Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kepada Michelle: Jika Aku Berpindah Saat Kau Kembali, Pohon Mangga Itu Telah Ku Lantik Sebagai Ganti Hatiku (Bah. 3)

 


Bahagian 1

 

Bahagian 2

 

 

Perlahan-lahan aku berhenti mengunyah karipap berperisa kacang tanah kegemaranku. Tekaan aku tentang si buta sejak dari tadi sudah separuh tepat. Saat aku asyik mengunyah karipap berperisa kacang tanah tadi sambil mendengar ceritanya aku sudah dapat mengagak yang si buta ini hendak memberitahu aku sesuatu.

 

Adakah dia hendak memberitahu bahawa ibunya juga menyukaiku? Lalu dia dan ibunya sudah bersedia secara fizikal dan rohani untuk menerimaku menjadi sebahagian daripada keluarganya?

 

“Esok atau lusa kami akan membuat penyerahan”

 

Dia ketawa kecil sedangkan aku tiba-tiba diselaputi kehairanan dengan susunan kata-katanya yang semakin kabur maksudnya. Tekaanku tentang si buta ini meleset.

 

“Tak tahu bagaimana mahu beritahu saudara tentang ini. Saudaralah orang pertama yang saya pernah bercakap selain daripada ibu saya semenjak pindah ke sini”

 

Itu memang jelas kelihatan sejak dari mula lagi.

 

 “Saya dan ibu bukan tidak mahu bercampur dengan orang-orang di sini. Cuma kami rasa tidak layak”

 

Tidak layak? Kerana kami tinggal di kawasan yang longkangnya sering tersumbat?

Tidak layak? Kerana kami tinggal di kawasan yang selalu lecak bila hujan lebat?

Tidak layak? Kerana bumbung rumah kami sering kali terbang ditiup angin ketika bila ribut menyerang?

 

Aku mula membayangkan wajahnya seperti Encik Lalo yang sedang melahap kesemua karipap berperisa kacang tanah kegemaranku dan sudah bersedia untuk menumbuknya. Ironinya, dia ketawa kecil lalu menyambung kembali bicaranya.

 

“Semua yang ada di sini, semuanya sungguh baik. Kami tidak layak!”

 

Aku tersandar di kerusi. Kali ini si buta ini memang benar-benar aneh. Banyak sungguh kiasannya!

 

“Maksud anda?”

“Senang cerita, saya ringkaskan sahaja. Mungkin esok atau lusa. Err...mungkin esok jika segalanya berjalan lancar saya dan ibu akan menyerah diri. Tiada lagi kami di sini. Tiada lagi wanita tua dan si buta yang mengambil tempat asal anda di kedai kopi Puan Biyanka ini. Tiada lagi”

 

Si buta itu terus menyambung.

“Kami datang ke sini untuk menenangkan diri. Mencari penyelesaian ke atas masalah kami yang sudah bertahun memakan diri sendiri. Kami mahu menyerah. Tiada lagi permainan sembunyi-sembunyi. Kami akan angkat bendera putih!”, sambungnya panjang lebar.

“Maka?”

“Saya tidak tahu mengapa saya memberitahu semuanya ini kepada saudara. Mungkin sebagai pelepas beban sementara. Saya mahu esok pagi kami bangun dan menyerah dalam keadaan yang rela. Pada masa itu, saya yakin sayalah manusia yang paling tenang ketika itu”

 

Pening! Pening!

 

“Jadi, apa masalah anda sebenarnya?”, aku mula meninggikan suara.

“Jika saya dan ibu melakukan penyerahan pada esok pagi. Saudara boleh tahu ceritanya pada lusa nanti.”

 

Lalu, si buta itu bangun meninggalkan aku yang semakin pening dengan kata-katanya. Saat dia mula menarik pintu depan kedai kopi Puan Biyanka, dia berpaling semula ke arahku.

 

“Ibuku mengirim senyum kepadamu. Jika kau ingin tahu, namanya Michelle”

“Misyel”, aku mengulang kembali.

“Bukan Misyel. Michelle, dengan ejaan cara barat. M.I.C.H.E.L.L.E”, dia mengeja nama ibunya satu persatu.

