helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Cerita Pendek > Cinta
3.9
7 Penilai
Koyak jugak?
Tarikh Dihantar: 23/06/2010 | 14:29:21 PM | 224 Bacaan
Share

Koyak jugak?

Riji bangun dari duduknya yang panjang. Dari kerusi berbingkai besi berpelana kayu cengal berkerutu. Komputer peribadinya masih bernyawa menyala memancarkan foton-foton yang bisa membakar kornea mata anak kecil yang tidak bersedia.

”uuuuuiiiiighuuuurrrrrrrr!!!!”

Dia menggeliat. Bunyi erangan suaranya tak ubah macam nama puak di utara China yang sering ditindas pihak pemerintah.  Habis di letupkan semua sendi-sendinya. Sudah hampir 28 jam dia asyik terduduk di atas kerusi tersebut. Kalau orang biasa, pasti sudah diserang kematu di punggung. Paling tidak pun, mesti kebas-kebas lutut dan tumit. Tetapi tidak bagi Riji. Dia sudah terbiasa. Semasa dibangku sekolah, Riji pernah menjuarai pertandingan ”Duduk atas Kerusi Paling Lama”, sempena hari kantin sekolah. Dia masih simpan hadiah yang berupa sebuah ’Kerusi Malas’ mini yang bersalut emas palsu.

Ketika menggoyang-goyangkan pinggulnya untuk meregangkan otot badan yang sudah lama duduk, Riji tersentak. Tangan kanannya terasa sejuk! Tangan kanannya tersentuh kulit punggung kanannya!

”cilaka!! Koyak lagi! ”

Ini merupakan seluar yang ke-110 yang dipakainya koyak di bahagian  kanan punggung. Otak kirinya di bahagian serebelum di celah Girus Motor, di lapisan Pia maternya mula berkira-kira. Kenapa? Kenapa tiap-tiap kali mesti koyak di bahagian kanan? Nak mintak tolong anak pendekar Mustar jahitkan, tak boleh! Dia bukannya watak di dalam filem Pendekar Bujang Lapok!

Riji bingkas berlari seperti seekor ketam, mengiring-ngiring menutup lubang yang kian membenarkan angin mengipas daerah tersulitnya itu.

Dia berlari menuju ke bilik rehat pekerja di pejabatnya itu. Seusai dia menutup pintu bilik rehat yang bertanda ”Jangan Tidur” di belakangnya, Riji amat terkejut. Nyaris-nyaris dia tercarik bahagian lubang seluarnya yang koyak.

”eh! Paktam!, Caha!, Cornflique!, status!, Ben! Korang pun ada kat sini? Apahal?”

”yang kau pun masuk sini apasal pulak!”

Jawab Caha sambil mengunyah keropok lekor losong yang di belinya seminggu lalu sewaktu outstation di Terengganu.

”kau pun koyak jugak?”

Soalan Ben yang satu ini betul-betul meremangkan bulu tundun dan tengkuk Riji.

”biar betul?!! korang pun koyak jugak ke?”

Soalan Riji ini diselangi dengan bunyi kunyahan keropok lekor dari mulut Caha yang tak henti-henti bergerak.

Suasana senyap seketika. Masing-masing memandang ke arah punggung kanan sendiri yang terdedah di sapa bayu petang yang kering.

”aku ingat kita mesti bagitau kat bos la..”

Tiba-tiba Cornflique membuka mulut.

“ish! Tak nak la..malu la..”

Paktam pula berbisik. Bisikannya itu berbunyi bagaikan seorang suami yang mahu menggoda isterinya di kamar bulan madu.

”habis tu kita nak buat apa?”

Riji membentak!

”masuk ni dah 110 seluar aku koyak, semenjak kerja kat syarikat ni, tau tak!’

”aku dah 210!”

”aku baru 99”

Celahan Status dan Caha itu langsung tidak menurunkan suhu kemarahan Riji.

”korang tak pernah fikir ke? Pernah tak korang nampak pekerja pompuan kat sini koyak kat bahagian yang kita koyak?”

Tanya Riji dengan bersungguh-sungguh.

”ye ke? Mungkin diorang pun koyak, Cuma tak bagitau orang je.”

Teka Status sambil menggaru punggungnya yang semakin kesejukan.

”tak! Tak mungkin! Kalu ada yang koyak, aku mesti tahu punya....”

Caha dengan bangganya menempelak. Betul. Memang mustahil. Kalau ada seorang pekerja wanita yang tercarik seluar atau kain di pejabat yang Caha tidak perasan. Beliau seorang yang cermat, jika berkenaan dengan hal wanita.

”mesti ada konspirasi ni..”

”hmmmmmmmmmmmmmmm”



HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.9
7 Penilai

Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Perihal Penulis
Kurusawa
Hantar MesejKurusawa

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

Lain-lain karya Kurusawa
"Apa Benda pulak ni?"
Satu Persidangan
Keluarga Saya
Maafkan aku Jamdol
Alif Ba ta...
ZYX...
ABC part II
ABC
Jamdol mahu jadi kucing!
NUR VII
Lihat semua


iklaneka


iklan
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan Kapasitor