Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

cerita cintaku.....

  • 5
  • ruzie
  • 14 years ago
  • 7,822
  • FREE

 

diari seorang lelaki

Aku menyayangimu namun adakah aku terlewat untuk  menuturkankannya untuk kali kedua.....aku yang bersalah membiarkan perasaannya layu sendiri tanpa pujukan dan rayuan dariku lagi....masihku ingat saat pertemuan pertama..ku berjanji ingin menjadi plindungmu..ku ingin menjadi penjaga kepada hatimu setelah kau ceritakan segala kisah hitammu yang menjadi mangsa cinta palsu lelaki..namun siapalah aku untuk menghalang diriku  dari memandangmu dengan penuh nafsu....ku Cuma lelaki biasa yang tuhan kurniakan 1 nafsu 9 akal..lantas nafsuku yang satu itu menyebabkan aku kehilangan dirimu..ku akui kau memang wanita hebat..setiap yang mengenalimu pastikan jatuh hati pada tingkahmu yang manja dan kerana itu mungkin akhirnya kau tersungkur dalam dakapan ramai lelaki yang hanya ingin meratah tubuhmu dan adakah aku jua begitu..ya tanpa sedar aku juga menjadi seperti lelaki-lelaki yang sebelum ini yang hanya ingin mempermainkan dirimu hanya untuk melepaskan nafsu...setelah itu aku mula menjauhi dirimu kerana ku bimbang kehadiran dirimu hanya akan menyusahkan hidupku kelak..arghhh kejamnya aku saat itu memperlakukan dirimu sedemikian rupa..entah kenapa aku sudah lupa dengan janji-janjiku padamu dulu sewaktu mula-mula ingin mengenali dirimu dulu...namun kau sungguh naif..kau sedikitpun tidak pernah mengungkit segala janji yang ku taburkan dulu..masih ku ingat jua sewaktu kau bertembung aku dengan perempuan lain...kau hanya memandangku tanpa kata...aku yang terpaku melihatmu pantas pergi jauh darimu....

 Gadisku tidak aku nafikan kadang kala aku memandang rendah padamu...kau memang wanita yang tidak pandai menjaga diri.malah kau juga bukanlah cantik sangat hingga ingin membuatkan aku jatuh cinta..mungkin kerana itulah aku langsung tidak memandangmu dan melayanmu selayaknya..aku tidak pernah menghargai dirimu malah tidak mengingati pengorbanan dirimu yang menyerahkan tubuhmu padaku sebagai bukti kasih sayangmu padaku..aku fikir kau wanita yang tidak pandai menjaga diri dan tidak layak untuk dijadikan isteri.....

Aku tidak mempedulikan kehadiranmu lagi...aku tidak menghubungimu lagi..ditambah dengan kesibukanku..aku semakin melupai dirimu dan menjauhi diri darimu...namun kadangkala aku terfikr mengapa selama ku tidak pernah mencari dirimu..kau jua tidak pernah datang mencariku..kau jua turut mendiamkan diri..kenapa kau tidak memintaku bertanggungjawab.....kenapa kau hanya menanti aku bertindak dan akhirnya aku terus lupa padamu...bersamamu ku anggap sebagai tuahku sahaja..aku lupa aku berkenalan denganmu disaat hatimu terluka ditinggal lelaki..aku hadir walaupun pada mulanya  kau menolaknnya...aku tidak nampak semua itu...aku yang membawamu masuk kedalam hidupku dan akhirnya aku jua yang membuangmu jauh...
 Sehinggalah suatu hari aku berkawan dengan seorang wanita lain,,,,orangnya cantik dan manis dipandang..menjaga pergaulan dan bersopan...aku namakan dia Qiss..aku bertekad ingin menjadikannya suri hatiku...dan akhirnya aku berjaya dalam misiku untuk menjadikan wanita itu kekasihku dan ingin menyuntingnya menjadi isteriku...aku bahagia bersamanya..namun walau telah memiliki wanita yang baik entah kenapa....aku menjadi rindu padamu.....segala kenangan kau dan aku terimbas kembali di dalam fikiranku....segalanya terjadi sewaktu aku terserempak dirimu dengan seorang lelaki....api cemburuku meluap-luap..aku lupa siapa aku kala itu..aku tiada hak lagi untuk menghalang dirimu dari bersama mana-mana lelaki....aku sedar sewaktu kita bersama kau tidak pernah seperti itu....kau begitu setia padaku...adakah aku yang membuatkan kau  berubah ke perangai lamamu...tiba-tiba aku jadi bimbang... 

Setiap kali aku melafazkan  rasa sayangku pada Qiss aku teringat yang aku pernah mengucapkan ayat yang sama padamu, dan setiap kali itu juga kau hanya tersenyum, tidak pernah mempersoalkannya....kau yakin dengan kasih sayangku sehingga menuruti kehendakku walau ku tahu kau tidak rela melakukannya,,,semuanya demi aku.ya kerana aku kau lakukanya jua...saat itu perasaan bersalahku datang bertalu-talu...seolah-olah ucapanku tiada ertinya pada Qiss, kerana aku pernah  mengucapkannya padamu gadisku namun aku sendiri yang mempermainkan perasaanmu dulu...aku tidak layak untuk menuturkan kata-kata itu...aku mula rasa ingin menatap wajahmu, senyumanmu dan tingkahmu yang manja itu..walau Qiss jua manja orangnya,manis senyumannya namun tidak sepertimu gadisku..saat itu aku sedar betapa berbezanya dirimu dengan wanita lain..rasa bersalah menyelinap kedalam diriku...tergamaknya aku meninggalkan dirimu....

 Suatu petang aku mengambil keptusan untuk bertemu dirmu..kau kelihatan tenang,,,,,,senyumanmu masih terukir untukku namun ku tahu derita kecewa yang kau tanggung..kau tidak lagi menatap wajahku..kau tidak lagi memandang wjahku seperti biasa yang kau lakukan setiap kali kita bertemu...kau menunduk dan hanya sesekali mengangkat wajahmu apabila menjawab soalanku..aku terpukul..kau tidak langsung mempersoalkan tindakan aku meninggalkan dirimu setelah apa yang telah kita buat....kau begitu tenang malah tidak sedikitpun terpancar riak kemarahan diwajahmu kerana  yang kulihat  hanyalah  riak kesedihan...yer satu yang telah hilang dari wajahmu...iaitu wajah riangmu yang sering kau pamerkan setiap kali kita bertemu..aku rindukan semua itu..gelak tawamu yang manja....kini tiada lagi....menambahkan lagi rasa bersalahku..aku ingin sekali memelukmu mengatakan aku rindu..namun aku malu...

 “ abang minta maaf” ujarku dengan perasaan bersalah yang tidak tertanggung lagi.ku renung wajahmu kau cuma diam...tanpa reaksi...kau berpaling dariku...menyembunyikan wajahmu

“ abang minta maaf” ku tuturkan sekali lagi dengan harapan dia akan memaafkan aku....

“ermmm” balasmu ringkas....ku tahu hatimu sebak

“ abang minta maaf tak cari sue..” buat pertama kalinya aku merendahkan egoku kerana aku tahu betapa bersalahnya aku pada dirimu..kau tunduk lagi...sesekali memandang kearah tasik....sinar matamu ku lihat kelam dan redup..,,ada airmata  yang bertakung didalam kolam matamu

“ takde apa-apa yang sue nak maafkan..kenapa nak minta maaf....”ermm itulah gadisku yang tidak pernah menunjukkan kemarahanmu teerhadapku namun segalanya kau pendam didalam hati...walau hatimu terluka dan bisa menyalahkan aku untuk semua yang berlaku namun kau memilih untuk membiarkan aku.....aku betul2 tidak memahami dirimu.....aku bertanya pada diriku sendiri kenapa lelaki lain yang pernah mendampingimu pergi meninggalkan dirimu.....aku tidak pernah ingat semua itu sehingga akhirnya aku menjadi seperti lelaki-lelaki itu,meninggalkan dirimu dan kemudian datang mencarimu kembali....saat itu aku tersedar bahwa walau tidak mempunyai paras yang cantik namun dirimu punya kelebihan lain..yang tidak boleh dinilai dari segi fizikal ..hatimu jua lembut....walau berulang kali aku sakiti kau sentiasa memaafkan aku.....kau juga memahami.....kau jua manja sehingga ku mengambil kesempatan terhadap sifatmu itu..namun aku menuduhmu sebagai perempuan yang tidak pandai menjaga diri....

 “ sue sihat?” tanyaku...aku malu sendiri..selama ini tidak pernah aku bertanya mengenai kesihatanmu...

“ sue sihat..abang sihat? Soalnya pula padaku...aku mengangguk seraya tersenyum...ku lihat wajahnya yang muram itu

“ abang rindukan sue? Ujarku mengungkapkan yang terbuku di hati....

“ye ke....abang takde kelas ke ni?” ermmm soalnya lagi..aku yakin sue benar-benar terluka...dia tidak pernah tidak membalas kata-kata rinduku

“ ade tapi pagi tadi jerk..sue...” panggilku...aku hanya melihat dia yang hanya menunduk...tidak tersenyum seperti selalu..sudah hilang seri wajahnya yang memaparkan wajah ceria...yea aku yakin kerana aku sue tidak lagi seperti dulu...setelah dia tahu aku hanya mempermainkannya.

“ abang minta maaf....” ujarku lagi...aku mencapai jemarinya...lalu mengengamnya...sue hanya membiarkan tidak seperti selalu dia akan membalas genggamanku...

“ abang tak keluar dengan makwe abang ke? Soalnya tiba-tiba....wajahnya tenang...tidak mengambarkan apa-apa reaksi..

“tak?” balasku..dia hanya mengangguk lalu mengalihkan pandangan matanya sekali lagi....dia tidak pernah seperti ini....aku yakin sue benar-benar terluka....dia tidak lagi tersenyum dan dapat menyembunyikan perasaan hatinya....

“ sue abang rindukan sue....please say something..jangan macam ni...abang tau abang yang bersalah...” aku mengelus rambutnya perlahan...rambutnya yang ditiup angin itu aku alihkan dari menutupi wajahnya...

 “ sue minta maaf..sue tak cantik nak buat abang sayang....sua tak  cantik nak buat abang rindu....” ujarnya perlahan..ku lihat setitik airmatanya gugur.....terhiris hatiku mendengarkan kata-katanya..ye sue tak cantik tapi sue ada hati yang baik....abang  nampak semua tuh...namun kata-kata itu hanya bergema di dalam hati...

“ sue tak minta apa-apa dari abang....sue cuma  mahu abang bahagia....sua tak kisah abang pilih dia...dia lebih segala-galanya dari sue....sue sedar diri....”dia menunduk..airmata mengalir laju dipipinya....

“ sua..aa..abang...” tidak tahu apa lagi yang boleh kukatakan saat itu..tidak sangup aku melihat wajahnya kala itu..kejamnya aku melukai hatinya...tidak habis-habis kelukaan aku berikan pada dia..

“sue dah biasa kecewa....sue tak marahkan abang kerana abang lupakan janji-janji abang pada sue sewaktu kali pertama kita  bertemu sebab sue tahu abang takkan mengotakannya namun sue tetap bersama abang..kerana sue sayangkan abang..dan sue percaya abang sayangkan sue walaupun  sue tahu.... tak mungkin abang akan pilih sue menjadi suri hati abang, jadi sue berjanji pada diri sue sendiri..sue akan sentiasa bersama abang sehingga abang yang buang sue jauh-jauh suatu hari nanti dan masanya dah tiba iaitu sekarang....hati sue hancur lihat abang bersama dia...dan sue tak dapat tipu diri sue yang sue benar-benar kecewa tapi seperti sue cakap sue sedar diri sue..sue tak salahkan abang.itu pilihan abang....biarlah sue yang pergi dari hidup abang...”ujarnya perlahan menahan esak tangis..selama bersamanya inilah kali pertama dia menangis dihadapanku dan aku yakin itu semua kerana kesedihan yang tidak tertanggung lagi..aku ingin memeluknya melindungi dirinya dari kesedihan ini...

“ jangan peluk sue lagi...” ujarnya..aku hampir menitiskan airmata lelaki ku .... .aku merenungnya tepat....mengharapkannya mengerti perasaanku kala ini.....aku tidak mahu kehilangannnya..dia terlalu sempurna sebagai seorang suri dalam hatiku...aku yang buta selama ini menilai kecantikan wanita dari sudut luaran sehingga aku tidak nampak hatinya yang benar-benar ingin bersamaku selama ini...

 “ sue sayangkan abang...terima kasih beri sue kasih dan sayang abang...sue dah jalankan tangungjawab sue mencintai abang dan kini tangungjawab sue dah berakhir, abang ada orang lain yang lebih layak untuk mengantikan tempat sue, sue redha....berikanlah peluang untuk sue mulakan hidup baru...berikanlah ruang untuk sue belajar mencintai lelaki lain seperti mana sue pernah menyayangi abang..”ujarnya.. hatinya keras...aku terkelu....

“ sue aaabaang.....”tidak mampu aku berkata apa-apa lagi...sue menuturkan sebuah hakikat yang perlu aku terima..aku memang ade orang lain yang lebih baik dari dirinya tapi mengapa aku masih mahu sue bersamaku...arghhh semuanya kerana nafsu..kejamnya aku terlalu mementingkan diri sendiri...

“tidak..tidak..aku  tidak mahu sue pergi....”

