Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Rempit

 

Tututt.. Tututt..

Aku lihat telefon bimbit di atas meja di sebelah katil. Sialan. Mengganggu tidur aku.

Dengan mata terbuka kecil aku baca mesej yang baru sampai.

                Ad mna dol?

Mangkuk.

Aku balas mesej tersebut – Neraka. Men laki bol. Haha.

Aku bangun dari pembaringan. Terasa sengal-sengal badan dek tidurku yang agak lama. Dari malam tadi rasanya. Aku sendiri tidak pasti.

***

Preng.. Preng..

Mangkuk mana pula berani buat hal depan laman rumah aku ini. Aku yang baru siap mandi keluar membuka pintu rumah dengan masih berkain tuala.

Seorang pemuda menunggang RXZ Catalyzer berwarna maroon terpacak di hadapan pintu rumah.

“Apahal dol?”

“Gilaka lu, baru bangun tido apa?”

“Tak aih, gua baru balik main hoki,”

“Sial. Malam ni Kucai game, lu tak ingat ke?”

“Kot iye pun Kucai game, lu tak boleh padam moto dulu masuk rumah tunggu gua siap?”

Toyol memulas kunci, memadam motorsikal. Baru senyap halaman rumah aku yang tiba-tiba kecoh dengan bunyi RXZ perang mangkuk ini.

“Lu masuk dulu, wa nak siap. Tak jalannya game tu kalau gua takde,”

Toyol tongkat motosikal lalu turun. Aku terus masuk ke bilik untuk bersiap.

“Tak payah dress beria-ria. Lu bukan nak pergi dinner dengan anak dato’,” Bunyi suara Toyol di ruang tamu rumah.

“Mekak la lu,” aku keluar dari bilik. Toyol di ruang tamu sedang membelek-belek ashtray tembaga di atas meja sofa.

“Lu nak angkut ke? Try la,” aku sudah mengagak. Sudah namanya pun Toyol.

“Rilek bro,” Toyol letak kembali ashtray tersebut di atas meja sambil tersengeh.

“Muat ke poket lu yol, nak masuk bendealah tu,”

“Tu la aku pikir tadi,” kata Toyol sambil tersengih.

“Kimak lu, ade nawaitu juga tu,” Toyol tergelak. Aku pula mencapai kotak rokok di atas meja. Tinggal dua batang rokok sahaja di dalam kotak. Rasanya baru empat atau lima batang yang aku hisap.

“Betul la nama lu Toyol kan, rokok wa pun lu nak sebat,” Toyol tersengeh. Dia mengeluarkan kotak rokok dari poketnya.

“Wa bajet lu dah lupa, malam tadi lu ting-tong gile babi,”

“Rokok lu jangan main-main, sampai nafas terakhir pun wa ingat,” habis sahaja ayat aku Toyol bangun dari sofa.

“Dah-dah, budak-budak tengah tunggu lu ni,”

“Jom gerak,” aku capai kunci 125z di atas peti televisyen. Toyol pula terus keluar. Di atas peti televisyen, syiling aku yang bertaburan sudah tiada.

“Kimak lu Toyol, wa punya syiling la mangkuk!”

Preeenngg..

Bunyi motorsikal Toyol berlalu.

Betullah kena dengan nama yang diberi kepada si syaitan yang seekor ini. Toyol.

***

Preng.. Preng..

Kecoh.

Aku menunggang perlahan di hadapan kelompok-kelompok kumpulan motorsikal yang brsidai di tepi lebuhraya kawasan perindustrian tersebut.

Ada yang sedang membuat aksi di jalanan. Pacak. Dengan macam-macam skill. Wikang. Tetapi yang ramainya sedang bersidai di tepi jalan. Menjadi penonton aksi-aksi jalanan yang di pamerkan professional stunt di jalanan. Sekadar di jalanan.

Preng…

Aku usha kelompok budak yang bakar semasa aku lalu sekejap tadi.

Pukimak. Time wa lalu lu orang tak nak bakar. Time wa dah lepas baru lu orang bran.

Sampai di tempat kumpulan aku berkumpul. Toyol aku lihat sedang terbaring di atas RXZnya. Budak-budak lain ada yang sedang merakam aksi dengan telefon bimbit. Ada yang sedang berasmaradana dengan pasangan di atas motorsikal. Di celah-celah motorsikal yang sengaja diletak rapat-rapat pula, ada yang melepas gian menghisap ganja.

Aku letak motorsikal di tempat kosong berhampiran Toyol.

“Anak haram lu, syiling wa mana?” Aku halakan dekat-dekat puntung rokok yang masih berbara di pusat Toyol yang terdedah.

“Kepala hotak lu, syiling kat rumah lu la,”

“Bodoh, bukan syiling tu. Duit syiling la sial,” aku rapatkan lagi bara puntung rokok hingga hampir mengenai kulit perut Toyol. Toyol mengempiskan perutnya sekempis yang boleh. Lawak pula aku tengok keadaaan terseksa Toyol itu.

“Sory bro, wa dah buat isi minyak,” terketar-ketar Toyol bersuara, “panas la bodoh.”

“Taik la, patut la lu laju je bla,”

“Rilek la, kira lu belanja wa la malam ni. Minta halalkan ye bro,”

“Otak lu. Lu, halal ke haram lu sebat je,”

Toyol tergelak kecil lalu bangun dari baringnya setelah aku buang puntung rokok tersebut.

“Dah-dah, lu pergi deal dengan mangkuk ayun yang gua dengar cerita macam best sangat tu,” sambil mengarah Toyol, sambil itu aku berjalan menuju kearah seorang sahabat yang sedang berasmaradana dengan kekasihnya.

Sampai sahaja di situ, terus aku cium si gadis yang sedang berpelukan dengan si sahabat.

“Kepala hotak lu,” kaki si sahabat menolak perut aku menjauhkan sedikit jarak aku dengan si gadis beliau.

“Cium je, bukan luak pun,” si gadis cuma tersenyum. Aku membalas senyuman. “Kan Yana,” aku memandang wajah si gadis. Dia cuma membalas dengan senyuman.

***

Toyol sekadar berjalan kaki ditemani seorang sahabat bergelar Kunyit menghampiri kumpulan Kucai. Dari apa yang aku dengar, ada ahli kumpulan Kucai yang telah merampas perempuan kumpulan kami. Jadi malam ini malam penentuan. Perempuan sial itu milik siapa.

“Babi la,” aku dengar suara tempikan dari jauh. Suara Toyol menjerit dalam kekecohan bunyi motorsikal itu. Kedengaran lebih kuat dari bunyi motorsikal. Suara Toyol ini kalaulah boleh dibawa azan di masjid lebih sesuai rasanya. Tapi, jauh panggang dari api. Sudahnya namanya Toyol. Takkan boleh menjadi Tok Bilal pula.

Aku menghampiri Toyol yang seperti sedang berborak dengan Kucai. Kucai cuma duduk di atas 125Z biru tua beliau. Toyol dan Kunyit pula berdiri di hadapan motorsikal Kucai. Kangkang Toyol betul-betul berada di atas mudguard depan motorsikal Kucai.

“Apahal babi-babi ni yol, tak sesuai la,” aku mengajuk gaya seorang maknyah bercakap. Kucai cuma tersengih. Toyol diam. Kunyit juga. Aku duduk di ruang pembonceng motorsikal Kucai lalu memeluk pinggangnya dengan punggung ditonggekkan. Meniru gaya seorang minah membonceng pasangan.

Perlahan aku berkata-kata di telinga Kucai dengan gaya seorang minah menggoda, “Abang Kucai, I dapat info dari budak-budak I, U nak game dengan Abang Gun malam ni kan.”

Kucai diam. Aku menghampirkan bibir ke telinga Kucai lalu.

“Abang Gun cakap dia ok je, orang dah masuk minang, tak terima karang marah,” aku masih lagi bergaya seorang perempuan. Tetapi lebih kepada gaya seorang bapok. Toyol dan Kunyit tersengih-sengih di hadapan kami.

“Ok, gua deal. Game macam budak lu cerita,” Kucai bersuara. Aku melompat turun dari motorsikal Kucai sambil tangan menekan bahu Kucai kuat. Aku tolak Toyol dan mengambil tempatnya di atas mudguard motorsikal Kucai.

Aku jegilkan butir mata rapat dengan mata Kucai.

“Lu yang deal ke gua yang deal, gua dengar cerita lu yang bukak game,?”

“BIla pulak gua bukak game,” Kucai bangun dari duduknya. Tapi masih di atas motorsikal. Aku bertongkat siku di atas meter motorsikal kucai sambil mengedip-ngedip mata.

“Bro, lu nak baca ke text lu yang lu send kat mangkuk ayun ni,” aku tarik leher Toyol yang sangat hampir dengan aku.

“Alamak yai, deal dengan game pun boleh jadi masalah ke,” Kucai bersuara.

Aku tersengih.

“Ok, macam ini ceritanya,” Aku berdiri dari dagu bertongkatkan siku itu. “Lu bukak game, gua yang deal. Game macam budak gua cerita, Ok,” Kucai mengangguk lalu terus menghidupkan motorsikal. Ahli kumpulan Kucai di kiri dan kanan juga menghidupkan motorsikal masing-masing.

Preng… Preng… Preng…

Masing-masing membunyikan motorsikal. Aku, Toyol dan Kunyit berlalu.

Toyol menjerit sambil membuka baju kemeja Polo hitam berbelang-belang merahnya tinggal sekadar berbaju singlet,

“Game dah deal, apa lagi tekan la butang pangkah dekat joystick tuan-tuan,” Jerit Toyol sambil mengibas baju kemejanya.

***

Aku dan Kucai mengambil tempat tengah-tengah jalan lurus. Kucai memulas minyaknya berkali-kali.

Preng… Preng..

Aku juga.

Preng.. Preng..

Di kiri dan kanan keadaan menjadi riuh rendah dengan sorakan penonton.

Pst…

 Aku lihat sumbu mercun terbakar di hadapan aku. Aku bersedia. Hairan juga, Aku lihat sumbu mercun tersebut terbakar perlahan. Lain benar rasanya ketikak aku membakar mercun sendiri.

BOOM..

Prengg….

Aku dan Kucai bersaing. Cuma satu kilometer sahaja jarak untuk mengahabiskan perlumbaan. Siapa dulu dia menang.

Satu saat… Dua saat… Tiga saat…

Aku dan Kucai bersaing rapat, cukup rapat.

Sekilas aku pandang Kucai hilang dari tempatnya di sebelah aku.

Bangg…

Satu letupan kuat kedengaran sejurus aku melihat Kucai hilang di sebelah. Aku menekan brake belakang perlahan-lahan. Motorsikal semakin perlahan. Penonton yang tadi kecoh bersorak, berkejar ke tempat kemalangan. Kucai terbabas. Aku rasa aku dapat mengangak tempat Kucai terbabas itu. Aku memusingkan motorsikal.

Sah, tempat yang dituju Kucai adalah tempat ahli kumpulan aku berkumpul. Aku menuju laju ke arah mereka.

Sampai sahaja di situ, aku lihat Toyol longlai, tersebit di celah dua motorsikal. Kucai entah tercampak ke mana. Yang ada cuma motorsikal 125z biru Kucai yang tersepit di RXZ Toyol. Beberapa rakan cuba menarik motorsikal yang tersepit.

