Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Itu Aku

 

Itu aku. Ya, yang kau lihat dalam plastik biru. Kau lihat aku dalam timbunan sampah di depan matamu. Kau lihat aku terapung dalam sungai, kaku. Yang kau lihat berseorangan dalam tandas awammu. Aku yang kau tanam dengan cukup sifat. Aku, yang kau baca hari-hari di dada-dada akhbar, kau selak dengan rasa kasihan.

Aku hadir ketika telur dan sperma bersatu untuk menjadi satu sel-titik permulaan kepada satu kejadian yang menakjubkan. Aku hadir sebagai pengubat duka buat pasangan yang bercinta. Aku hadiah dari Tuhan buat Hamba-Nya. Aku penyempurna proses kemandirian spesies makhluk bergelar manusia.

Aku bermimpi, akan ada manusia yang gembira akan kehadiran aku. Menyambut dan meraikan kelahiran aku. Ya, aku bermimpi digendong ibu. Aku bermimpi dipeluk ayah. Aku ingin begitu. Aku ingin bersama mereka yang mengasihani dan menyayangi aku.

Aku berazam, apabila dewasa akan ku balas jasa ibu yang mengandungkan dan melahirkan aku. Akan ku tunaikan janji-janji ayah yang bersusah-payah membanting tulang mencari rezeki untukku. Ya, itu azam dan janji aku dalam perut ibu.

“Macam mana ni bang? Mana kita nak letak ni. Anak haram ni.” Keluh wanita itu.

“Suka hati engkau lah! Engkau yang beranak! Buat apa nak menyusahkan aku?” Jerkah lelaki itu.

“Tapi ni anak kita bang. Malu la macam ni. Mana nak letak muka ni. Nanti ayah dan ibu tahu, habis dibuang keluarga kita!” Kata wanita itu teresak-esak.

“Mari sini, biar aku uruskan. Kau kemas sini. Jangan nampak kesan.” Arahan lelaki itu.

Aku masih di sini. Tak dengarkah tangisan itu? Sakit! Sakit! Di mana aku? Kemana aku dibawa? Sakittt!!

Mengapa tergamak tinggalkan aku? Ibuuuu! Ibuuuu! Ayaaaaahh! Ayaaaahh! Kenapa tiada siapa yang dengar jeritan aku? Kenapa tiada siapa yang nampak aku?

Apa salah aku diperlakukan begitu? Kenapa tiada manusia sudi membantu aku? Kenapa tergamak hati ibu dan ayah kandungku biarkan aku!

“Berita semasa. Seorang bayi lelaki dijumpai tidak bernyawa hanyut dibawa arus Sungai Klang, awal pagi ini.  Koroner menyifatkan kematian bayi itu akibat lemas ketika dihanyutkan. Polis masih menyiasat akan kejadian ini. Sebarang maklumat sila hubungi balai polis berdekatan.”

Ya. Itu aku.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Autobiografi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) bagus...! saya suka sudut pandang bayi tersebut. cuma kalau dirahsiakan identiti awal pencerita ni (baca: bayi tu) lagi best.
  • 2) percubaan yg baik!
  • 3) Monolog yang baik dan diselitkan mesej yang berguna. Semoga ia jadi pengajaran. Selamat berkarya...
  • 4) ya!
  • 5) ganbatte!
  • 6) di antara tanda-tanda akhir zaman.

    cikgu pernah berkata dulu. dunia ini ibarat roda. sampai masanya manusia akan kembali tidak bertamadun.

Cerpen-cerpen lain nukilan puteriemas

Read all stories by puteriemas
No stories.