Lelaki Tuxedo

 

Dia tiba di restoren Jepun itu dengan sebuah kereta klasik berwarna kuning. Dia memakai tuxedo berwarna perak yang bersilau. Tampak segak dan mampu bikin perawan basah celah sana sini atau jejaka songsang kembang kempis anus.

Dengan penuh yakin, dia melangkah masuk. Matanya meliar sini sana. Matanya dengan pantas melirik ke sudut 356 darjah ke kanannya dan satu wajah membujur, milik perawan bermata sepet terus terpotret dengan jelas. Sopan dengan kimono dan muka perawan itu putih melepak dengan tempelan bedak yang cukup kemas.

Dia merapati meja dan duduk berhadapan dengan gadis berkimono tadi. Dipesannya menu. Sate kucing parsi celup sos istimewa Itali. Sup ekor Barney, dinosaur celaka berwarna ungu serta jus anggur yang diperam atau bahasa kasarnya air kencing Setan bertanduk.

Tanpa banyak soal, dia merenung sedalamnya ke iris perawan berkimono tadi. Rasa-rasa romantis yang mungkin berakhir ke kamar tidur mula melayang-layang di udara dan mengelilingi mereka berdua. Asyik dia merenung bersama bisikan iblis di telinga dan memaparkan slide-slide video Miyabi ke mindanya.

Tak semena-semena, perawan tadi tersenyum. Dan kemudian tersengih. Dan kemudian ketawa. Da kemudian  dia mengilai dengan semahunya. Berlaku transformasi yang mengejutkan. Wajah perawan tadi tiba mengelupas. Sedikit demi sedikit kulitnya pecah. Seperti pasu yang terhempas dan berderai, kepala perawan itu meletup dan darah memercik dengan lajunya. Perawan tadi telah bertukar menjadi manusia betina berkepala serigala.

Sang lelaki bertuxedo perak sangat cemas dan lemah lutut. Terkebil-kebil dan menggeletar seluruh otak. Telinga lelaki itu menangkap satu muzik yang cukup catchy. Oh, ini lagu tema Ghostbuster! Jerit lelaki bertuxedo itu girang kerana pasukan melawan hantu itu akan menyelamatkannya walaupun sebenarnya dia sudah 2 kali terkucil.

Namun, yang muncul ialah segerombolan tentera kecil. Mereka ialah tentera biskut Gingerbread Man yang sangat comel dan kiut. Dengan spontan, lelaki itu menepuk dahinya. Mampukah Gingerbread Man melawan dengan gadis berkepala serigala itu?!

Dengan mudah, gadis berkepala serigala itu mengunyah ke semua tentera biskut Gingerbread Man itu. Lagaknya tak tumpah seperti Cookies Monster dalam Sesame Street melahap biskut-biskut kegemarannya. Dengan air liur yang kekuningan pekat dan meleleh hingga ke payudara, gadis berkepala serigala itu memandang lelaki bertuxedo perak.

Seluar lelaki bertuxedo perak itu sudah basah lencun! Melekit-lekit dan pekat dan ada bau-bau Clorox. Hah? Apakah tandanya?

Lelaki bertuxedo itu tiba-tiba tersenyum. Dia tahu, ini hanyalah wet dream yang aneh dan dia tidak perlu risau. Dia kemudian berdiri dan mendepakan tangannya.

"Sayang, marilah kita berkopulasi!" Jerit lelaki bertuxedo itu dan terus menanggalkan pakaiannya.

Gadis berkepala serigala mengilai dengan hebat. Berlari dengan lajunya. Dan menerkam lelaki tuxedo itu ibarat janda kegersangan. Dengan rakus, dia mengigit kepala lelaki bertuxedo sehingga berkecai otaknya, dirobeknya jantung lelaki bertuxedo dan darah memancut ibarat water fountain di hadapan KLCC. Lelaki itu mati sebelum sempat bersyahadah.

http://jazlisafwan.blogspot.com/2010/06/lelaki-tuxedo.html 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ) hei! apakah ini? gila tinggi imaginasi sampai dah lupa mana wet dream mana realiti? agagaga. this is so funny! *sambil tahan tawa dlm lab com*
  • 2) hahahhaaa...

    love it!!
  • 3) Cun. Aku rasa macam tengok cerita she-wolf.

  • (Penulis)
    4) hehe. terima kasih. sebenarnya aku baru lepas baca siri bercakap dengan jin. bab manusia berkepala anjing. kemudian, terus taip cerita merepek ni. ha ha
  • 5) hah, imaginasi liar. sangat bagus kerana dimanfaatkan

  • (Penulis)
    6)
  • 7) nakal! hehehe...

Cerpen-cerpen lain nukilan jazli_ali

Read all stories by jazli_ali