Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Gua, Saiber dan Mistik

 

Satu petang yang indah, hari redup sedap-sedap lepak. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Unggas desa bersahut-sahutan. Memang hari yang cun gua kira untuk melepak buang masa.

Gua, Usin dengan Sudin, lepak-lepak sambil sembang kosong. Tolak-tambah masa buat job, lepak itu kira aktiviti wajib bagi gua bertiga melepaskan lelah lepas seharian bertungkus-lumus mencari sen untuk minum teh sama rokok hari-hari. Nak kaya pergi join MLM. Setakat job kampung nak buat nikah pun entah berapa tahun menyimpan.

Lepak punya lepak sambil sembang-sembang kosong campur sikit-sikit pasal kes Israel sama Palestin, lagi isu pasal surat khabar kena bakar tiba-tiba tekak gua rasa macam perit-perit. Isyarat macam tu gua sudah tahu. Maknanya tekak gua sudah minta teh tarik Kak Melah Janda anak dua. Tapi gua diam lagi, tunggu Usin sama Sudin berbunyi. Memang biasa macam itu, sebab yang berbunyi kadang-kadang kena payung tebel.

Gua mula buka mukaddimah bab minum teh ni,

“Usin, din, lu orang ada dengo sesuatu tak,” sengaja gua sebut dua-dua nama. Tapi dua-dua diam. Padahal gua memang minta salah seorang jawab. Pasal itu gua sengaja sebut dua-dua nama.

“Mak gua cakap kalau dengo bunyi-bunyi pelik dekat pinggir hutan macam gini jangan tegur,” terang Usin panjang lebar sambil kepala toleh kiri kanan. Sudin pun sama. Tak pasal-pasal bukak cerita mistik. Perangai macam Tamar Jalis.

Gua pun diam. Buat-buat seram macam dia orang juga. Macam haram stail.

“Otak lu, gua haus la, jom la minum,” gua mula rasa tak sedap hati bila ada bunyi ranting patah macam kena pijak.

“La, cakap la awal-awal,” ujar Sudin lalu bangun dan berdiri sambil menepuk-nepuk punggungnya yang dilekati pasir. Ah, gua agak dia pun gerun juga dengar bunyi ranting patah kena pijak tadi. Sengaja nak kaver-kaver konon macam tak ada apa-apa. Tapi gua malas tegur, tak cantik la malukan dia depan budak Usin ni. Antara kami bertiga Usin ni la yang paling penakut dengan mulut paling cabul.

Tapi gua tengok Usin bergegas bangun juga.

“Jom-jom,” getus Usin sebaik sahaja dia tengok Sudin bangun tepuk bontot. Cis, melampau betul stail takut budak Usin ni rupanya.

Memandangkan dua-dua kawan gua sudah bangun, gua pun ikut bangun juga. Sengaja gua bangun last-last nak bagi nampak macam macho sikit. Padahal takut juga.

Usin cepat-cepat jalan dengan diekori oleh Sudin di belakang. Gua macam biasa, orang paling macho mesti belakang-belakang. Benda-benda mistik ni selalunya muncul dari belakang. Jarang sangat dari depannya.

Dua orang kawan gua itu menonong sahaja jalannya. Sampai gua pula rasa was-was ke mana arah tujuan sebenar mereka berdua. Gua terkesima melihat kelakuan mereka. Ceh, bahasa tak boleh blah.

Dalam asyik mereka menonong itu, gua tegur la kawan gua dua orang ni yang gua syak sudah kena sampuk dengan hantu stail menyakat pijak ranting.

“Wahai kutu kampung berdua, apa tujuan asal kita tadi sebenarnya ya?” tanya gua. Sengaja gua kuatkan suara arah perkataan kutu kampung berdua tu, biar mereka sedar bahawasanya tindak-tanduk mereka itu boleh mengundang syak wasangka dari penduduk kampung.

Usin dan Sudin tiba-tiba berhenti dari melangkah secara mengejut sebaik sahaja gua habis ucap ayat tadi. Kelam kabut juga gua mengelak dari terlanggar mereka berdua. Tak menyokong kempen keselamatan jalan raya langsung. Jualan lansung sapot pula. 1Malaysia la sikit. Asyik-asyik Ibrahim Ali sahaja.

Usin pandang belakang. Sudin belum lagi.

“Ada apa-apa ke?” getus Sudin dengan kepalanya masih seteret mengadap ke depan.

“Cis lu,” ujar gua dengan sopan seiring dengan kempen “budi bahasa budaya kita” yang sedang rancak diperkatakan dewasa ini.

“Apa yang cis?” tanya Sudin. Masih lagi dalam posisi yang sama sejak sepuluh minit tadi. Gua syak dia memang sudah kena sampuk dengan hantu stail menyakat pijak ranting tadi.

“Jangan layan dia, dia pun makhluk tuhan juga macam kita,” kata Usin yang kelihatan angin semacam dengan gelagat Sudin yang memualkan itu. “Sudahlah, lebih baik kita sambung semula agenda kita yang tergendala sebentar tadi,” sambung Usin lagi. Ayatnya, bagi gua yang selalu dengar dia bercakap sebenarnya agak lain macam juga. Tapi gua malas tegur deret.

Setelah di kira sebab musababnya, selamba gua tanya, “Apasal ayat lu lain macam, macam tak boleh blah je gua dengar?”

“Biasa, globalisasi,” jawab Sudin simpel tapi nais. Gua tepuk dahi. Gua syak dua-dua orang kawan gua ni sudah kena sampuk dengan hantu stail menyakat pijak ranting. Seketika kemudian baru gua tersedar dari khayalan yang panjang, apakehalnya panjang sangat nama hantu stail menyakat pijak ranting tersebut. Adakah gua juga telah mereng disampuk hantu tersebut. Gua terkejut sekali dengan situasi cemas yang dihadapi oleh kawan-kawan dan gua sekarang ini.

Bunyi jampuk mendayu-dayu, bersama remix lolongan anjing dari kaki bukit menyanyi merdu yang kedengaran seperti latihan kuayer sekolah cina. Mungkin berlatih pitching untuk pertandingan menyanyi. Ah. Apahal ayat lain macam?. Gua sudah mula risau. Malas la gua nak habiskan cerita ini. Hehe. Gurau je.

Gua sudah syak lain macam, mungkinkah kami bertiga sudah disampuk hantu stail menyakat pijak ranting tersebut. Bagaimanakah masa depan kami bertiga selepas ini?

Ah. Pedulikanlah. Getus hati gua sendiri. Buat apa fikir banyak-banyak pasal alam mistik ni. Esok lusa gua text la Syed Hussein Al-Attas tu, yang budak-budak Entiti Bukti tu, tanya khabar.

“Sin, lu ada rasa lain macam tak,” tanya gua kepada Usin yang sejak dari memberhentikan kaki secara mengejut tadi sampailah sekarang masih duduk mencangkung sambil membelek-belek batu jalan.

“Gua haus la,” ujar Usin yakin. Gua tersentak. Sudin tersedak kemudian terbersin dengan tiba-tiba.

“Alhamdullillah,” ucap Sudin sebaik sahaja selesai bersin. Gua tengok muka Sudin berubah selepas bersin. Husin tiba-tiba tersenyum sendiri.

“Tadi kata nak minum, jom la,” kata Sudin seteret tu de poin. Gua sekadar mengangguk lesu. Gua pandang Usin, dia pun sama angguk.

“Jom,” ujar gua ringkas. His, susah dapat kawan-kawan mereng macam mereka ini.

Kami bertiga pun meneruskan perjalanan menuju ke gerai yang sudah tidak jauh dari tempat kami berhenti melepaskan lelah sebantar tadi. Dalam perjalanan yang tidaklah panjang, tidaklah pendek itu kami berborak pasal isu-isu yang tidak langsung menyentuh hal-hal sensitiviti perkauman mahupun politik. Borak kami sekadar berkisar tentang aktiviti seni yang berlegar-legar di alam saiber sahaja. Tidak lebih dari itu.

“Sin, gua dengar cerita Tok Ketua sudah layan pesbuk,” kata gua membuka topik perbualan.

Usin mengangguk lemah.

“Mak gua pun sama, sekarang ni mak gua goreng ikan bilis pun tak de belah-belah dah,” kata Usin dengan nada yang sedih.

“Sori,” ujar gua rasa bersalah kerana membangkitkan isu ini secara tidak lansung dan menerbitkan rasa sedih kepada Usin.

“Tu la pasal, pesbuk punya hal sekarang bapak gua menoreh pun tiga empat baris saja, lebih tu dia tinggal kat gua setelkan,” sampuk Sudin dengan nada tidak puas hatinya. Sebenarnya Sudin ini jarang sekali beremosi sebegini rupa.

“Peh, melampau la tu,” kata gua dengan penuh semangat membakar amarah Sudin.

