Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

cerita mimpi gampang

 

1. Sumi di alam nyata:

2. Sumi bangun di tengah malam. Sumi kepanasan. Tekaknya kehausan. Dia turun dari katil mencari air di dapur. Kemudian ke ruang tamu. Sumi membentangkan selimutnya di atas lantai dan membaringkan badannya di situ. Di atasnya kipas sedang ligat berputar di siling. Sumi berasa nyaman. Dalam nyaman itulah sumi terlelap kembali. Sehingga dia bermimpi.

3. Sumi dalam mimpi:

4. Sumi keluar dari khemah baru bangkit dari tidur. Cuaca petang. Dia mengamati suasana tepi pantai di luar khemah. Ada beberapa khemah lain berdekatan. Namun tidak ternampak penghuninya. Cuaca petang bertambah gelap kerana awan hitam. Hujan bisa turun bila-bila masa. Bunyi guruh-guruh kecil kadang-kadang kedengaran. Sebentar kemudian hujan mulai turun.

5. Mula-mula rintik-rintik dan tidak berapa lama kemudian menjadi lebat. Guruh mula berdentum kuat. Angin bertiup garang. Sumi yang bersembunyi di dalam khemah ketakutan. Khemah sumi melayang kerana angin deras. Sumi terkejut. Sumi kebasahan. Panik. Sumi bangkit dan berlari menyelamatkan diri.

6. Kilat menyabung ke tanah. Hampir-hampir terkena sumi. Sumi menjerit. Sumi ketakutan. Sumi panik. Sumi berlari lagi. Kilat memanah lagi. Sekali lagi hampir terkena sumi. Sumi berlari dan kilat mengejar. Hampir-hampir terkena sumi lagi. Kilat seolah-olah mahu bermain kejar-kejar dengan sumi mahu menghambat sumi.

7. Sumi terjatuh. Dia cepat-cepat bangun dan menerpa masuk ke sebuah khemah yang lain. Kosong tiada orang. Sumi menggeletar sambil berdoa panjang. Sumi menadah tangan sambil memejam mata. Mulutnya terkumat-kamit laju.

8. Kilat tiba-tiba hilang. Guruh menjadi diam. Hujan hilang sekelip mata. Namun cuaca masih gelap diselubung awan hitam. Sumi mendengar dari dalam khemah. Segalanya telah menjadi senyam. Sumi mengintai ke luar melihat keadaan. Tiada orang lain di situ. Kelihatan khemah-khemah lain pun tumbang. Cuma ada dua buah khemah saja yang masih tegak berdiri. Khemah yang mana terdapatnya dia di dalam dan sebuah lagi di hujung sana.

9. Sumi keluar dari khemah dan mencari-cari orang. Dia berjalan mundar-mandir. Langkah sumi menuju ke khemah satu lagi yang masih tegak. Sumi memanggil-manggil penghuni khemah. Tiada jawapan. Sumi mengintai ke dalam khemah. Ada seorang lelaki sedang tidur meringkuk.

10. Sumi memanggil si lelaki. Si lelaki tidak bergerak. Sumi menggerak-gerakkan kaki si lelaki supaya dia terjaga. Tubuh si lelaki akhirnya bergerak. Si lelaki membuka mata seperti baru bangkit dari tidur yang panjang. Si lekaki kemudian memandang kepada sumi. Sumi kelu tidak tahu hendak bercakap apa…

11. Aji di alam nyata:

12. Sebentar tadi aji tidak dapat lelap. Walaupun jam sudah tiga pagi. Sudah puas dia bergolek ke kiri ke kanan di atas katilnya. Sekejap dibuka lampu biliknya dan sekejap kemudian ditutup pula. Akhirnya entah bagaimana aji terlelap juga. Dalam tidurnya aji bermimpi.

13. Aji dalam mimpi:

14. Aji terasa kakinya digerak-gerakkan orang. Sambil itu dia terdengar suara menyuruh dia bangun. Aji tersedar dan membuka matanya. Dia memandang ke arah empunya suara. Aji terlihat seorang perempuan berada di sampingnya, di dalam sebuah khemah. Perempuan itu kelihatan tidak tahu hendak berkata apa. Kemudian perempuan itu keluar dari khemah.

15. Aji mengesat-ngesat matanya. Dia cuba mengingat bagaimana dia boleh berada di dalam sebuah khemah. Aji keluar dari khemah. Dia melihat laut terbentang luas di hadapannya. Dan hutan di belakangnya. Di sekelilingnya banyak khemah-khemah menyembah bumi.

16. Aji terlihat perempuan tadi sedang berdiri tidak jauh dari situ memandangnya. Aji tidak tahu siapa perempuan itu. Bahkan aji tidak ingat langsung bagaimana dia boleh berada di situ. Aji memanggil perempuan itu. Perempuan itu tidak menjawab tetapi cuma memandangnya. Aji berjalan menuju kepada perempuan itu.

17. Aji bertanyakan perempuan itu di mana tempat dia berada. Si perempuan tidak dapat memberikan jawapan. Aji memperkenalkan diri. Dan perempuan itu memperkenalkan dirinya sebagai sumi. Sumi juga menyatakan kepadanya yang dia juga tidak tahu bagaimana dan kenapa dia boleh berada di tempat itu. yang pasti ialah sekarang aji dan sumi berada di sebuah pulau cuma berdua, kerana orang-orang lain telah ghaib entah ke mana tidak diketahui.

18. Malam itu amat dingin. Perut mereka telah beralas dengan apa yang ada. Kemudian mereka berdua cuma duduk di samping unggun api. Mujur aji pandai membuat unggun api. Kedua-dua mereka berbual panjang dan melihat bulan dan laut terbentang. Angin bertiup sejuk.

19. Kerana dingin dan bersendirian sumi menyentuh tangan aji. Sumi mahukan aji. Sumi berahi. Aji tidak menolak dan tidak menunggu lama. Sebentar kemudian aji pula yang memeluk sumi. Semakin erat dan bibir mereka berkucup. Dan kemudian tubuh mereka pula bercantum...

20. Aji di alam nyata:

21. Aji terjaga. Baru dia sedar dia telah bermimpi basah.

22. Sambungan mimpi sumi:

23. Sumi terjaga kerana hari telah pagi. Selepas bersama aji pada malam tadi mereka masuk ke khemah untuk tidur. Sumi mendapati aji tiada di dalam khemah. Sumi keluar dari khemah. Matanya mencari aji. Aji tiada. Sumi memanggil-manggil aji. Tiada jawapan.

24. Kemudian sumi berjalan mencari aji di sekitar. Sumi telah jenuh dan penat. Aji telah hilang. Sumi memanggil-manggil aji dengan panic. Kemudian panggilannya bertukar hiba. Sumi menangis dan meratap. Dia berasa amat sedih. Amat sedih sehingga sumi pun terjaga.

25. Sumi di alam nyata:

26. Baru dia sedar tadi dia telah bermimpi. Dan sumi percaya dia telah meracau dalam tidurnya sebentar tadi memanggil-manggil aji.

27. Di alam nyata:

28. Keesokan paginya kedua-dua sumi dan aji masuk ke pejabat dan membuka facebook. Mereka masing-masing menulis status: malam tadi aku mimpi cam gampang!.

29. Dan selepas selesai menulis, penulis cerita ini bercakap sendiri di dalam hari: citer ni cam gampang lah!!.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

Cerpen-cerpen lain nukilan kasutbiru

Read all stories by kasutbiru