“tidak ada tapinya lagi untuk bahasa tidak abng.....jangan diarayu lagi peluang yang tidak ada..abangg telah lama mempersiakan hati sue..abang ambil mudah kasih sayang ssue..abang biarkan sue  merasakan kehilangan abang hari demi hari..cukuplah kalu abang tahu sue tidak pernah membenci abang atas semua perbuatan abang....rajuk ini panjang takkn terdaya lagi abang memujuknya sampai tapi bila-bilapun kasih syang sue tetap ade untuk abng...Maafkan sue abang....sue dah belajar untuk melupai abang... hidup tanpa abang...dan sue  sedar hati abang bukan untuk sue......abang tidak pernah ada untuk sue....dulu sue fikir abang sibuk dengan kehidupan abang belajar tapi rupanya abang ada perempuan lain..hati sue menjerit kesakitan abang...hanya tuhan sahaja yang tahu....dan sue lalui segalanya sendirian......cinta sue ada harga abang...walau murah tapi sue tak pernah menyusahkan abang.......sue dah memberikan seluruh cinta sue untuk abang dan cinta sue memang untuk abang... Cuma sue perlu mencari semangat sue semula.....sue doakan abang bahagia jugak..diri sue jangan abang risaukan....insyaAllah semoga sue akan dapat bertemu abang semula apabila kesakitan  di hati sue sudah hilang.,,,sue doakan kejayaan dan kegembiraan hidup abang dari jauh..”
Ujarnya lalu mencapai tanganku...dia mengucup lembut tanganku seraya itu terasa setitik airmatanya gugur di tanganku   “ walau sue sudah tiada dalam hidup abang,sue harap abang takkan melupai pertemuan pertama kita.....ia terlalu indah untuk sue....”lalu dia berlalu pergi meninggalkan aku..itulah kali terakhir aku melihatmu...kau benar-benar meninggalkan aku....maafkanlah segala kesilapanku terhadapku.......... Kini barulah aku sedar..selama ini tiada satupun perangaimu yang pernah aku rungutkan..kau terbaik untukku namun sayang aku tidak menghargai semua itu...segala yang kau lakukan tidak pernah kurang..aku yang banyak kekurangan sehingga ku yang tidak layak untuk bersamamu....lelaki-lelaki sebelum ini datang mencarimu semula kerane mereka sepertiku telah sedar yang dirimu bukan pasir yang bertimbun tapi adalah mutiara di dasar lautan..1 antara berjuta dan bertuah sesiapa yang memilikimu.....Sayang..aku terlambat..........

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) ermm komen la k bila bce cerita ni......
  • 2) 1. berbeza dengan cara biasa, saya sering berpendapat 1 nafsu 9 akal atau sebaliknya itu lebih sesuai ditukar kepada 1 emosi 9 rasional.
    2. kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?,ketika kita menangis?,ketika kita membayangkan sesuatu?.Itu kerana hal terindah di dunia ini TIDAK TERLIHAT .. 1st time saya dgr. kool juga
    3. dari segi karakter .. saya tiada komen buat masa ni. nak tgk kata orang lain dulu
  • 3) di copy paste dari blogkah?
    hmm, coding2nya mengganggu input box laman ini.

    saya cadangkan cik copy paste semula di dalam notepad dan pindah semula ke sini.
  • 4) Salam saudari Ruzie.

    Saya lihat cerpen ini dari dua perspektif; naratif dan dialog. Dari segi naratif, perlu diperbaiki dalam pemilihan diksi dan dari segi dialog, perlu diperkemaskan intonasi dan nada yang digunakan.
    Naratif dan dialognya dilihat kurang seimbang.

    Kemudian, saya lihat dari sudut jalan cerita dan olahan. Jalan ceritanya ada tetapi dipersembahkan dengan rentak yang perlahan walau anda cuba 'memberatkan' jalan cerita ini. Olahan harus diberi penekanan pada aspek menjadi pelaku di dalam cerita.

    Anda cuba bahagikan cerpen ini kepada tiga fasa tetapi ia kelihatan agar bercampur-baur kerana sudut pandangan yang kurang tajam digunakan.

    Dari segi perwatakan, ia tidak berkembang sepenuhnya. Saya tidak mengenali siapa watak utama dalam cerita ini dan siapa yang sedang diceritakan.

    Saya puji dari penggunaan bahasa kerana laras bahasa yang anda gunakan ada 'bunga' dan 'rima'. Soal tanda baca dan ejaan, saya kira anda lebih faham dan arif.

    Ringkasnya, ia sebuah cerpen yang menarik tetapi akan menjadi lebih menarik jika beberapa aspek yang saya nyatakan dititik-beratkan... Tahniah untuk kiriman cerpen pertama anda di sini. Selamat berkarya..
  • 5) Cinta bagi saya adalah Ikatan Kovalen. Berkongsi. Tidak perlu terlalu memberi atau menerima. (Dan saya berpegang pada ini semenjak saya f4. HAHA)

    Sesuatu yang dibuat secara berlebih-lebihan pasti akan memakan diri kembali. Kecuali perkara yang mendorong ke arahNya.



Cerpen-cerpen lain nukilan ruzie

Read all stories by ruzie
No stories.