Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Mawar Putih Untuk Zira

Cerpen sebelumnya:
Ayah, lazimnya begini..kot
Cerpen selanjutnya:
1000 Dinar

http://sphotos.ak.fbcdn.net/photos-ak-snc1/v2569/112/18/1223358180/n1223358180_358836_1703797.jpg

 

  “Hai, baby. Dah lama tunggu ?”satu suara tiba –tiba menerjah dari belakang.

 

“Tak delah ,baru satu jam.Kenapa cepat sangat sampai.?”

 

 

 “Abang Fahmi , please don’t   forget your promise.” Puteri mengingatkan  lelaki 

dihadapannya.

 

“Opps, lupalah Yang Mulia Tuan  Puteri  Izzara Aisya!”

 

Tengku Fahmi  berjanji tidak akan memanggil Puteri ‘baby’ di khalayak ramai. Takut orang salah  faham .Lagipun Puteri hanya  adik angkat kepada sepupunya ,Tengku Harris. Mereka bukannya saudara kandung .

 

“O.K, let’s go straight to the point. Apa masalah Puteri yang sebenarnya?”

 

Puteri memulakan bicara, “ Puteri perlukan cash. Abang tahukan, Puteri tak boleh keluarkan duit tanpa tanda tangan penjaga sebab belum 18 tahun … jadi Puteri nak

pinjam dengan abang. Itu pun kalau boleh ….”

 

“Maaf abang bertanya, setahu abang Puteri ada akaun yang tak perlukan tanda tangan

penjaga kan? Pocket money tak cukup ke?”

 

“Duit dalam akaun tu tak cukup. Campur dengan pocket money pun masih banyak

kurangnya,” Puteri tertunduk. Bimbang kalau-kalau Tengku Fahmi bertanya lagi.

 

“Tak cukup?!!” agak kuat kedengaran suara Tengku Fahmi. Pelanggan –pelanggan di

meja berdekatan menoleh ke arah mereka.

 

“Nak buat apa duit tu? Rasanya pocket money Puteri je dah hampir RM 5000 sebulan,

kan? Banyak tu …” suara Tengku Fahmi kembali merendah.

 

 “I’m sorry I can’t tell you the truth now. Hei, nak bagi ke tak ni?”

 

  “Berapa?”

 

 “Dua puluh-”

 

  “Aik? Sikitnya!” sampuk  Tengku Fahmi sebelum sempat Puteri menghabiskan ayatnya.

 

 “Err… dua puluh ribulah ,bang ,” suara Puteri bagaikan tidak terkeluar. Entah didengar atau tidak butir bicaranya tadi.

 

“Dua puluh ribu?!!” Tengku Fahmi mencari kepastian . Reaksinya nampak ketara

walaupun  dia cuba untuk mengawalnya.

 

 

 

* * *

 

 

  Tiba sahaja di Mahligai Teratai , Puteri  terus  mengunci diri  di dalam biliknya. Para

pembantu rumah  memang sudah lali dengan keadaan itu. Sama ada Tuan Puteri mereka 

itu ada atau tidak sama saja.

 

  Puteri seperti tidak mempunyai tenaga untuk memanjat tangga banglo lima tingkat itu.

Terlalu tinggi rasanya.Berbeza  dengan hari- hari lain ,dia lebih gemar turun naik dengan

  tangga daripada lif.

 

  Ruang bilik terasa kosong biar pun dipenuhi dengan perabot bermutu buatan luar

negara. Puteri bersandar pada kepala katil di tingkat  kedua biliknya.Kebimbangan

menguasai diri.

 

  Tadi Tengku Fahmi tidak menjanjikan apa-apa dengannya. Pada Tengku Fahmi jumlah

bukan satu masalah tetapi… dia mesti tahu tujuan utamanya.

 

  Senja merangkak pergi.Malam pula menjadi  pengganti.Mak Engku dan menantunya,

Deanna Nurqisha sibuk membantu Mak Piah menghidang makan malam .Harris pula leka

melayani kerenah dua pasang anak kembarnya.

