Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Wafaq Buat Pika

Cerpen sebelumnya:
Kepada Michelle: Jika Aku Berpindah Saat Kau Kembali, Pohon Mangga Itu Telah Ku Lantik Sebagai Ganti Hatiku (Bah. 2)
Cerpen selanjutnya:
Kisah Hati Terluka - Produser


Kolopin sedar dia mencintai seorang gadis yang bernama Syafika. Jiran kirinya yang berusia 16 tahun.Rumah mereka sangat dekat kerna disusun oleh plan pemaju berkonsepkan teres. Tapi Kolopin merasakan dia sangat jauh dengan gadis itu. Dia sangat malu untuk menegur apatah lagi bertepuk tampar atau bermain bola tampar bersama di waktu petang.

Maka, seorang kawan Kolopin yang sekelas dengannya memberitahu Kolopin bahawa dia boleh menulis sepucuk surat kepada gadis itu. Meski Kolopin mempunyai seketul telefon bimbit jenama Konia, Kolopin tahu bahwa mesejnya takkan dibalas walaupun dia menghantar sejuta mesej cinta. Kerna, Syafika sudah tahu isihati Kolopin sejak dari dulu lagi. Cuma syafika tak sudi. Mesej sudah tidak berkesan.

Ape ai lebiu ai lebiu ni?? Hish geli aku laa...ko ade hati kat aku?? Sory eh Pin, aku tak suka kat ko la..ko cermin la dlu diri ko tu..

Kawan Kolopin yang bernama Panton bin Pintu berkata melalui khidmat ‘esemes’ ;

Pin..aku ade satu cara utk ko mgorat Pika..nenek aku yg aja. Dia kata ko kene tulis surat cinta kt dia dalam bentuk analog. Maknanya tulis atas kertas la..pastu ko telangkup dengan gelas kaca. Ko benamkan dekat tanah bawah pokok dekat taman pemainan kawasan umah ko tu. Pika ade situ kan ptg2? Nenek aku ckp masa ko tulis tu, bwh surat ko tulis mcmni..;

"*(bintang lima) , waw , ha , IIII , # , mim , III , * (bintang lima)"

Nanti mesti Pika tu akan suka dekat ko. Ko cuba la buat Pin..mana tau jadik.

Tanpa berfikir panjang, Kolopin terus menulis sepucuk surat di atas kertas buku tulis kimianya.

Pika..

Aku suka kat ko..aku taktau knapa aku suka sgt dekat ko..kenapa ko tak duduk sebelah aku eh dlm kelas? Kenapa ko sanggup pindah kelas eh? Sbb aku ke Pika?

Kalau ye pun ko tak suka kt aku, knapa mesti sampai nk pindah kelas? Ko tau tak ko dh buat aku sedih?

At least, ko ckp la baik-baik pika. Aku boleh terima , aku boleh faham. Aku tak sangka smpai cmni sekali ko wat kt aku.smpai hati ko kn Pika.

Aku harap kita boleh jadi kawan. Kawan baik.

Apa-apa pun, aku tetap nak bgtau ko Pika, aku cintakan ko. Ko cinta pertama aku Pika.

p/s ; aku taktau apa patut aku tulis, sbb aku bukan bg dekat ko pun surat ni.

Ikhlas,

(tandatanganyangburukamatberbentuksepertikudalautsedangmenarichacha)

Kolopin bin Sardintin


 Esoknya seperjalanan ke sekolah, Kolopin membenamkan surat itu dengan gelas kaca di tanah bawah pokok Rhu gergasi di hujung kawasan bertulis ‘ TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK’.

Dia pun meneruskan jalankakinya.

****

Dua hari berlalu, ternyata tidak ada apa-apa yang berubah. Syafika masih seperti biasa. Menjauhkan diri dari Kolopin bila terserempak.Kolopin berasa sangat sedih dan mulai menghantar mesej balas pada kawannya si Panton.

‘Weh.., aku dh wat mcm yg ko ckp tu kelmarin. Tak jadi apa-apa pun. Nenek ko tu menipu kot Ton?

Tet,tet..tet,tet. Mesejnya dibalas.

Ohh..ko dah wat ke? Apasal tak bgtau aku Pin..? surat tu akan berkesan dlm masa 3 hari la. Maknanya esok ko pegi bukak tengok surat tu. Kalau ada orang balas, maknanya ko dh bjaya la..

Ade org balas? Maksudnya??

Tet,tet..tet,tet.

Maksudnya, Pika dh kene ilmu ko wat kt dia. Dia akan balas surat ko tu tanpa dia sedar. Dia seolah-olah akan tau ko letak surat tu kt taman..Maghrib esok ko cuba la g tgok..

Ko bia betul Ton..? mcm best je aku denga ko ckp ni..hehe. ok esok ptg lpas balik skolah aku tengok surat tu..’

****

Kolopin terkejut beruk bila saja dia melihat surat yang dia tulis kelmarin sudah bertukar menjadi surat lain. Tulisan tangan seorang gadis berbunyi :

Pin..

Aku mintak maaf sgt dekat ko sbb aku buat ko sedih. Aku tau aku tak patut buat mcmtu.

Dan,

Aku taktau la knpa sejak 2,3 harini aku dah rasa mcm aku kene rasuk. Aku rasa mcm ade sumthing buat aku rasa suka dekat ko..entahlah Pin..

Apa-apa pun kan..apakata esok petang kite jumpe nak kt taman? Pukul 3. Kosong .Sebab kalau petang pukol 5 ramai budak-budak dah main. Diorg dh balik sekolah agama.

Hehe..set eh Pin.

Aku suka la kt ko.

p/s : betul kot ckp org, benci-benci lama-lama suka. Ok, aku malu..~ huhu

Ikhlas,

(tandatanganyangbanyakalayarkapalulangulanghujungsekaliadabintang)

Syafika binti Selamat’

Muka Kolopin penuh dengan senyuman gembira.Dadanya berbunga-bunga.

****

Petang itu, sepulang dari sekolah Kolopin terus menunggu Syafika di salah satu buai. Dia bernyanyi-nyanyi seorangan. Seperti yang dijanji -pukul 3.

Dia Nampak sebelah kaki masuk dari hujung anakmata. Kolopin terus memaling ke sebelah kanan.Syafika benar-benar datang dan duduk di buai sebelah. Kolopin berasa sedikit gementar.

Gadis itu tersenyum sambil memegang tali rantai buai. Berbaju sekolah.

‘Hai Pin..!’

‘Err..hai…Pika..’

Belum sempat Kolopin menenangkan diri, gadis itu terus meletakkan tapak tangan di atas pahanya. Kolopin mula menelan airliur yang seakan kering ditekak.Dia ada rasa macam nak terberak. Tapi terpaksa tahan. ‘minah ni belum apa-apa dah raba aku pulak ..!’

‘Pin..aku suka la dekat kau..lama-lama aku tengok kau, aku rasa kau ni hensem. Dengan misai kau..hidung mancung, rambut kau..macam Superman pun ada..’

‘Err..yeke macamtu Pika? Aku takde la hensem pun. Manis ada la kot..hehe..’

Tangan Syafika mula menggosok-gosok paha Kolopin yang tak berapa ada isi. Kolopin mulai rasa gelisah. Nafasnya berombak-ombak.’power betul ilmu si Panton bagi aku tu..stim beb ..stim..!’

‘Pin..’ Syafika mulai melutut di depan Kolopin. Kedua-dua tangannya kini menggosok-gosok kedua-dua paha Kolopin. ‘Ahh..Sudaaahh..! apa pulak minah ni nak buat ni??’

TIBA-TIBA..

BwuuuhhhhFFFF…!!!! Wooouuuhhfffff..!!!

Api besar terbit dari tangan gadis itu. Besar. Paha Kolopin terbakar tanpa ada minyak tanah dan mancis.

‘ArrrrrGggggggggghhh!!!! Aaaappppppppiiiiiiiii..!!!! apa kau buat dekat aku ni Pika??? AAarrrgggghhh!!!’

Sepantas kilat Kolopin nampak gadis itu hilang. Seperti ditelan udara sekitar. Dan sepantas kilat juga api yang membakar kedua paha Kolopin marak dan membakar seluruh tubuhnya. Perut naik ke tangan, dada naik ke muka dan kepala.Kolopin tidak sempat berbuat apa-apa melainkan terus-terusan menjerit sekuat hati dan akhirnya jatuh tidak bernyawa. Api itu membakar Kolopin sehingga ke tulang. Kolopin mati menjadi abu.

****

Seminggu kemudian..

‘Bodoh betul kau Pin..hahaha.. Langkah mayat aku dulu la kalau kau nak mengurat Pika..’

Panton bin Pintu tergelak kecil melihat poster yang ditampal di salah satu tiang elektrik di kawasan rumahnya bertulis;

‘SEORANG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH HILANG. TOLONG BERIKAN MAKLUMAT JIKA ANDA BERJUMPA DENGAN BUDAK LELAKI INI’

(cerita ini hanya fiksi. tiada kaitan dengan yang masih bernyawa atau sudah putus nyawa atau sedang tercungap-cungap kepenatan.)

 

Cerpen sebelumnya:
Kepada Michelle: Jika Aku Berpindah Saat Kau Kembali, Pohon Mangga Itu Telah Ku Lantik Sebagai Ganti Hatiku (Bah. 2)
Cerpen selanjutnya:
Kisah Hati Terluka - Produser

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.8
4 Penilai

Info penulis

Rizzy

kurap yang mujarab. 
Rizzy | Jadikan Rizzy rakan anda | Hantar Mesej kepada Rizzy

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Rizzy
Tersangkut (Filem Pendek) | 7892 bacaan
Pak Kadiyag | 20322 bacaan
"Kasim"hannya Beliau | 2068 bacaan
Kiting Ke Kedai | 2518 bacaan
Soalan Gudun | 2946 bacaan
Denganmu Kutenang | 2349 bacaan
Kepala Monitor Alpetoh | 2147 bacaan
PCB#2 : Monolog Niraq | 2168 bacaan
Kau Suka the Cerpen (feat. Paktam) | 3658 bacaan
Tangisan Dodo | 2372 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

11 Komen dalam karya Wafaq Buat Pika
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor


Kapasitor Bookstore

The Eternal Enemy

A VCR that could tape tommorrow\s news. Rela has just bought herself a new VCR. ...
Price: RM 3.00


Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik