Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Tolong...Aku Bukan Bola!!

 

Seperti selalu dan macam biasa...

"Keletak! kelatuk! keletak! keletuk!"Dengan mata yang kuyu,seekor kura-kura berjalan lenggang kangkung sambil menyanyi lagu kesukaannya, "Awak la dondang..dondang la saa'yang..ayong..!ayong... !"


Itulah kisah mula, untuk seekor kura-kura yang sedang 'gila'.

Dalam sepanjang hayatnya, dah bermacam-bermacam binatang dia jumpa. Hebat-hebat pula tu...Dongak ke langit nampak burung, megah terbang melebar sayap...kelihatan sangat gagah..burung yang dilihatnya bukan saja ada kepak, malahan tubuh burung tersebut berketak-ketak!

"BUUKK..!!" err.. anda juga tentu pernah terbaca mengenai burung mati terlanggar tingkap?

"itu mesti burung mabuk..ish..ish..siapa la yang khianat sangat tuang alkohol dalam laut..kesian burung tu minum"

Menapak setapak lagi jumpa Pak Belang "Aummmm....!" Eleh..tak terkejut pun.... "Wei! Bagi la respon sikit!" Pak Belang merungut.."Aww..!!takutnya ..!takutnya..!" kura-kura sengaja buat-buat aksi terkejut dan takut. "Ni yang buat aku musykil ni...kau ni kura-kura jantan atau betina?"Kedua-dua haiwan yang tak sama spesies ini ketawa bersama,memecah suasana.

Sebelum berlalu Pak Belang sempat memberi nasihat pada kura-kura, "Bersemangatlah sikit!!". Kura-kura hanya sekadar meleret mata dan menganggukkan kepala.


"Tuhan! Aku rasa aku tak punya apa-apa. Aku lemah!" Kata hati kura-kura.

Setibanya di suatu kawasan lapang,kura-kura ingin berehat akibat penat berjalan. "Ah..Tidur dululah.." Baru sahaja kura-kura ingin menikmati mimpi nan indah tiba-tiba...

"Bukk..!!" Aduh Saleha! Aduh sakit! Kura-kura merasakan tubuhnya seolah-olah melayang dan satu teriakan besar menyambutnya...seolah-olah menyambut kepulangan seorang pahlawan satria yang gagah berani..sepanjang hayatnya belum pernah lagi dirinya di sambut dengan teriakan yang begitu meriah sebegini:

"GOLLLLL.................. !!!!!"

"Eh?Aku kat dalam gawang?" bisik kura-kura sambil cuba menjulur keluar kepalanya yang pening-pening nak tertanggal itu. Kelihatan seekor siput mengesot..perlahan-lahan.. menghampiri dirinya yang sedang sakit."Untung kamu ada cengkerang sekeras itu, kalaulah aku yang kene sep.."

"PRAAP..!!"

"Eeii..!!Alamak aku terpijak siput la geng...Nyah ko dari kasut bola aku...!" Budak tersebut melempar cebisan sisa-sisa organ siput yang melekat pada kasut bola barunya itu.Tubuh siput hancur! Melekit! Yang tinggal hanyalah serpihan cengkerang yang rapuh dan cecair bendalir...jijik..!..memua lkan..! Dah ajal kau siput...

"Ok Geng! Meh sepak 'bola' ni lagi!" Kura-kura dapat merasakan tubuhnya terangkat...sedikit demi sedikit....

Lalu..............

Tolong...Aku bukan bola!!

kura-kura & Pak Belang
23 jun, 4.53 pagi

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) mana satu tukang cerita ni? sudut pandang dia aku pening. huhu. tp paham la cerita dia.

  • (Penulis)
    2) err...pening eh..alamak..sori-sori..(mesti da ramai yg pening nie..adeh..)

    *baru nak belajar menulis..camni la jadi nyer..maaf!maaf!
  • 3) eh..sokay la. bagus la ni..masing2 ada cara bercerita masing2

  • (Penulis)
    4) tq rizzy..eh,kalau yg vdeo tu (nak embedded kat kapa) ..selalu pilih 'type' ape? flash?quicktime?shockwave?windows media?atau real media?
    *tolong rizzy..btul2 xreti nieh...huhu
  • 5) nasib x upload dgn sketch curik tu skali....hahha....

    mana dtg idea kure2 ni?

    nak tanya psl tu kat rizzy pegi shout kat page die....kalau die x tgk komen ni sure die x jawab
  • 6) oh..type tu mestilah flash. jgn tuka. format paling kecik dan senang dilampir. ko just paste url dia dan insert. tu je.

  • (Penulis)
    7) rizzy: oo..."format paling kecik dan senang di lampir"..ok..tq cikgu rizzy!
    Kekasih: tu ade kat atas 'sketch curik'!(sy janji nanti sy ganti balik eh...)
    ni ade je rizzy bls kat sini?jeles la tu.. (tq rizzy!)
  • 8) sama-sama
  • 9) yeah, incik are-deep sudah mahu hantar cerpen
  • 10) aah la tadi x prasan psl skroll down laju sgt....ceh....itu lukisan yg lom siap la...patutnye rahsia...ceh....kena bayar double ni!

  • (Penulis)
    11) boleh! tggu raya!

  • (Penulis)
    12) ben: menulis sajak xreti..tulis cerpen pun baru bertatih..buat rakaman video pun...huhu..xsanggup nak kata kat sini dah
  • 13) raya x lama lagi ni....jangan janji kosong....akan kutuntut nanti
  • 14) percubaan yang menarik. comel lukisan tu...
  • 15) tq ridhrohzai!!

    [sbb kata lukisan tu comel ]
  • 16) teruskan bertatih!
    tahniah kerana sudah berani mencuba dan berkongsi.
  • 17) kesian. tak pasal2 jadi bola
  • 18) lg kesian jd siput
    hancur cm2 je

Cerpen-cerpen lain nukilan are_deep

Read all stories by are_deep