 

  “Mak  Piah, Puteri mana?. Tak turun makan ke?”Harris bertanya kepada pembantu

rumahnya yang paling setia.Mak Piah sudah hampir 15 tahun  berkhidmat dengan

keluarganya.Sejak dia masih bersekolah lagi.

 

 “Dalam bilik agaknya.Nanti Mak Piah panggilkan .”

 

 

      Tut …tut….

 

  Interkom di dalam Kamar Puteri menjerit.Puteri yang sedari  tadi berteleku di atas sejadah tersentak.Pantas tangannya menekan punat ‘Yes’.

 

 “Cepat turun makan ,”ringkas saja pesanan Mak Piah.

 

  Alamak ! Abang Ngah mesti ada  sekali ni.Habislah kalau  abang Fahmi cakap apa-

apa.Mati aku….

 

 “I’m coming!”cepat –cepat Puteri menggantung telekung dan sejadah .Dia mahu turun

cepat.Kalau lewat nanti orang syak pula.

 

 Berlari-lari anak Puteri menuruni anak –anak tangga fasa 3 untuk ke ruang makan utama

di fasa 2.

 

 “Hai ,Baby.Jom makan !”

 

 Bagai hendak gugur jantung Puteri mendengar suara itu.Macam kenal aje!

  

 Argh …..!Jangkaan aku meleset. Makin teruk adalah.Apa dia buat dekat sini?Mak

Piah tak cakap apa-apa pun.

 

  Puteri mengambil tempat di antara anak-anak kembar sulung Harris, Tengku Megat 

Dimitri dan Tengku Daniel Kencana. Betul-betul  bertentangan  dengan Tengku Fahmi

.Dia hanya tersenyum.

 

   Ketika menikmati juadah, macam-macam  topik yang diborakkan oleh Tengku Fahmi

dan sepupunya itu. Dari aspek  perniagaan, ekonomi sampailah ke pendidikan dan

kewangan . Puteri takut juga  jika hal kewangannya termasuk sekali dalam perbualan itu.

Manalah tahu kan Tengku Fahmi mungkir janji.

 

“Hai Puteri . Senyap aje malam ni.Ada problem  ke?”tiba –tiba Harris menegur.

 

 “Ha ?Err…tak de apa-apalah.Malas nak menyampuk,”pucat muka Puteri dibuatnya.

Tengku Fahmi sengaja buat –buat tak dengar.Namun dia sempat mengukir senyuman

penuh makna.

   Fuh …selamat aku.Cayalah abang.

 

 

 

 

 

 

 

               ***

 

 

   Sudah hampir 48 jam berlalu .Bagi orang lain jangka masa itu mungkin sekejap tetapi

tidak pada Puteri. 48  jam sudah cukup lama untuk membuatkan  dia tidak senang

duduk.Tengku Fahmi  masih belum memberikan jawapan.

 

   Pagi tadi Puteri pergi ke HUKM untuk menjenguk Zira ,rakan sebayanya yang dikenali

sejak lima tahun lalu ketika  pulang bercuti ke tanah air.Doktor memberitahu bahawa

penyakitnya semakin kronik.Jika pembedahan tidak dijalankan dalam tempoh terdekat

,dikhuatiri Zira tidak akan dapat bertahan .

 

  Zira seperti Puteri .Bapanya pulang ke rahmatullah ketika dia masih kecil lagi.Bezanya

,ibu Zira adalah seorang peniaga warung yang tidak berpendapatan tetap manakala emak

Puteri merupakan Penolong Jurawat.Hanya Zira harapan keluarga .Dia merupakan pelajar

terbaik sekolahnya.Puteri perlu bertindak segera agar Zira sempat menduduki

peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bulan depan.

 

 Puteri akan  terus berusaha untuk mencukupkan wang bagi kos pembedahan satu –

satunya rakan yang sebaya dengannya. Lima puluh ribu ringgit memang mudah baginya

kalau wang dalam akaun peribadi pertamanya boleh dikeluarkan tanpa tanda tangan

penjaga. Malangnya …kebanyakan dokumen rasmi Puteri memerlukan tanda tangan

penjaga. Sayang emak kandung Puteri sudah pulang ke kampung bersama

abangnya…kalau tidak boleh minta tanda tangannya. Dia agak berat hati untuk meminta

bantuan keluarga-keluarga angkatnya. Walaupun mereka semua bergelar jutawan,tetapi

Puteri akan rasa tidak tenang  jika hendak menggunakan wang mereka.

