Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

Sori Bos

Cerpen sebelumnya:
Aku Bukan Tak Ada Perasaan, Sayang.- versi saya dan kamu
Cerpen selanjutnya:
Itu bukan lembu!

Cici menaruh perasaan terhadap Zizi. Tapi dia malu nak bagitau kawannya itu. Dia rasa seperti tak wajar sebab Zizi sudah mempunyai teman wanita. Cici tahu Zizi jenis yang amat setia. Maka , hari ini sudah masuk 3 bulan Cici menahan perasaan yang ada di hatinya. Dia semakin gelisah.

AKU MESTI BAGITAU ZIZI ESOK..!

DUSHHH!!

Cici menumbuk muka jirannya tiba-tiba. Dia baru pulang dari kerja ,kebetulan lalu di depan rumah jiran itu.

KAU NI APAHAL ??!!

Jirannya yang terjatuh ke longkang berteriak dan bangun berlari melompat ke arah Cici.

DUSSSHhhh..! SHIUU..SHIUU..SHIUU..BAAAKkk..!!

Cici terpelanting dan terhempas berguling masuk semak.

ADUIII…

Cici keluar dari semak bangun berdiri sambil memegang bahagian tulang belakang. Dicabutnya kasut tinggi jirannya yang melekat di situ.

NAH, AMIK BALIK KASUT KAU NI NYAH..!

Cici baling. Dia meneruskan jalan pulang ke rumah.

Keesokkan hari, Cici berlari menuju ke tempat kerja. Dia betul-betul nekad kali ini. Perasaannya mesti sampai ke Zizi. Dia yakin Zizi mampu bertindak balas dengan baik meski tidak seperti diharapkan. Cici melompat divider jalan dari mengambil jejantas, memilih eskulator dari tangga, dan memecahkan pintu ofisnya.

POMM..!!

Dia sampai tempat kerja. Zizi yang ada di situ melatah kuat.

OH MAK KAU BAB* SI*L HARAM JADAH LAHAN*T..!!

ZIZI..!!!  AKU ADA NAK BAGITAU KAU SATU BENDA..!

Cici terus melompat berdepan dengan Zizi dan memegang kedua tangan kawannya itu. Dia menarik nafas dalam-dalam. Zizi terpinga-pinga kerna belum habis tekejut akibat pintu ofis pecah.

HAH..APA DIA CICI??’

AKU …AKU..HMMM…..

AKU APA???

AKU BENCI SAMA KAU..!!

DUSHHH..!!

Zizi terpelanting berlanggar meja ,kerusi dan dinding , terlipat masuk bakul sampah. Sebelah meja Bos.

KAU NI APAHAL CICI???!!

Bos bangun sambil mengangkat mejanya.

DAAAAMMMM..!!!!! BERGGHHH…~

Kepala Cici menembus meja. Meja melekat separuh badan. Dia senyum.

SORI BOS. ..

Cerpen sebelumnya:
Aku Bukan Tak Ada Perasaan, Sayang.- versi saya dan kamu
Cerpen selanjutnya:
Itu bukan lembu!

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.3
4 Penilai

Info penulis

Rizzy

kurap yang mujarab. 
Rizzy | Jadikan Rizzy rakan anda | Hantar Mesej kepada Rizzy

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Rizzy
Tersangkut (Filem Pendek) | 18446 bacaan
Pak Kadiyag | 37291 bacaan
"Kasim"hannya Beliau | 2756 bacaan
Kiting Ke Kedai | 3429 bacaan
Soalan Gudun | 3819 bacaan
Denganmu Kutenang | 3053 bacaan
Kepala Monitor Alpetoh | 2919 bacaan
PCB#2 : Monolog Niraq | 2950 bacaan
Kau Suka the Cerpen (feat. Paktam) | 4597 bacaan
Tangisan Dodo | 3244 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

10 Komen dalam karya Sori Bos
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik