Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Hantu di Sekolahh (bah 2/2)

 

4.
"Ini air doa. Kalau betul kamu tidak mencuri, minumlah air ini sampai habis." Hulur Ustaz Saadon.

Samsul tenung cawan tersebut. Tidak segera dia sambut. Dia teringat beberapa kes yang mencetus kekecohan di sekolah akhir-akhir ni. Seorang hilang G-Shock. Seorang lesap RM50. Seorang lagi hilang walkman Aimei. Hei, jenama ciplak pun ada harga juga tau!

"Kejap! Ustaz, begini. Kalau macam setakat ambil ubat gigi orang tak minta kebenaran, ambil hanger ke, sabun mandi sikit ke, kira tak?" Sengih Samsul malu.

Benda begini bukan boleh buat main. Dia perlu tahu apa klaus-klaus yang Ustaz Saadon dah sisipkan dalam air jampinya. Mahu semua jenis mencuri diambil kira. Tidakkah kembung perutnya nanti?

"Minum saja.." Unjuk Ustaz Saadon lagi.

Dengan teragak-agak Samsul menyambut. Perlahan-lahan air jampir tersebut diteguk.

"Air apa ni ustaz? Macam minum minyak atar aje," tanya Samsul selepas  selesai minum sambil mengelap bibir. Misteri benar air yang ditelannya. Sudahlah air itu wangi. Tidak sempat menerjah esofagus cecair berkenaan seperti tersejat hilang entah ke mana.

"Air jampilah." Ustaz Saadon senyum meleret.
"Pelik aje rasa."
"Heheh."

Gelak pula!

"Bagaimana? Ada rasa apa-apa?"

Samsul meraba-raba perut. Tiada tanda-tanda hendak membuncit. Temboloknya masih beroperasi seperti biasa.

"Ha.. kan betul saya cakap! Saya bukan pencuri. Tengoklah, perut saya normal!" Ditepuk-tepuk perutnya lega.

Pek! Pek!

"Baguslah. Memang saya tahu kamu bukan pencuri. Sebenarnya air tadi tu air pendinding. Saya nak jadikan kamu umpan halau jin di dorm Temenggung sekejap lagi." Ustaz Saadon berwajah selamba.

Perut Samsul tiba-tiba mahu memulas!

 

5.
"Kita janganlah tidur malam ni. Kita borak sampai pagi, nak?" Usul Samsul pada sembilan rakan yang lain.

Kesemua mereka mengangguk tanda setuju. Dalam diam, masing-masing pun cuak dengan tugas di tangan. Ustaz Saadon telah memilih 10 pelajar untuk menjalankan misi penting ini. Misi menghalau jin!

Habis dorm Temenggung disita untuk mereka 10 orang. Penghuni asal semua telah diarah menumpang dorm-dorm alternatif lain.

"Saya mahu Samsul tidur di katil berpenunggu tu. Kamu yang lain akan tidur di katil-katil sekelilingnya." Arahan Ustaz Saadon disambut anggukan-anggukan serius.

"Err.. nanti bila jin tu datang. Macam mana saya nak halau jin tu ustaz?" Samsul selaku watak utama mahu tahu perincian tugasnya.

Ustaz Saadon sengih. "Bila mereka serang nanti. Kamu cakap saja saya suruh mereka berambus!"

Ahh.. idea yang bagus! Cakap. Cuma perlu cakap! Nice!

"Saya akan datang bantu kamu melalui mimpi." Ustaz Saadon menghabiskan ucapannya.

Selain Samsul, sembilan yang lain merupakan pelajar contoh di sekolah. Penghafaz terbaik, peribadi unggul. Senang cerita yang kalau Subuh itu tidak perlu kejut. 4:30 pagi selalu bangun untuk tahajud.

Cuma pemilihan dirinya yang buat Samsul terpinga. Celah Bedah mana dirinya sesuai dikumpulkan sekali bersama sembilan yang lain, dia pun tidak tahu! Hendak kata dia penghafaz hebat sampai boleh buat jin lari, subuh pun kadang-kadang sudah disimbah sebaldi baru hendak mencicit ambil wuduk.

Sambil berbual-bual, Samsul menyusun beberapa naskhah Quran. Satu di pangkal katil. Satu di bawah bantal, satu lagi untuk dipegang. Sekurang-kurangnya, kalau diserang nanti bolehlah dia hala naskhah-naskhah ini buat pelindung.

"Kau ni banyak sangat tengok Mr Vampirelah. Karut!" Idlan, rakan yang bakal tidur di katil sebelah kanan Samsul mengomen.

Samsul tak kisah. Nama pun orang Melayu. Karut tidak karut!

Dalam sedang ralit berborak malam itu, tanpa sedar rupanya seorang demi seorang sudah mula terkujur lena. Samsul yang paling cuak dan paling sukar tidur mula menggelabah.

"Idlan! Idlan! Bangunlah. Janganlah tidur!" Dia menggerak-gerakkan rakannya.

Tidak berhasil.

"Bangunlah wei!" Geraknya lagi. Masih sama. Samsul geram. Apa ni, kata tahajud pun bangun. Subuh tak payah kejut!

Samsul melihat sekeliling. Katil sebelah kiri, katil di atasnya, katil-katil sebelah atas kiri dan kanannya. Ah, semua sudah lena juga! Tadi rasanya semua masih berbual. Aneh! Rasa seram semakin menyelinap.

KRAPPP!

Pintu asrama sebelah belakang tiba-tiba berdentum, terkuak bagai ditendang. Samsul terbeliak!

Tiga lembaga berwarna hitam seperti bayang-bayang dengan pantas terbang masuk. Samsul sedikit hampa. Kalau inilah jin yang dimaksudkan tidaklah ngeri sangat. Dia jangkakan hantu dengan mata terkeluar dan muka tersiat-siat dihurung ulat yang datang.

Tetapi melihat ketiga-tiga lembaga hitam terbang itu menuju ke arah dirinya, Samsul kembali gentar. Dia menjerit!

"Ughh.." Erang Samsul. Rupanya lembaga itu lebih pantas dari bunyi. Belum sempat jeritannya keluar dari kotak suara dadanya sudah terlebih dahulu dihenyak keras. Seluruh pergerakan Samsul dikunci.

Ini dah macam hantu hempap! Bisik Samsul. Dia cuba bertenang dan baca ayat-ayat suci al-Kursi. Namun, sama seperti hantu hempap, makin cuba dibaca sekalipun dalam hati dadanya semakin ditekan hingga sukar bernafas. Kalau berterusan, khuatir boleh membawa maut!

Lembaga-lembaga tadi seakan cuba masuk ke badannya, tetapi tidak berjaya! Mungkin azimat pendinding yang diminumnya.

Dalam keadaan genting itu, Samsul rasakan tangan kirinya boleh bergerak, adapun dengan serba kepayahan. Segera Samsul menjulur ke katil Afham yang tidur di sebelah kiri. Digoncangnya tubuh Afham dengan harapan dia bangun.

Hampa.

Samsul geram. Melihat goncang tidak menjadi, ditarik-tarik pula tubuh Afham. Masih tidak terjaga. Dia tarik lebih keras sampailah lelaki itu tersembam ke lantai. Hasilnya sama.

Samsul mendengus.

Kemudian dia fokus pada katil di atasnya. Tempat terlenanya Nizam. Hendak menjerit memang tidak berdaya. Sekali lagi hanya tangan kirinya saja yang berusaha. Dia kumpulkan sepenuh tenaga.

Dub! Dub! Dub!

Beberapa tumbukan padu mengenai papan alas katil tersebut. Bangunlah! Bangunlah! Doa Samsul dalam hati. Dia tidak pedulikan tangannya yang sakit. Nafas semakin sesak. Tekanan yang menghenyak dada dari lembaga tadi sangat menyeksa.

Namun, seperti tadi juga, Nizam turut tidak menyahut. Melainkan pengsan, tidak logik untuk orang yang tidur di atasnya tidak terjaga. Walhal Samsul tahu kalau pada malam-malam biasa dia terjatuhkan berus waktu menggosok gigi pun Nizam boleh tersedar.

Samsul sudah habis ikhtiar. Badan semakin kehilangan oksigen. Tubuh semakin lemah. Ketika ini dia hanya mampu
pasrah.

Dalam keadaan genting itu tiba-tiba pintu depan dorm Temenggung pula berdentum dan terbuka luas. Angin sejuk menderu-deru masuk. Lembaga-lembaga hitam yang dari tadi degil menghempapnya dihambat pergi bersama kedinginan angin tersebut.

Sebaik berjaya menghirup nafas semula Samsul bingkas dan berlari keluar dalam keadaan terjerit-jerit. 


6.
"Ana terkejut betul, bangun-bangun tengok ana sudah di atas lantai," Afham menceritakan pengalamannya malam tadi.

"Aku pulak, rasa macam ada sayap yang jadi kelambu atas aku. Selesa sangat tidur. Aku macam dengar ada orang ketuk-ketuk katil aku. Tapi aku tak boleh bergerak. Nyenyak sangat."

Ketuk-ketuk? Ulang sekali lagi, ketuk-ketuk? Berbulu Samsul dengar cerita-cerita dari rakannya. Sampai luka tulang penumbuknya dihayun pada katil Nizam, ketuk-ketuk? Sampai ke pagi dia menggigil-gigil tidur dengan Quran sisip dalam baju, ketuk-ketuk?

"Hebat juga penangan jin ni ya," Idlan pula menambah.

"Bang, Ustaz Saadon panggil." Amal tiba-tiba muncul mencelah perbualan mereka.

Di bilik Ustaz Saadon Samsul menceritakan semuanya apa yang jadi. Ustaz berbangsa Indonesia itu hanya tekun mendengar tanpa mengomen apa-apa. Mukanya tiada reaksi.

"Jadi.. itulah ceritanya ustaz. Apa yang saya hairan ialah kenapa lembaga tu lari bila ada angin sejuk ni datang. Entah dari mana angin tu datang saya pun tak tahu," kata Samsul mengakhiri ceritanya. Adapun dia yakin sebenarnya angin itu ada kaitannya dengan Ustaz Saadon dengan izin Allah.

Ustaz Saadon jungkit bahu. Tetapi tidak mengeluarkan sebarang kata.

"Kalau dah tak ada apa-apa saya beransur dululah ustaz ya." Samsul bingkas dan bergerak keluar. Lega. Walaupun agak cemas kejadian malam tadi, kini semuanya dah berakhir. Keadaan sudah pulih seperti sediakala.

Baru sahaja dia membuka pintu tiba-tiba dia terdengar suara orang menjerit.

"Tolong! Tolong! Ada gajah serang sekolah kita! Gajah serang sekolah kita!" Samsul antara hendak percaya atau tidak. Tak akanlah....

"Nampaknya awak ada tugas baru." Ustaz Saadon sudah berada di sisi Samsul.

Samsul memandangnya dengan rahang ke bawah! 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) apa yg kali terakhir dia buat? mencuri? blur sikit

  • (Penulis)
    2) terima kasih kerana membaca kamalia
    dalam episod 1/2 ada diceritakan ustaz saadon pandai menilik seseorang melalui merenung mata. tengok je mata dia tahu bila kali terakhir orang tu buat sesuatu

    sesuatu apa? hintnya ada dlm dialog semasa di episod 1/2 tersebut



  • 3) tak faham.. apa kena mengena dia buat apa tu dgn lembaga hitam yg lari tu? adehhh..

  • (Penulis)
    4) huhuhu..seme org tak faham. saya tukarlah ending dia...
  • 5) minta maaf ye sbb susahkan mas joko sampai tukar ending.. huhuhuu..

    nice ending. ada ciri2 saspens disitu. walaupun endingnya cuba mengalih perhatian, but still masih membiarkan saya tertanya2.

    Saya suka cerpen ni diolah tapi saya rasa tak keterlaluan kalau saya sbgi pembaca mahukan lebih penjelasan mengenai kejadian. Rasa sikit terkilan sbb ustaz tu terlalu berahsia dan nampak macam ada bahagian 3. Tak mau sambung?
  • 6) cerita ni terlalu bersifat sentimental pada penulis sebab tu sedikit caca merba.

    malah plot2nya panjang dan terlalu banyak jenaka tak perlu dimasukkan.

    pendekata, seperti diari yang dicerpenkan
  • 7) caha,
    ko bercakap mcm ko penulis. hehe..
    jenakanya pada aku ok je. aku suka. gelak sorang2 baca.. hehe
  • 8) aku kan mistik sket yun
    chaiyok penulis! teruskan usaha! (cewah aku )

Cerpen-cerpen lain nukilan mas_joko

Read all stories by mas_joko