 

 

Sekarang ni 30 ribu dah ada. Dalam akaun peribadi kedua ada 15 ribu,campur dengan

pocket money yang tak dibelanjakan sejak tiga bulan lepas…..ada 15 ribu lagi. Harapan

terakhir hanyalah abang Fahmi. Mana aku nak korek duit kalau dia tak bagi?

Terpaksalah mintak tolong abangLong…..

 

   Tut…tut…!!

 

   Hampir –hampir sahaja buku akaun di tangan Puteri terlepas dari pegangan . Interkom 

berbunyi lagi .

    Siapa pulak yang kacau aku ‘time’  ni?!! Tak tau ke orang tengah tension ni. Eh

,memanglah tak tau!. Sebab aku tak bagi tau pun.

 

 “ya…”

 

   “Tuan Puteri ,ada panggilan dari Tengku Fahmi untuk tuan Puteri di talian satu,” satu

suara memberitahu. Pembantu rumah agaknya. Siapa lagilah yang hendak bertuan puteri

dengan aku dalam rumah ni.

 

  “ Ya ,terima kasih,”ucapnya sebelum menekan punat satu.

 

   “Hello,abang Fahmi,”berdebar dada Puteri hendak mendengar keputusan Tengku

Fahmi .

 

  “Hai,Baby. Jumpa abang kat office tengah hari ni,o.k?”

 

  Puteri tidak sempat untuk bertanya lebih lanjut kerana Tengku Fahmi sudah

memutuskan talian. Pelbagai andaian muncul di benaknya.

 

 

    “So twenty thousands untuk operation kawan Babylah ,ya?”Tengku Fahmi menyentuh

isu utama  yang ingin dibincangkan dengan Puteri setelah lama berdiam diri . Puteri

mengangguk kecil.

 

   “Sakit apa?”

 

   “Heart disease,”bergetar suara Puteri menjawabnya. Entah kenapa dia berasa  seperti

sedang berdepan dengan seekor naga. Takut sangat!!!

 

  “O.k,nanti sediakan full report tentang kawan Baby tu. Lagi cepat abang dapat report

tu lagi cepat abang masukkan duit ke dalam akaun Baby,”Tengku Fahmi tersenyum

menyaksikan perubahan pada raut wajah Puteri seraya mendengar kata-katanya. Dia

gembira melihat sepupu angkatnya itu kembali ceria. Hampir semua orang yang rapat

dengannya tahu tentang Puteri . Puteri memang susah hendak menyembunyikan

perasaannya. Apa sahaja yang terbuku di hati akan terpamer di wajahnya. Dan hanya

Tengku Fahmi sahaja yang memanggilnya ‘baby’ gara-gara dia terlalu disayangi ramai

dan dianggap masih lagi anak-anak kecil walaupun sudah menjangkau umur 17 tahun.

 

 

 

     *     *   *

 

   Mentari sudah mula menunjukkan wajah. Burung –burung begitu riang untuk keluar

mencari rezeki. Puteri mencapai brief case berwarna silver di atas meja. Laporan tentang

keadaan Zira sudah tersedia didalamnya. Satu hari sudah cukup untuk Puteri

menyiapkannya.

 

 Setelah memastikan semua barang yang perlu dibawa berada di dalam beg

sandangnya,Puteri bergegas ke ruang makan utama.

 

  “Lima …empat…tiga…dua..,”Daniel menghitung sambil menumpukan pandangannya 

ke arah tangga.

 

   “satu!!” Megat turut menyebut angka itu bersama Daniel.

 

   Serentak dengan itu Puteri muncul di atas tangga  itu. Cucu-cucu Mak Engku 

bersorak gembira . mereka tahu Mak Su mereka itu selalunya akan tiba di ruang makan

tepat jam lapan pagi.

