Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Fantasi

Itu bukan lembu!

Cerpen sebelumnya:
Sori Bos
Cerpen selanjutnya:
K.

Mata Rahimi terasa berat. Kepenatan memandu dari Kota Bharu ke Bentong membuatkannya mengantuk yang amat sangat. Sheeful yang dari tadi sudah tertidur langsung tidak terganggu, lena sekali. Lampu kereta yang datang dari arah bertentangan membuatkan pemanduannya bertambah tidak selesa. Hishh, mengapalah aku rasa mengantuk sangat ni, tak jauh dah nak sampai KL, bertahan mal bertahan!. Getus hati kecilnya. Tidak lama selepas itu Kereta yang dipandunya tiba di suatu persimpangan . Aih! Mana papan tanda jalan ni? Aishh, macam tak pernah jumpa jer jalan ni. Sesat ke aku ? Rahimi mengomel. Keretanya diberhentikan di simpang tiga tersebut. Pantas Rahimi mengejut Sheeful yang sedang tidur lena itu.


"Ful! Bangun Ful! Kita dah sesatlah, hei bangunlah" pujuk Rahimi 
"Ya, ya kenapa? Aku nak tido pun  kau nak kacau, hish!"  marah Sheeful sambil mengosok-gosok matanya.

"Kita dah sesat aku cakap!" 

Sheeful memandang keluar tingkap kereta kemudian memandang Rahimi sambil mengangguk.

"Hurm, aku tahu jalan ni, kau ambik kiri aje lepas tu jumpa simpang empat lurus pastu belok kanan masuk Highway Karak..ok" Ujar Sheeful dengan penuh yakin memberi petunjuk jalan. Kemudian berpeluk tubuh dan menyambung tidurnya.

"Wei tido plak dia, ishh, kau biar betul Ful, apa-apa jadi kau tanggung ok!" bentak Rahimi dengan nada tidak puas hati. .

Brek tangan kereta diturunkan, stereng dipulas habis ke kiri, gear kereta dialih ke posisi pertama, pedal minyak ditekan. Kereta itu terus meluncur masuk ke jalan sebelah kiri menuju ke suatu destinasi yang tidak pernah mereka lalui, destinasi yang bakal menentukan hidup dan mati mereka...

***

Jalan yang disusuri langsung tiada lampu, hutan di kiri dan kanan jalan mengundang rasa kurang senang Rahimi. Sesekali dia cuba mengejut Sheeful dari tidur untuk menjadi teman berbualnya. Sheeful langsung tidak menyahut, dengkurannya sahaja yang kedengaran. 

Sudah agak lama juga Rahimi memandu, adalah dalam 30 minit, tetapi tiada satu simpang empatpun ditemuinya. Jalan itu terasa bagai tiada penghujung.  Selang beberapa minit Kabus tebal mula memenuhi ruang jalan tersebut. Rasa kurang senang Rahimi tadi bertukar menjadi perasaan seram pula. Udara sejuk mula menyelinap ke segenap ceruk tubuhnya, bulu tengkuknya mula naik. Sekali lagi digoyang-goyangkan tubuh Sheeful.


"Hei, Sheeful ko cakap ada simpang empat, mananya?" 

"hmm..hmm.. adalah.. ko carilah betul-betul" Jawab sheeful sambil mamai. Tidurnya disambung kembali.
 

 Hei. Sia-sia jer ada co-pilot dalam kereta ni, tak boleh harap! Geram Rahimi dibuatnya.
Sedang matanya masih menjeling kepada Sheeful tiba-tiba kereta yang dipandunya melanggar suatu objek sebesar seekor anak lembu.

"Goommmmm!" Sekujur tubuh hitam melantun naik ke atas bonet kereta lalu menghentak cermin kereta menyebabkan cermin retak, tetapi belum cukup untuk memecahkannya. Rahimi yang kaget menekan brek, bunyi tayar berdecit kuat. Kereta lantas berhenti mengejut. Objek hitam itu  terus bergolek ke atas aspal jalan, betul-betul di hadapan keretanya. 

"Astragfirullahal Azzim....Astragfirullahal Azzim...Astragfirullahal Azzim.... " mulutnya kumat kamit beristhigfar berulang kali. Tangannya masih memegang stereng kereta dek kerana kejutan yang tidak disangka-sangka. Macam-macam perkara terlintas difikirannya, bila mana tergambar ayahnya bakal memarahinya kerana menyebabkan kerosakan pada kereta yang baru sahaja dibeli ayah bulan lepas, tetapi yang paling kuat difikirnya kini adalah persoalan, apakah benda yang dilanggarnya sebentar tadi. Tampak seakan anak lembu, berkaki empat  tetapi tidak nampak pula kepalanya. Rahimi mula mushkil. Dia memandang Sheeful. dan sekali lagi terkejut

Ya Allah! boleh mamat ni tidor lagi! Geramnya bertambah dua kali ganda.

