Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

650 hari

  • 3
  • hadry
  • 14 years ago
  • 3,041
  • FREE

 

Susah nafasku untuk tidur pada malam hari, bersilih ganti imagi-imagi bermain di dalam minda. Entah mengapa aku runsing sepanjang 650 hari. Dadaku sesak tika tanganku mengenggam jiwa lara ini, aduh...seksa hidupku ini. Semalam, aku teman Dilah mencari rumah sewanya sampai ke hujung Puchong, kelmarin dia berjaya dengan temuduga di Bandar kinrara. Aku rasa sungguh tenang dan syukur untuk memikirkan pasal dia. Sepanjang hari-hari dia berada dekat denganku, hampir lupa aku dengan kusutan hidupku...tenang, tempoh untuk aku bertenang seketika sahaja.

Pagi tadi aku teman dia ke Perhentian Putra, sebelum itu pukul 6 pagi....aku terjaga sendirian di ruang tamu.

"Apahal, sakit nk mampus kepala aku ni" detik marahku tika tersedar. Terus aku duduk menyendiri di sofa sambil melihat sekeliling yang samar-samar gelam. Mengelamun aku sekejap...mata ku bulat terjaga tetapi buta secara realitinya, mindaku berkata-kata bersama hatiku bagai perbalahan yang aku sendiri tidak tahu puncanya.

"Gila dah ke aku ni?" meracau sekejap aku sendiri pagi-pagi buta.

Emosi kalau diganggu dengan kekusutan hidup kita memang perit. Belum campur lagi dengan adegan-adegan yang mendatang nanti.

"Parah dah aku ni" detik sendiri. Terus aku bingkas pergi ke bilik air untuk basuh muka, selang sejam lepas itu ditengah-tengah konflik ruangan jiwa aku itu, azan berkumandang.

"Aduh!! dah start dah hari ahad ni, subuh pastu zohor pastu maghrib pastu isyak...aduh sekejapnya masa dunia ni" Sambil tangan ku memegang kepalaku memikirkan hari-hari yang akan berlalu seperti debu...kering, panas, gusar...

"ahhh! SIALL" Tertekan aku waktu itu. Ikutkan hati aku memang aku buat bodoh sahaja seperti mana aku telak aku lakukan sepanjang 650 hari lepas. 

Langsung aku lepaskan solat, dengan kepala aku melayang, melayan jiwa aku yang kusut ini.

"B...you tak semayang ke tadi, dh nk kul 9  setengah ni jap gi....tertinggal lak bas i nanti" Kejut Dilah kepadaku.

"mmm" Mata kuyuku tak mampu untuk hadap hari yang ke 651. Gegas aku siap untuk hantar Dilah, kereta pula yang menjadi masalah ku. Sepanjang jalan aku menghantar dia bercampur aduk dengan kekusutan aku itu, meleter aku sepanjang perjalanan, bertengkar....yang aku sendiri tidak tahu penyebabnya.

Sekali itu, Dilah pandangku dan berkata "B....2 tahun you ni...belum lunas lagi dengan apa yang you dah buat 10 tahun lepas...sabarlah ok. i sayang you"

Terdiam aku sebentar....mungkin benar. Aku patut bertenang dan memenangi ujian ini. InshaAllah, jalan aku pasti terbuka kelak. Waktu itu nanti, pasti aku senyum dan menjadi orang baru.

`amin yarabal' al lamin` 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) adalah ini cermin cerita kehidupan ko?Dilah lg ni wataknya..

  • (Penulis)
    2) teman sejiwa ku....^^
  • 3) sabar la ye.. good work hadry, keep it up..

Cerpen-cerpen lain nukilan hadry

Read all stories by hadry