menegur, minta meneman ke taman di hujung jalan. Lalu saya turutkan. Berkawan biar beribu, cinta mungkin hanya satu. Itu yang saya percaya hari itu. Tapi yang datang menegur itu pun bukannya cinta terakhir saya, hanya cinta pertama. Dan saya terus lupa akan Alia. Selepas itu saya tidak mendengar khabarnya lagi. Kawan-kawan yang lain kata…

Seperti litar pintas yang hidup semula, memori-memori saya tiba-tiba datang berduyun-duyun. Jantung saya berderap makin laju. Saya menoleh ke sisi perlahan-lahan, takut dan tidak pasti permandangan apa yang bakal jadi sajian mata saya. Tapi dia sudah hilang. Ya, anak perempuan itu, yang pada pandangan saya ketika itu mungkin sekali adalah Alia, telah hilang terus. Payung putihnya turut lesap. Dan saya ternganga sendirian.

****

Hari ini hari paling bahagia dalam hidup saya. Cincin disarung, dahi dicium dan saya sah jadi isteri orang. Senyum yang tertampal di muka saya dari awal pagi tadi pun tak mahu tertanggal. Walau penat letih melayan tetamu, saya masih tersenyum. Dan pada satu ketika dalam hari ini, saya pun tidak pasti bila, dia muncul lagi. Melambai pada saya dari bawah teduhan payung putihnya. Saya hanya mampu melambai kembali.

Tiba-tiba saya jadi sedar, Dewi Tuah sedikit pun tidak berdendam pada saya. Hanya Encik Takdir yang memainkan peranannya.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ke mana alia menghilang dulu?
  • 2) Imiginary friend? Tapi cerita yang cuba disampaikan terlalu mudah dan pendek.
  • 3)

    baju sekolah?? basah??

    huh..white and wet???

  • 4)

    hep grey. dia pakai baju pengawas la. kaler hijau, tebal. dan labuh. :p

  • 5) mesti last day die nmpk alia,alia ditimpa kecelakaan kan?then yg die jumpe tuh hantu alia..kan?kan?
  • 6) tul tu puyuh. eh puya. aku pun rasa centu jugak. mesti yang tolong dia tu Alia yang telah tiada. wuu.
  • 7) cerita val kali ni kene banyak gunean imaginasi, ttg prequal n sequal..boleh byk yg ditafsir n ditaksirkan..penat neu fikir ke setiap sudut tp best!!!
  • 8) x phmla citer nih
  • 9) val..payung sekaki bukan sebuah ;p

    nice! tp mcm kemunculan alia tu sekejap sgt.

    mungkin leh ditambahkan lg flashback ttg alia =)

Cerpen-cerpen lain nukilan valium

Read all stories by valium