Tanpa menghiraukan sahabatnya, dia membuka pintu kereta perlahan-lahan dan keluar menuju ke bahagian hadapan keretanya . "Benda" hitam atau makhluk hitam yang berbentuk seakan lembu itu langsung tidak bergerak. Mati barangkali. Fikir Rahimi. 
Cahaya lampu kereta agak malap kerana sebahagiannya pecah akibat pelanggaran.  Kabus malam yang tebal menyukarkan lagi penglihatannya . Dengan cermat dia melangkah  dengan lebih dekat  ke arah makhluk aneh itu.

Rahimi kini berada satu meter dari makhluk tersebut. Bila diamati kembali tubuh makhluk itu, ternyata ianya amat ganjil. Makhluk itu berbulu hitam legap, kakinya seakan sama dengan kaki lembu. Tiada ekor. Dan yang paling pelik sekali ialah kepalanya tiada! Tidak cukup dengan itu cecair hijau pekat bagaikan darah tidak putus-putus mengalir keluar dari tubuh makhluk itu. 

Rasa seramnya kini bertambah-tambah, tubuhnya mula menggigil. Dia terpaku agak lama disitu sebelum sesuatu memegang bahu kanannya dan satu suara berkata "Itu bukan lembu!"

Akibat terkejut Rahimi terjatuh  dan terduduk. Rupa-rupa "Sesuatu" yang memegangnya tadi adalah sahabatnya Sheeful. Sheeful berdiri sambil mulutnya terngangga dan terketar-ketar. Peluh menitis dari muka Sheeful.  "Itu...itu bukan lembu, itu... bukan haiwan...itu Syaitan!" Ulang Sheeful lagi

"Apa kau cakap sheeful? Bukan lembu?Syaitan? mana kau tahu!"

"Macam mana aku tahu? Kau tanyalah dia !" sambil jari telunjuknya menunding ke arah sesuatu yang berdiri berada di belakang Rahimi. 

Rahimi menoleh dan sempat melihat satu kilauan cahaya yang datangnya dari hujung objek seakan pedang besar  menghayun tepat ke arah kepalanya. Serentak dengan hayunan objek itu terdengar suatu suara yang kasar dan keras menyebut... 
"Khau bunuh buruan aku! Mhati khau!" lalu suasana menjadi gelap gelita. Segala pandangan dan pendengarannya mula  hilang perlahan-lahan dan kemudian lenyap...


***

KARAK 9 Jun 2010 - Kali terakhir En. Azman melihat anaknya Fadhlul Rahimi adalah ketika dia hendak pergi pulang ke kampung pada 4 Jun lalu untuk membuat  persiapan majlis perkahwinannya ditemani sahabat rapatnya Sheeful Abdul Manan 23 Tahun. 
Namun Kepulangan anaknya yang dinanti disambut dengan berita yang cukup menyedihkan. Anaknya bersama rakan mengalami kemalangan jalan raya di kilometer 80E berhampiran lebuh raya karak. Mayat rakannya ditemui di dalam kereta yang remuk teruk dengan kecederaan kritikal pada bahagian kepala dan dada manakala mayat mangsa Fadhlul Rahimi Bin Azman 24 tahun ditemui 10 meter dari kawasan kemalangan. Apa yang mengejutkan lagi, mayatnya ditemui dengan keadaan tanpa kepala dan perutnya terburai keluar.

Pihak polis mengesyaki bahawa Fadhlul Rahimi masih bernyawa sewaktu kemalangan itu berlaku dan cuba untuk mendapatkan bantuan namun disebabkan kecederaan dalaman yang teruk dialaminya menyebabkan dia menghembuskan nafas terakhir berhampiran semak samun sebelum dibaham binatang buas...

-TAMAT-

Cerpen sebelumnya:
Sori Bos
Cerpen selanjutnya:
K.

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.5
6 Penilai

Info penulis

Zain-G

Kapasitor rocks!
Magikkeni | Jadikan Magikkeni rakan anda | Hantar Mesej kepada Magikkeni

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Magikkeni
Siapa tu? (PART 2) | 1873 bacaan
Siapa tu? (PART1) | 1998 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

10 Komen dalam karya Itu bukan lembu!
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik