Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Ayah, lazimnya begini..kot

 

Salleh tunduk menikus merenung lantai papan.  Tak ke kanan, tidak ke kiri. Kaku dari tadi diatas sofa antik merah milik emaknya. Di hujung sebelah sana sofa kelihatan beg sekolah besar Ben 10 bersama isi buku yang masih kelihatan.Kad merah keputusan peperiksaan Darjah 3 Merbau dibentang luas dihadapan Salleh, menjadi hidangan yang tidak menyelerakan.

" Pendidikan Seni pun boleh gagal. Melukih, mengaler, mana susahnya? Nak jadi apa dengan kamu nih?" Puan Kalsom meneruskan bebelannya. Sejak dari pagi tadi intipatinye tidak berubah. Berkisar tentang pelajaran saja. Mana yang tak mencapai target, mana yang tak berkenan, mana yang patut ditekankan, mana yang menyakitkan hati,semuaya terluah dengan antonasi yang tidak menyenangkan lansung pada Salleh. Pada waktu pagi Isnin macam inilah segalanya terluah. Bagai tak cukup dua hari cuti sebelumnya untuk berbecok tentang hal-hal sebegitu. Namun, begitulah halnya denagn Puan Kalsom. Sudah kebiasaannya begitu. Old habits die hard.

Puan Kalsom terpandang buku matematik Salleh di atas meja belajar dan pantas ditarik daripada timbunan buku-buku pejabat beliau. Pantang tidak dikutip, tertinggallah tu. Geram sungguh pada saat itu, buku koko empat segi itu menghempas kuat ke tempat duduk Salleh. Tahu akan kesalahan sendiri, Salleh cepat memasukkan buku matematiknya ke dalam beg dan lantas zip ditarik rapat melindungi isi buku pendidikan yang lain. Lagi, Salleh duduk tunduk memandang lantai. Dibiarkan sahaja otak kosongnya mati, menunggu sahaja arahan daripada maknya. Tidak ubah seperti orang bodoh.

 
"Pergi ambil kasut kamu kat belakang peti ais sana"

Seperti yang dijangka, Salleh menurut saja kata emaknya. Dibuat-buat riak cergas tetapi nampak benar lembabnya. Melangkah ke dapur menuju ke belakang peti sejuk berpintu dua jenama Toshiba.Tangan kecilnya disorong ke belakang peti, meraba-raba pantas.

"Entah sempat, entah tidak kering kasut sekolah kau tu. Semalam baru nak terkocoh-kocoh kapurkan. Agaknya, kalau cuti sebulan, bulan depanlah kau kapur kasut kau tu."

Sungguh pada waktu itu Salleh bersyukur benar kasutnya sempat kering. Kalaupun tidak kering, dibantai sahaja pakai kasut lembap hingga ke sekolah, sehari suntuk. Daripada terpaksa berhadapan dengan singa dihadapan dia sekarang, berjalan ke sekolah pun dia sanggup. Sanggup lagi.

Kali ini tidak bersuruh, Salleh bawa semua peralatan sekolah ke tangga. Disandar elok pada pagar beranda. Lemah pandangannya jatuh pada kasut sekolah Bata putih bercampur birat-birat kuning dihadapannya. Lalu,dibawa ke kakinya yang juga putih bersalut stokin. Stokin yang sudah berlubang di dasarnya tidak mengapa dipakai pada hari Isnin. Bukan hari pendidikan Jasmani yang memerlukan Salleh tukar pakaian di bilik setor bersama rakan-rakannya. Tidak ada siapa yang akan tahu. Pentingnya mesti  bersih . Bilang maknya seawal tadi. Malas bertekak, sarung cotton itu dibawa menutupi jari-jari hitam berkudis kecil di sana-sini. Selesai semuanya, dia bingkas bangun mengadap bondanya yang sedang memerhati tingkahnya dari jauh.Tegap bercekak pinggang, seperti mandur. Dia salam tangan muda dan wangi itu. Belum habis lagi.

"Pergi sekolah nanti jangan asyik main aja. Kerja rumah bawa balik semua, jangan tinggal kat sekolah"

"Ok mak." Salleh pantas mematikan ayat-ayat berbaur bebelan daripada emaknya. Pun begitu, hati Salleh berat menyatakan emaknya tidak akan habis disitu. Tidak habis lagi walaupun dia telah meyatakan 'ok'nya.

Salleh masuk ke dalam kereta dan dibiarkan angin air-cond menyejukkan mukanya.Difikir-fikir, menyesal sungguh dia kerana tertidur samasa ujian Pendidikan Seni dijalankan bulan lepas. Terlalu selesa sehingga tidak berjaga-jaga, beginilah jadinya. Selalunya dialah yang mendominasi subject itu. Ayahnya arkitek. Lukisan dan warna sudah ada di dalam darah daging. Dirasakan dirinya seperti watak Arnab didalam kisah perlumbaan Arnab dan Kura-Kura pada ketika itu.

Dari jauh dia lihat maknya rancak sekali bercakap-cakap dengan ayahnya sambil membetulkan tali leher ayahnya. Serius benar. Sekali sekala dikilas pandang Salleh yang telah bersedia di dalam kereta. Salleh yakin benar ibunya masih tidak melepaskannya. Oh, tidak hanya disini, Salleh. Mak kasitau bapak kau. Dan dia yakin, masaklah dia kali ini.

Ayah Salleh mengangguk faham. Lama mak Salleh terkumat-kamit mulutnya mengadu tentang pe'el Salleh yang semakin menjadi-jadi, tetapi reaksi ayah Salleh begitulah juga. Dicapai kasut dan berlalulah dia daripada berandah itu. Salleh memerhati sahaja ayahnya meyepak bola kesayangan bapanya sewaktu melepasi rak kasut. Kempis menerima tekanan sepakan ayahnya, tidak bergolek, lembik.

Dan waktu itu juga, Salleh menelan air liurnya.Payau.Alangkah baiknya kalau dia boleh menelan paniknya sekali pada waktu itu. Dia lupa yang semalam dia telah meminjam bola ayahnya untuk bermain di padang permainan bersama Gani, Khalel, Sobri dan budak baru dari bandar. Malangnya, bola itu terkena bucu bangku dan keluarlah angin dari kebocoran itu tanpa disekat-sekat lagi.

Tetap sudah nasib bola itu jahanam, tetapi nasib Salleh pagi itu, Tuhan sahajalah yang mengetahuinya.Jikalau sahaja tahu akan Salleh insiden-insiden ini bakal berlaku, sungguh dia tidak ponteng solat Subuh tadi. Dilamakan waktu doa dan dzikir agar selamat perjalanan hidupnya pagi itu. Jauh daripada bebelan dan amarah ibu bapa yang mencemarkan pagi yang indah dan damai. Mungkin sudah terlambat semuanya. Tuhan..


Salleh sudah bersedia dengan segala kemungkinan.Ya, dia bakal dimarahi kerana itulah kehendak bondanya. Ya juga, dia bakal dimarahi kerana bola sudah kempis dan kesalahan adalah 100% keatasnya. Alangkah baiknya kalau dia mengaku sahaja semalam tentang hal bola itu kepada bapak. Mungkin lebih baik kalau dia tak pinjam lansung. Ah, bermain dengan kalau, dia mungkin sudah selamat kesekolah tanpa dibebel. Jikalau hanya dia bersiap-siap semuanya dari semalam. Bermain dengan buah "kalau' semuanya indah dan sempurna belaka.

Disaat ayahnya melabuhkan punggungnya di atas kusyen dan mengadap stereng, Salleh diam sahaja sambil kepala menunduk ke bawah. Matanya dipejam. Mana tahu, ayahnya tiba-tiba mencubit kuat pehanya, bolehlah dia siap-sedia menahan air mata jantannya daripada meluncur laju, mencurahi pipi gelapnya.Udara sejuk di dalam kereta Proton Wira tidak mengagalkan dahi Salleh daripada merembeskan peluh-peluh kecil masin. Laju melalui sudut kanan matanya, turun hingga ke dagu.

Ayah Salleh perlahankan volume radio, menghapuskan suara DJ yang berborak dan berbicara rancak soal dunia hiburan dan lawak yang tidak menjadi. Dihadapkan mukanya kepada Salleh. Bersedia untuk berbicara dengan anak lelaki bongsunya yang seorang itu.

"Salleh.." Akhirnya ayahnya bersuara.

Seraya, Salleh membuka mata. Ditatap wajah ayahnya dengan pilu.

Teruskan ayah. Mulakan.

"Kita makan KFC nak petang ni? Selepas sekolah."

"Huh?!" Salleh terkedu. Ini bukan di dalam skrip.

Sungguh? Tak ada tengkingan? Tak memerlukan penjelasan? Tidak dicubit pedih? Lempang pun tak? Tak marah sikit pun? Sikit pun? Sikit? Pun? Come on, tak kan tak marah sikit pun.Ayah tak bengang ke bola dia punah? Pe'el Salleh yang menjadi-jadi? Mak? Anything!

"Nak ke tak nak?".

Lantaklah.

"NAK!!"

Kuat suara Salleh mengatasi kuatnya deruman kereta.Gilo apo tolak rezeki.

Dan kereta Wira itu teruslah meluru membelah pagi yang cerah. Lancar dan laju menuju ke Sekolah Kebangsaan Pulai chondong. Didalam, Salleh tersenyum ceria dan gembira. Seolah-olah emaknya tidak pernah membebel, seolah-olah bola tidak pernah pecah.

Sekian.


nota dan halatuju sebenar cerita:

Terima Kasih Abah kerana setiasa cool dan kerana sentiasa menjadi abah. Selamat Hari Bapa :)

dan Selamat Hari Bapa.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Klasik

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ahaha
    itulah, perkembangan cerita dia hari biru sikit. tiba-tiba itu mesejnya.

    tapi fani juga douh! nice try!
  • 2) caha. kau... aku mula rindukan bebelan pak penyu.
  • 3) makan KFC pada awal tahun 90'an adalah sesuatu yang rare, makanya kalau ada orang ajak aku makan KFC itu jam, memang dengan tulang-tulang ayam sekali aku kunyah (eh, apahal?)

  • (Penulis)
    4) caha: tu la, dari dulu lagi haru biru..malas sungguh nak majukan diri

    ben: licin dowh~ hehe. Kalau KFC letak bahagian tengkuk, agak2 part tu pun sapu habis
  • 5) Pada permulaan, saya ingatkan jalan ceritanya panjang lagi kerana pendahuluannya mempunyai dua babak. Tiba-tiba, terus dibawa ke penghujungnya. Oh, itu motif ceritanya. Mujur disediakan nota kaki.

    Selebihnya, ada beberapa imbuhan dan diksi yang kurang tepat digunakan. Percubaan yang baik...
  • 6) HAHA. emak saya tak pernah tahu saya failed pendidikan seni. lagipon, PS je pon?

    saya failed sebab memang lemah guna crayon.sekali warna-warna. ya Allah. buruk! terus koyakkan & tak hantar pape. *elmo* muahahaha

    Salleh beruntung. Tak ramai orang dapat makan KFC macam tu saja-saja *tetiba*

Cerpen-cerpen lain nukilan LunaLuni

Read all stories by LunaLuni