 

   “Mak  Su, Mak Su nak pegi mana bawak beg ni ?”Megat bertanya setelah ternampak

beg-beg yang dibawa oleh Puteri .

 

    “Hai,Megat. Selalu Mak Su bawa beg Megat tak tanya pun,”Puteri menarik kerusi di

sebelah Daniel.

 

  “Selalu bawak satu aja,hari ni dua.”

 

  “Adalah,”

 

 “Cakaplah,”Megat masih tidak berpuas hati. Tidak memberi  peluang langsung kepada

Puteri  untuk menikmati sarapannya dengan tenang.

 

   “Haah,Puteri . Nak pergi mana pagi –pagi ni?”Mak Engku pula menyampuk. Begitu

sibuk dia dan Deanna Nurqisha melayan Tengku  Danella  Kirana dan Tengku Mega

Delyla ,adik –adik Megat dan Daniel yang baru berusia lapan bulan.

 

   “Rumah mummy. Dua tiga hari baru balik,ada kem kat KL. Niel ,Megat ….cepat

makan. Jom Mak Su hantarkan .”

 

   Kelam- kabut putera-putera diraja itu menghabiskan makanan mereka. Selepas

mengucup tangan ayahanda dan bonda serta nenda,mereka berlari mendapatkan Puteri

 

yang sudah berdiri di sebelah BMW nya.

 

 “Good morning,my prince,”ucap Chui Fei ,pemandu merangkap pengawal peribadi

Puteri sambil membukakan pintu belakang kereta.

 

 

 

   Jarum jam di tangan sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Suasana di HUKM kelihatan

tenang biarpun ramai pesakit yang lalu lalang. Chui Fei mengiringi Puteri ke wad ICU di

aras dua. Terasa lambat sungguh lif bergerak. Tidak sabar Puteri mahu menatap wajah

ayu Zira sebelum dia dibedah. Doktor yang merawat Zira telah membuat persiapan untuk

menjalankan pembedahan setelah menerima panggilan telefon daripada Puteri.

 

   Zira terlena sementara menanti Puteri. Dia tampak pucat dan lesu. Hampir-hampir

sahaja titisan –titisan jernih terhambur keluar dari kelopak mata Puteri tatkala melihatkan

keadaan Zira. Wayar pelbagai warna menyambungkan tubuh yang semakin susut itu

dengan sebuah monitor. Chui Fei meletakkan jambangan mawar putih di atas sebuah

meja yang menempatkan cawan dan jag air. Sebenarnya Zira lebih suka akan mawar

merah, tetapi entah kenapa……sudah lebih daripada lima kedai Chui Fei cari, sekuntum

mawar merah pun tak nampak. Yang ada hanyalah mawar putih.

 

   Puteri menggenggam erat jari-jemari rakannya itu. Terbayang  di layar subcmnya

memori silam…..

 

  “Sorang aje ke?” seorang perempuan berbaju kurung putih, berkain biru muda

menegurnya. Puteri yang agak terkejut dengan teguran itu hanya mampu tersenyum kecil.

 

  “Saya pun sama,” sambung pelajar itu sebelum duduk di sebelah Puteri.

 

  Eh, ye ke? Tak tanya pun….

 

“Awak dari sekolah mana? Saya dari SMCC.”

 

  “Err….,” apa aku nak jawab ni? Nak cakap ke? Kalau tipu dosa. Ahh, cakap jelah!

 

  “Saya sebenarnya tengah study kat  universiti Harvard, US.”

 

  “Tak percayalah. Awak ni pun, kalau nak kelentong pun biarlah logic sikit..,”

 

   Dah agak dah! Gerenti tak percaya punya. “ Suka hati awaklah nak percaya ke tak tapi

itulah kebenarannya”

 

 “Macam tak real aje. Cuba yakinkan saya.”

 

   “O.k, saya ikuti satu program khas. Kira macam lompat kelaslah,” malas Puteri nak

cerita lebih lanjut…kalau cerita pun bukannya faham.

 

   “Course apa?”banyak tanya pulak dia ni.

 

   “ Law.”

 

  “Wah, kira-kira saya sedang berbual dengan geniuslah ni,” Puteri segan digelar begitu.

 

   “Habis tu berapa  umur awak sekarang? Macam mana pulak boleh sertai seminar ni?

Seminar ni untuk pelajar sekolah je,” bertubi-tubi soalan diajukan.

 

   “13 tahun,” terlopong gadis itu mandengarnya. “pasal seminar ni, pensyarah yang bagi

ceramah ni kawan baik ayah angkat saya.”

 

   “Sebayalah kite nampaknya. Oh , lupa pulak…..nama saya Azira Natasya,panggil saja

Zira,” salam perkenalan dihulurkan.

 

  “Puteri Izzara Aisya, panggil saja Izzara.” Tak boleh panggil Puteri. Orang yang rapat

je dibenarkan.

 

  “Terima kasih  Izzara,” bisikan suara Zira memecahkan lamunan. Puteri kembali ke

alam nyata. Zira memandangnya dengan secalit senyuman yang cuba diukir dengan

segala kudrat yang masih bersisa. Manik-manik lutsinar jatuh ke pipi. Genggaman Puteri

semakin erat. Tiba-tiba….

 

 “Zira! Zira! Kenapa ni?” Puteri panik. Zira tiba-tiba tidak sedarkan diri.

 

   Senyap.

 

  “Zira! Zira! Please open your eyes…,” tubuh Zira digoyangkan.

 

  Kaku.

 

  Chui Fei turut menggelabah lalu menekan butang kecemasan.

 

  Segalanya sia-sia. Kekesalan membelenggu diri. Puteri berasa amat bersalah.


Apasal lah aku ni ego sangat? Apa salahnya kalau pinjam duit abang Long atau abang Ngah? Atau

sekurang-kurangnya minta daripada papa atau daddy? Tak nak terhutang budi konon…..

sekarang apa dah jadi? And one more thing, why didn’t I tell abang Fahmi the truth

earlier??

 

 Awan berarak ke arah timur. Mentari mula condong ke ufuk barat. Chui Fei menjeling

jam di tangan. Sudah pukul lima petang. Dia baru teringat yang dia masih belum

menghubungi Puan Zarina, wanita yang dipanggil mummy oleh Puteri.

 

Suasana hiba menyelubungi kawasan tanah perkuburan itu. Pemergian Zira diiringi oleh

air mata orang yang mengenalinya. Lama mereka merenung pusara arwah Zira. Tok

Imam dan orang-orang masjid yang lain sudah lama beredar.

 

“Puteri ,” Chui Fei berlutut di sisi Puteri.

 

 “Gerimis ni. Jom balik.”

 

  Puteri mengangguk. Dia bangun lalu bersalaman dengan ibu serta adik arwah Zira.

Hatinya tersentuh. Dia berjanji akan membantu keluarga itu sedaya mungkin.

 

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs113.snc4/36030_1520454690994_1223358180_1439877_4003212_n.jpg

p/s: tulis main2 masa bosan lepas PMR kot [2002]....entah apa2....malu giler nak baca balik [nak post pun segan giler =_=!]...ni yg ori...yang dihantar main2 gak kat editor majalah Fokus SPM pertengahan tahun 2003....published on September 03 [cek belum cash kan lagi duit aku da abis blanje abg n akak makan kepci....ish3... :P]

Cerpen sebelumnya:
Ayah, lazimnya begini..kot
Cerpen selanjutnya:
1000 Dinar

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.5
4 Penilai

Info penulis

Cahaya Kekasih

i paint my brain; i write my heart~ART is my LIFE!
Kekasih | Jadikan Kekasih rakan anda | Hantar Mesej kepada Kekasih

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Kekasih
Cinta Pandang Pertama [ Euuuwww~~ =_=!] | 2099 bacaan
Sinar Di Sebalik Kabus | 1055 bacaan
Aku dan Dia | 1286 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

23 Komen dalam karya Mawar Putih Untuk Zira
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor


Kapasitor Bookstore

Head Over Heels

Jessie has kept the identity of her son Oliver\s father a secret for years. She\s ...
Price: RM 10.00


Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik