Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Bukan untuk mereka yang mencari 'ending' : Khalel meets Leha

 

“ Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi”.

Suara operator telefon lagi!

Nombor Leha tidak dapat dihubungi buat kali ke-12nye hari ini sahaja.

Telefon bimbit  Nokia E75 terletak di telinganya, tidak berbunyi. Dibiarkan kaku di situ sambil tangan diletakkan dibelakang kepala mengadap syiling putih dicemari tompok-tompok kuning bekas tiris dari hujan semalam. Dia ada juga dengar daripada internet yang website mana-mana entah yang henpon ni penuh radiasi, tak elok letak kat telinga lama-lama.Boleh dapat kanser. Tapi biarlah, hati dia pun dah lama kena kanser. Kanser Leha, penyakit angau. Mati pun bagus. Alang-alang angau.

Kadang-kadang ada juga bunyi enjin motor laju melintasi rumah kampungnya, kuat dan deras. Seolah-olah menodai sunyi itu.

Kaki disilang ke atas ambil posisi selesa. Angin sejuk dari berandah membuatkan matanya layu dan mindanya ringan melayang. Baju singlet pagoda memudahkan angin sejuk masuk menapar-nampar lembut lemak badannya, menghasilkan rasa selesa. Anak matanya terarah pada tiang, beralih ke langit hitam tanpa bintang dan akhirnya keawangan jua.

Malam pekat yang hanya dilimpahi warna oren lampu jalan dan  berteman bunyi cengkerik liar berganti dengan suara bingit dari kafe Kuliyyah Human Science. Rata-rata manusia lalu lalang menanti giliran membeli makanan dan minuman memenuhi ruang legar bercampur aduk dengan suara peniaga masing-masing melaung order yang telah siap. Kedai mamak lah yang selalunya juara dalam bab ini. Senang melaung dengan pelat Bangladesh yang tak pernah berubah biarpun bertahun bermastautin di Malaysia.

“ Roti telur SIAP!! Mee Goreng SIAP!!” Dua pinggan melayang ke atas kaunter.

Khalel bangun bingkas daripada tempat duduknya. Laju. Malu bila order dilaung banyak kali. Mamak disini kurang sabarnya.

“Terima kasih ya, macha”. Senyum.

“Wokeh-wokeh”. Kepala digerak-gerak. Mengiling tidak, mengiya pun bukan.

Elak awek, elak pak Arab, elak lecturer dan bagi salam, elak air milo tumpah dilantai bersama kesan pijakan dimerata, masuk ke lorong ke-3, dan berhenti. Macam step menari Tango pun ada. Nampak Arep,duduk.

“ Menyampah betul la aku mamak ni. Melaung tak tentu hala. Habih satu kafe tahu aku melantak mee goreng mamak 2 ringgit setengah. Hilang macho aku dowh~

“ Pesan la gerai lain”

“Sama aje.Gerai Kak Na tu lagi la. Hari tu aku dalam kelas Dr. Aziz, sumpah aku dengar suara macam dia melaung “Nasi Goreng Ikan Masin...SIAP!!” baik punya. Kau tak percaya, kau tanya Dr. sendiri. Tapi bagus la, dia lepaskan kelas awal.Terliur la tu, bukan aku tak tahu orang tua tu. Tak boleh ke hantar kat sorang-sorang order tu macam kat restoran lain?”

“Kita students

“Kita customers. Discriminasi macam taik. Ada kurang duit dia kalau aku student?”

“Makan je la”

Khalel tak bantah. Dia makan juga mee goreng mamak dihadapannya tu lambat-lambat.Tak meng-iya jugak.

“Tapikan, aku lelaki tak la segan sangat nak amik order lepas kena laung berpuluh kali. Kalau awek macam mana? Malu siot. Bikin orang macam tak ada muka. Kesian, macam yang tu, yang tu, yang tu dan yang itu”

Jari telunjuk diarah-arah pada beberapa gadis yang sedang ambil makanan. Melilau-lilau mata Arep mengikuti arah jari Khalel yang merata-rata arah. Akhirnya, tangan gemuk Khalel berhenti. Tergantung  diawangan dengan tiba-tiba.