“Tu la pasal,” Sudin angkat kepala pandang langit dengan dahi berkerut, “dah dua kali gua cakap tu la pasal, yang gua tak puas hati bukan pasal menoreh, yang tu gua tak kisah lagi pasal income masuk kat gua,” sambung Sudin selamba. Gua syak dia memang sudah mereng.

“Dah tu?” tanya gua yang diselubungi pertanyaan bertimpa-timpa. Gua memang tak boleh tertanya-tanya ni. Nanti gua jadi macam Hulk.

“Gua tak puas hati la pasal Mafia Wars dia dah level 224, tambah lagi mafia family dia saja dah cecah 210,” terang Sudin panjang lebar.

Gua dengan Usin dengar melopong.

“Mak gua layan Farmville,” kata Usin, lantas menghela seketul nafas keluhan, “Ayam kampung, itik telur, kambing susu, sekarang semua gua yang hendel,” sambung Usin dengan nada meminta perhatian.

Gua sekadar geleng kepala perlahan.

“Habis, Tok Ketua apa cerita?” tanya gua lantang.

“Adik gua cerita semalam, masa sebelum tidur, gua memang tidur sebilik dengan adik gua,” terang Sudin. Belum sempat dia sambung cerita, gua tepis.

“Cerita pasal tok ketua la kutu, bukan pasal adik lu,”

“Tu la yang gua nak cerita, adik gua cerita dekat gua, masa dia nak minta sain borang apejadah entah itu hari, Tok Ketua sain sambil mata pandang laptop,” gua dengan Usin dengar melopong lagi sekali. Tok Ketua pun sudah saiber-saiber. Gua ingat lepas ini mesyuarat JKKK sama mesyuarat Belia semua pakai pesbuk.

Mak-mak masak lauk sambil onlain pesbuk pakai notebook dekat tepi dapur. Bapak-bapak layan wallpost Anwar Ibrahim sambil betulkan mata racik ayam. His.

Seketika kemudian kami bertiga tersenyum serentak.

“Orang kampung ni semua sudah saiber-saiber belaka,” ujar gua dengan ekspresi wajah bangga.

“Tu la hal,” sambung Usin. Sudin melangkah tenang sambil bersiul-siul perlahan. Gua pun sama. Sambil-sambil tu gua usya Usin takut-takut dia buat perkara yang sama macam gua dengan Sudin buat. 

“Saiber-saiber ni sebenarnya ada baik ada buruk dia,” ujar Sudin semangat dengan gaya seorang pemidato handalan. Gua tunduk kepala, sepak batu-batu kecil atas jalan. Usin singgah tepi jalan petik daun kapal terbang.

“Hati gua terluka,” kata Usin sambil meramas-ramas daun kapal terbang tersebut sehingga hancur dan getahnya yang kehijauan meleleh di celah-celah jari Usin sendiri. Takkan jari Tok Ketua pula.

“Ini lah ubat terbaik kalau luka, arwah atuk gua kata,” sambung Usin selamba.

“Otak lu,” sumpah gua dengan perlahan. Sudin pandang aku.

“Ceh, bila masa lu orang tukar topik,” getus Sudin pula apabila terdengar sedikit sumpahan dari gua yang ditujukan untuk Usin.

Begitu cepat masa berlalu. Tahu-tahu sahaja kami sudah di kedai Kak Melah janda anak dua. Sekali imbas dari pintu masuk gerai yang bertaraf 84 bintang kampung ini, gua nampak ada poster baru di dinding gerai. Kalau tidak poster ceramah politik mesti poster funfair baru buka.

“Sin, ada funfair,” kata gua semangat sambil bibir memuncung ke arah poster baru didinding. Usin dan Sudin bergegas ke arah tempat yang Gua tunjukkan pakai bibir tadi.

“Fanfair jadahnya,” kata Usin hampa. Gua datang dekat dengan mereka berdua.

-FREE WIFI AVAILABLE HERE-

Gerai Kak Melah janda anak Dua

“Cis,” kata kami serentak bertiga. Gua tengok Usin. Usin tengok Sudin. Sudin tengok gua. Tiga-tiga senyum kambing.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Em, saya faham mesej yang saudara cuba sampaikan tetapi jalan ceritanya sedikit bersimpang-siur, bercampur-aduk, berlibang-libu. Tetapi masih boleh difahami...
  • 2) sekarang kat mana2 leh jumpe wifi..nenek pun leh layan fesbuk dah..

Cerpen-cerpen lain nukilan Sekopi

Read all stories by Sekopi