Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

...dan

 

...dan selepas beberapa lama kau menceburkan diri dalam dunia lakonan, kau berjaya berkenalan dengan Datuk Zack (atau nama manja yang kau beri kepadanya iaitu, baby) yang mencecah umur lima puluh lapan tahun di salah sebuah kelab malam ekslusif.

 

...dan kau mula merasakan bahawa bukan semua orang “sebijak” kau sehingga mampu membuat baby jatuh cinta dengan (tubuh) kau. Pada aku, yang bijak itu mungkin bukan kau, tetapi Doktor Joey yang tinggal di belakang rumah aku yang bertungkus lumus menaikkan hidung dan dada kau ke tahap jiran-jiran wanita lain menyimpan perasaan cemburu yang meluap-luap terhadap objek-objek palsu yang melekat pada tubuh kau itu. Lalu dengan segala kebolehan mereka memujuk rayu, terkorbanlah dua pertiga gaji suami-suami mereka masuk ke dalam poket Doktor Joey. Sekali lagi Doktor Joey dianggap bijak kerana berjaya memperdaya para suami menggunakan kemahirannya sebagai pakar bedah plastik.

 

...dan dengan pembedahan plastik oleh para wanita di kediaman rumah kau, mereka akhirnya merasakan mereka sehebat kau. Eh, tidak! Mereka tidak mahu sehebat kau. Mereka mahu melebihi kau. Serba-serbi. Kalaupun tidak dapat membuatkan mana-mana Datuk jatuh cinta dengan (tubuh) mereka, sekurang-kurangnya impian mereka untuk meletakkan objek-objek palsu di dalam tubuh mereka tercapai. Puas katanya.

 

...dan mari berbalik semula kepada kisah kau selepas berjaya mendapat cinta (palsu – ah, segalanya tentang kau palsu, bukan?) daripada baby. Kau dan baby akhirnya berkahwin.

 

“Kahwin dulu”, kata baby.

 

Nikahnya mungkin tahun depan. Biar mulut-mulut orang sibuk berbicara tentang hubungan kau dan baby sebagai publisiti murahan memandangkan populariti kau jatuh merudum setelah kes bergaduh dengan wartawan hiburan bapok itu diketahui ramai. Maka, segala berita mengenai kau tidak lagi diambil peduli dan kau tidak semena-mena digam oleh seluruh wartawan hiburan. Mujurlah ada seorang dua yang rajin bertanya khabar kau dan terkeluarlah cerita kononnya kau bersama Datuk Zack. Sambil-sambil itu kau cuba menafikannya. Jawapan-jawapan popular tentulah:

 

 “Teman tapi mesra”

 atau

No comment

 

 Sedangkan semua orang tahu no comment is not a comment dan teman tapi mesra adalah satu kenyataan palsu (palsu lagi!) yang terang lagi bersuluh dari manusia-manusia yang bermulut seperti kau.

 

...dan selepas setahun, akhirnya kau membuka rahsia yang  kau dan baby sebenarnya sudah bernikah senyap-senyap. Itupun kau terpaksa beritahu satu negara selepas kisah pernikahan kau itu bukanlah lagi kisah yang senyap-senyap. Kononnya tidak mahu heboh-heboh, takut-takut tak jadi sedangkan kau takut isteri-isteri dia tahu kaulah selebriti yang selama ini menjadi wanita simpanan suami mereka. Akhirnya, kau terpaksa juga mengaku yang kau bukanlah isteri pertama baby tetapi isteri keempat baby walaupun kau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dengan mengeluarkan kenyataan,

 

Sorry, tak mainlah isteri keempat. I isteri kedua tau!”, lalu berlalu dengan senyuman lebar (yang palsu)  kepada para wartawan. Kononnya senyuman itu sebagai metafora kau dan baby di ambang kebahagian. Segala gosip dan khabar angin tidak mampu menggugat keagungan “cinta” kau dan baby. Cewah!

 

...dan selepas terbongkarnya kisah pernikahan kau dan baby di media, kau senyap seketika daripada dunia lakonan. Tetapi jangan dilupa, gambar-gambar kau bersosial dengan baby sebelum dan selepas kahwin masih menjadi tatapan orang ramai di internet. Ah, tapi apa kau peduli! Janji baby berikan apa yang kau mahu, kan? Selepas beberapa bulan berdiam diri kau merasakan perlunya publisiti agar diri kau tidak dilupakan orang ramai, atau sekurang-kurangnya orang tidak lagi mengaitkan kau dengan baby sepanjang masa. Bosan!

 

...dan kau pun berfikir-fikir mahu menjadi usahawan pula dengan menggunakan duit baby sebagai modal. Itu perjanjian kau dan baby. Maka, dengan modal yang ada kau mula merangka satu produk yang boleh menaikkan nama kau semula atau sekurang-kurangnya dapat menempatkan muka kau di slot lima belas minit rancangan Wanita Hari Esok yang mempromosikan barangan baru di pasaran. Persoalan yang menghantui kau pada saat itu,

 

            “Produk apa?”

 

Alat solek jenama sendiri? Pakaian jenama sendiri? Atau bulu mata palsu jenama sendiri? Aduh, semuanya tidak sesuai buat kau. Kau beranggapan lebih elok sekiranya kau menjual sesuatu yang dekat dengan diri kau. Nasi lemak misalannya.

 

 

...dan kau akhirnya memulakan proses memperkenalkan nasi lemak jenama kau. Sama sahaja seperti nasi lemak yang lain yang dijual di tepi jalan cuma nasi lemak kau berjenama. Itu saja. Mengapa kau pilih nasi lemak sebagai produk pilihan kau?

 

            “Saya dulu orang susah. Lepas balik dari sekolah saya menolong ibu saya menjual nasi lemak keliling kampung”, kau membalas soalan wartawan sambil mengesatkan air mata dan menghembus hingus yang penuh dalam hidung. Air mata aset penting untuk mendapat belas kasihan.

 

...dan kau terlupa memberitahu sesuatu kepada wartawan bahawa resipi nasi lemak itu kau ambil secara paksa daripada emak saudara bekas teman lelaki kau. Tetapi aku tahu kau tak perlu rasa risau kerana wang (baca: rasuah) yang diberikan memang cukup untuk menutup mulut emak saudara bekas teman lelaki kau itu. Maka berjayalah kau dengan nasi lemak kau di seluruh negara termasuk negara-negara jiran yang lain.

 

Tamat.

 

 

...dan andaikan segala cerita di atas adalah palsu (lagi) semata-mata. Kau bukanlah seorang pelakon  yang berjumpa dengan seorang Datuk Zack (yang kau panggil baby) di sebuah kelab malam eksklusif. Kau tidak pernah meninggikan mana-mana bahagian tubuh kau terutama hidung dan dada dengan berjumpa Doktor Joey yang akhirnya hampir kesemua jiran wanita kau turut melakukan hal yang sama dengan menggunakan dua pertiga gaji suami mereka.

 

...dan kau juga tidak pernah berkahwin sebelum bernikah dengan baby apatah lagi menjadi isteri keempat baby. Malah kau juga tidak pernah mempunyai nasi lemak jenama sendiri. Tak pernah! Tak pernah!

 

...dan kau sebenarnya hanya menanam angan-angan mahu menjadi pelakon (tambahan pun tidak mengapa) dan ingin merasa untuk berkenalan dengan kelompok-kelompok elit di salah sebuah kelab malam eksklusif. Mungkin berkahwin dengan Datuk Zack (yang kau panggil baby) itu selepas bergelar pelakon kau akan anggap sebagai rezeki terpijak.

 

Mungkin...

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) jatuh chenta dgn semua karya kamalia!
  • 2) dan..dah tak dan
  • 3) hahaha..menarik sekali. tahniah utk kamelia.
  • 4) Karya satira dari Kamalia sentiasa ditunggu-tunggu...

  • (Penulis)
    5) ouh, terima kasih semua
  • 6) wow. seperti ada kemajuan yang signifikan.
    baik dari segi konsep. mahupun penceritaan.
    ni la untung belajar menulis secara formal. hehe.

    peh anak murid dr hatta ni hehe. (macamlah belajar menulis dgn beliau) ha ha.

    tahniah kamalia!
  • 7) boleh la ajar gue

  • (Penulis)
    8) caha: dr. hatta tak ajar saya menulis, tapi banyak jugak tips dia bagi . terima kasih

    kurusawa: haih la...tak layak nak ajar. ilmu pun tak banyak mana
  • 9) kalau kasi 'rilek' sikit pengolahan cerita pasti lebih baik.
  • 10) rezeki terpijak, haha, siapa tak suka weh
  • 11) syok! syok!
  • 12) mengejar duniawi. hoho

    nice one!
  • 13) "nasi lemak! ah, itu makanan resmi kaum petani!," kata Kurusawa sambel melibas beg Prada-nya hasil belian sugar-baby.

Cerpen-cerpen lain nukilan kamalia

Read all stories by kamalia