‘Kau apasal?”

“Awek”

“Yea, aku tak buta”

“Cun”

Cun sungguh budak genit kat gerai minum nih. Oit, geram Khalel nak cubit mesra pipi gebu dia. Pakai baju kurung cotton berbunga merah pekat, berbunga halus, melekat dibadan lansing. Tudung sempang berwarna sedondon. Oh, dompet dia pun berbunga halus, kemas disusun duit dan resit. Oh, kasut dia hitam,tinggi bertali-tali. Mulut mungil dicalit dengan lipstick jenis apa, jenama apa, Khalel tak tahu. Yang penting kena benar. Pink gebu dipipinya itu samada natural ataupun blusher, pun dia tak ambil pusing, lebih kepada menikmati sahaja dengan mata. Mata Khalel turun daripada kawasan muka, jatuh ke tubuh. Dia kira kalau dikira dengan mata kasar, ukuran badan awek ni lebih kurang 34-26-36. Hah, elok sangat lah nak dipeluk kalau ukuran macam tu. Masuk aje. Boleh di pegang-pegang, boleh di..

Astaghfirullah, Khalel..kotor,kotor,kotor. Pemikiran macam budak tak belajar agama. Malu kat mak bapak kau kat kampung. Balik pada bumi nyata. Balik pada Arep. Oh, bercakap rupanya Arep. Apasal dia tak perasan tadi?

 “ Tu la aku dok piker ni, Khalel. Kalau ekspedisi kayak ni kita ajak lagi 2,3 universiti around KL. Baru ada competition sikit. Ni asyik kita dua tiga kerat je, tak hype lansung aku. Pasal tu lah jugak aku panggil dating dengan hang ni. Ko nak tak jadi komiti Public relation dengan Luna? Dia pun aku ajak datang sini, bincang. Aku bukan apa, memang la kita dah lama kawan lama, tapi teratur la sikit kalau kita bahagi-bahagi tugas macam ni. Tak la asyik aku je perabih kredit, idok? Bukan susah pun jadi orang Public Relation ni. Kau hanya perlu..itu..ini..Luna..ceria..kontak..”

Ok, bumi nyata tak seronok. Arep lagi 10 kali tak seronok. Terbang lagi Khalel. Bukannye mak bapak kau tahu kau piker apa. Mana dia tadi?

Yea, duduk dengan kawannya disudut kanan mengadap pasu bunga besar. Kawan dia pun awek jugak tapi kalah la dengan pilihan hati Khalel yang satu tu. Muka macam Minah Salleh pun ada, tapi tak kot. Molek aje bercakap bahasa Melayu. Duduk sopan bersilang kaki. Orang kata, perempuan duduk bersilang kaki ni bossy sikit. Ye ke? Tak pun. Elok je layan mesra member dia. Apa? Member dia buat ape? Entah. Pakai apa tah? Bercakap apa,entah.Yang penting gadis cun itu dah membuatkan Khalel khayal, terbang merewang bersama gambaran indah-indah belaka. Ralit benar dia meneliti tindak-tanduk awek itu. Arep telah lama senyap. Sedar dirinya tidak terlayan.

Beg dompet gadis jatuh ke tempat duduk sebelah kirinya yang kosong. Sekilas dia melihat dan mengeluh.Pasti dia pungut nanti.

Yea, pusing ke kiri. Ke kiri,Ke kiri!! Ke kiri lah sayangggg!!

YES!!

“Hi, cik adik” Dari jauh pantas Khalel melemparkan senyuman yang paling macho bersama lambaian tangannya menyapa tak kala gadis itu berpaling ke kiri, kearahnya. Ambil peluang. Moga-moga gadis itu perasan akan kewujudannya. Ketakjubannya.