 

Aku tidak sedar aku mengangguk laju kerana yang mengawal diriku kini adalah dadaku yang bergemuruh, bukan lagi otak yang waras.

 

Michelle dengan ejaan cara barat. M. I. C. H. E. L. L. E.

 

Lusa tiba. Aku tidak perlu mendengar cerita daripada mana-mana mulut pun di kawasan perumahan teres kos rendah ini terutama daripada Anjelika. Akhbar pada hari itu telah memberi penerangan yang jelas tentang apa yang diberitahu oleh si buta itu kelmarin.

 

Siapa sangka wanita tua yang tinggal setentang dengan rumahku itu pernah membunuh keempat-empat orang suaminya menggunakan pembunuh upahan. Siapa sangka seorang lelaki buta yang berbual-bual denganku kelmarin adalah seorang pembunuh upahan yang diupah oleh ibunya sendiri.

 

Siapa sangka juga Michelle yang pernah (dan masih) bikin gemuruh dadaku ini membunuh kerana satu ‘benda’ yang paling menyelerakan di dunia ini – Wang! Dan ianya adalah alasan yang sangat klise untuk sebuah cerita yang sangat panjang seperti ini. Mungkin juga Michelle ingin membenarkan pepatah bahawa wang selamanya berbau harum walau dari mana pun asalnya.

 

Aku keluar dari rumah seperti biasa menuju ke kedai kopi Puan Biyanka dan bersedia untuk mendengar cerita-cerita daripada mulut Anjelika. Sambil-sambil itu sempat juga aku menjeling ke arah pohon mangga di hadapan rumah Michelle yang tiba-tiba mendendangkan sebuah lagu.

 

Michelle, my belle.
These are words that go together well,
My Michelle.

Michelle, ma belle.
Sont des mots qui vont très bien ensemble,
Très bien ensemble.

I love you, I love you, I love you.
That's all I want to say.
Until I find a way
I will say the only words I know that
You'll understand. *

 

 

Memang kalian tidak bersetuju denganku, namun kadang kala sebatang pohon mangga sememangnya menjengkelkan. Benar-benar memahami perasaanku!

 

 

-TAMAT-


 

Nota

 

*Sebahagian lirik yang terdapat dalam cerpen di atas adalah daripada salah sebuah lagu The Beatles yang masyhur – “Michelle”

 


Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) woooooohhhhh
    habis juga cerita ni.
    ah.. kamalia si penulis indie.

    pembinaan latar dan watak dia kelas!
  • 2) character driven yang diaplikasikan di dalam cerpen atau novel biasanya akan lebih teratur berbanding penulis yang bergantung kepada plot. ini kerana watak itu yang memandu plot. watak seperti yang kita tahu adalah subjek atau objek yang sudah lengkap dengan latar belakang. itulah kepentingan membina watak sebelum menulis.

    seperti selalu, kamalia adalah di antara penulis kegemaran aku.
  • 3) aku pun!
  • 4) oh, terpesona sebentar. saya sangat suka teknik penceritaan yang ditonjolkan. inciting incident (turning plot) ya menjadi.
  • 5) build up story memang ku akui membuatkan ku nak baca lagi dan lagi...!! Ku terfikir [pendapat barangkali], mungkin jika dibiarkan watak "aku" terus dengan tanda tanya tanpa memberi tahu misteri tentang michelle dan anaknya, pengakhiran akan berada pada puncak climax cerita dengan membiarkan pembaca tertanya tanya dan membuat andaian sendiri tentang siapa mereka...

    tapi, ini cerita kamu.. dan [thumb up] saya puas membaca. terima kasih

  • (Penulis)
    6) caha: terima kasih
    ben: sebenarnya aku nk bgtau ni, aku tak pnah bina watak @ plot utk cerita2 aku sbb aku tak pndai buat cmtu. aku just guna keyword cth utk cerita ni - pokok mangga, buta, kopi

    ridh: terima kasih
    status: kalau aku tak reveal siapa michelle & anak dia, aku pulak rasa tak best! hahaha! (ni adalah kes cerita syok sendiri). tq!

Cerpen-cerpen lain nukilan kamalia

Read all stories by kamalia