Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

paragraph 31, 32, 33 and 34

 

31. Hypermotard meninggalkan rumah usang di dalam hutan. Sekarang sumi dan aku di restoran stik. Tapi sumi cuma mahu makan cikencop. Aku meniru sumi dan meminta hendak makan cikencop juga. Cikencop pun sampai seraya sumi makan dengan lahap laksana makanan dari syurga, tatkala aku pula tidak ada berahi hendak makan.

32. Sumi menyedari aku tidak berahi. Sumi meminta ampun denganku dan menuduh dirinya yang berdosa kerana telah membunuh berahiku. Sebelum cikencop datang tadi sumi telah mengingatkan aku tentang peristiwa seekor kucing putih gebu dari china kesukaanku yang telah lari dari aku enam purnama yang lepas.

33. Sumi memberitahuku cikencop aku tidak ada isi seraya meletakkan sepotong cikencop dari pinggannya ke dalam pingganku. Sumi menyuruh aku makan sehingga kenyang dan melupakan kisah kucing putih gebu dari china yang lari tersebut. Aku berhelah dengan sumi bahawa bukanlah dia yang berdosa tetapi sebab aku sakit perut tak lalu hendak makan sejak siang disebabkan makan lepat basi di warung makcik yasmin si janda tidak beranak.

34. Semasa makan cikencop itulah allah mengizinkan akhirnya aku dapat mendengar suara sumi ketawa buat kesekian kali dalam hidupku, sejak aku melihat sumi tujuh tahun yang lampau, hatta sejak sumi dilahirkan. Aku menjamah puas-puas muka sumi sedang ketawa penuh takjub macam orang pertama kali tengok katak ajaib ketawa dalam u-tiub. Lebih dari itu aku menikmati suara ketawa sumi seumpama suara hilaian bidadari di syurga. Kemudian barulah aku mengaku kepada sumi pasal ‘kesekian kali' itu.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) erm . masih belum boleh hadam cerita2 kasutbiru. tak berapa faham dengan konsepnya lagi. hihi

    datang membacaa
  • 2) salah satu diari kehidupan? hmm...

Cerpen-cerpen lain nukilan kasutbiru

Read all stories by kasutbiru