Dia nampak aku!!

Eh, apsal gelap ni? Takkan aku excited sampai pitam kot?!

Perut sapa ni warna hitam!! Kacau!!!

“HOI!! Kau apehal sengeh sorang-sorang nih?” Turun dari langit ke budak ni?

Khalel mendongak ke atas. Chit!!! Luna budak hitam, pakai baju hitam, buat perangai hitam, perut kaler hitam.Eih,nak je aku hentam.

 “Tepi la, Luna. Luna, Luna, blah la wei!!”

Kesian Luna kena tolak, terjengkit-jengkit sampai tumpah Neslo ais yang dibeli khas buat Khalel. Dia tahu Khalel suka itu. Tapi Khalel perlu melihat reaksi gadis itu. Respond kah dia?

Sayang,Gadis cun sudah berlalu pergi meninggalkan pinggan kosong bersama kuah rojak kering di bibir pinggan. Milo cair bersama ais yang semakin mengecil. Putih.

Kesian  lagi Luna, Neslonya telah buat Khalel hilang selera. Muncung sepanjang perbincangan dengan jiwa masih pada gadis tidak bernama itu. Luna terkebil-kebil matanya apabila Khalel mentah-mentah tolak Neslonya. Kesian Luna, kesian Khalel juga.

Bunyi motor bapak Khalel buat Khalel tersentak. Ditutup kakinya yang terkangkang. Menyorokkan apa yang tak patut. Malulah. Dibiarkan ayahnya ke garaj menyimpan motor. Diekori sahaja anak matanya menuruti gerak-geri bapaknya. Lambat-lambat mata ditutupkan kembali. Berkira-kira mahu atau tidak menelefon Luna, bertanya khabar. Sedih lagikah dia?

Ring~! Ring~!

Mata Khalel terbuka luas. Bertenaga umpama diberi minuman tenaga.

Leha!! ke Luna?

Nama Luna tertera di skrin. Punat hijau ditekan.

“ Assalamualaikum, Khalel. Hang kat mana?”

“ Waalaikummussalam!!, Aku kat kampung ni hah!”

“ Apa hal excited sangat ?”

“ Aku memang dah teringat nak call kau, kau call dulu. Kau ok? Dah tak merajuk dah?”

“ Berapa kali da, aku cakap. Aku tak merajuk” Bersungguh-sungguh.

“ Yea lah.Jangan mengaku sampai mampus. Ada Leha call kau?”

“.....................”

TUUTT~. Mati

Khalel tarik telefon bimbitnya ke depan. Ditenung rapat skrin kelabu kosong dihadapannya.

“ Haih, habih kredit ke budak ni?”. Dail balik. Peraturan berkawan.

Tut..Tut..Tit..Tut..Tut...Tit..tut..Tut..TIT..TUT..

Lincah jari jemari Khalel menekan-nekan number telefon Luna.

TuuuuuTT~ TUUuuuuT~ panjang

Klik. Yes, dia angakat.

“ Nombor yang anda dial tak dapat dihubungi”.

Dia buat perangai sama dah.

Bagus. Tiga-tiga perempuan menyusahkan hidup aku.

Chipoodah Leha, Chitpoodah Luna, Chitpoodah operator telefonn!!

 


p/s: baca sini dulu kot baru faham sikit :)

 

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) cit!
    ok
    memang cerita yg tiada ending.
    cerita yg lebih berupa nak ekspresikan emosi dan memori.

    student uia

  • (Penulis)
    2) tu la..macam masalah dunia pulak tak ada story line *garu-garu kepala*
    macam nak kene minta bantuan je..hehe
    TQ baca
  • 3) sudah menilai. at first aku sedikit konpius dgn watak leha & luna. but bila dah baca balik, Alhamdulillah faham...
  • 4) baguih! tapi becok betul!

Cerpen-cerpen lain nukilan LunaLuni

Read all stories by LunaLuni