“Dah, siapa-siapa yang tak nak kedalam bla, aku nak telefon bomba semua apajadah ni,” jerit aku dalam kekalutan.

Budak-budak yang tadinya ramai mengelilingi tempat kejadian, beransur menghilangkan diri. Kumpulan kami juga. Aku menelefon 999, membuat laporan ada kemalangan.

“Lu macamana Gun,” seorang sahabat bertanya dari atas motorsikal.

“Pandai-pandai la gua,” aku berdiri hampir dengan Toyol yang sudah menyentak-nyentak di tempatnya tersepit. “Lu kalau tak nak teman wa kat dalam, lu bla dulu,”

Aku membaling kunci rumah kepada sahabat tersebut. “Jaga rumah gua, clear apa yang patut,” jerit aku sebaik sahaja dia menyambut kunci.

“Ok,” dia terus berlalu.

Sejurus kemudian aku dapat lihat kerdipan lampu biru dan merah. Bomba. Ambulan. Aku menghampiri telinga Toyol.

“Yol, mengucap yol,”

Tahu mengucap ke budak Toyol ni.

Dalam kalut itu, aku cuma dapat mendengar dengusan nafas toyol.

Lori anggota bomba berhenti dekat dengan aku. Budak-budak yang lain sudah mengosongkan kawasan tersebut. Di situ cuma tinggal aku dan Toyol yang tersepit.

Beberapa orang anggota Bomba menghampiri aku dan meninjau-ninjau. Salah seorang dari mereka turun dari lori sambil membawa pemotong besi lalu memotong motosikal yang tersepit.

Sebaik sahaja sampai pihak polis berkereta waja, hati aku berbelah bagi.

Tapi hati gua kata, Toyol. Gua yang bawa lu kat tempat ini, biar gua yang habiskan. Kalau sempat, gua nak minta maaf dengan mak lu.

Anggota Polis menghampiri aku yang masih terpaku melihat anggota Bomba melepaskan Toyol yang sudah longlai.

Tap.

Sejuk.

Terasa tangan aku dipegang. Bersama gari di pergelangan tangan.

***

Di tanah perkuburan Kampung Lanau.

Aku menghampiri sebuah kubur yang cuma bernesankan kayu usang senget yang sudah bersemak di tumbuhi rumput dan anak-anak pokok.

Kemudian aku cabut rumput-rumput dan anak-anak pokok itu.

“Yol, gua mintak maaf,”

***

Writer talk :-

Cilakak. Mesti ada yang akan komen cerita klise. Ok, itu gua tak nafikan, memang klise.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ok, klise ;p
  • 2) hahha. lu tergesa sangat ni bai. tu yang lu malas pk unsur dramatik lain. ke lu tulis pengalaman lu? ada sentimental value. sbb tu lu tak ubah dan jadi klise.

    takdehallah bro. mula baru pasni.
    wa tunggu.
  • 3) saya berjiwa lembut. byk perkataan yg saya kena tapis mata saya dari membacanya.
    hahhahahaa..

    tp ok gak la. tak pnh join ngan mat2 rempit ni. baca ni dpt gak bergaul ngan golongan mereka. hehe
  • 4) laju dan straight forward...!!
  • 5) Nanti Farid Kamil curi wat skrip baru tau. ha a
  • 6) bahasa yang busuk menggambarkan jiwa dan hati mat rempit yang busuk. otak dipenuhi najis. hati dipenuhi syaitan. sama naik la awek2 diorang pun. Solat aje ubatnye
  • 7) berpinar-pinar mata saya nak menghabiskan cerita ni. hehehe... saya kagum kerana awak dapat memasukkan 'jiwa' watak mat rempit dalam cerita ni. Latarnya juga kena. dari segi olahan, ia menepati jalan cerita yang dipersembahkan.

    dari segi plot dan bahasa, saya tidak mahu komen panjang.

Cerpen-cerpen lain nukilan Sekopi

Read all stories by Sekopi