Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

SEMPENA RAMADHAN..INILAH UJIAN BUAT "KITA"

 

Ramadhan 2009...

banyak yang aku lalui sepanjang ramadhan tahun lalu yang masih segar dalam ingatan sehingga kini. mana mungkin aku lupakan. Orang kata tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula..........

ramadhan tahun lalu meninggalkan aku 1000 erti. Ramadhan lalu ingat lagi aku dan "dia" sama-sama berbuka di saloon nya di Dwi Tasik Bandar sri permaisuri cheras. itulah kali pertama aku berbuka dengan teman bernama "lelaki". maklumlah aku ni jenis orang yang payah untuk mengenal hati budi insan bernama lelaki. namun 2009 aku membuka sikit demi sedikit hati ini agar aku mengenali apa yang orang kata fitrah bagi setiap insani..

pertemuan kami bukan hanya berdua. setiap pertemuan diiringi oleh teman-teman..

seterusnya macam biasa aku bekesempatan berbuka dirumahnya di TAMAN MEDAN PJ..macam biasa ditemani teman-teman juga bukan kami berdua. kerana aku pegang kata-kata apabila berdua akan ada org ketiga...kalu boleh elak kita elak..ALHAMDULILLAH segalanya berjalan lancar..mungkin niat baik..pasti diakhirnya pun baik..

panas bukan ke petang...

entah dimana silapnya, keegoan dan kesabaran hilang dan terus menguasai diri. perhubungan yang diharap-harapkan putus ditengah jalan..

.....................................................................

........................................................................................................................

..................................................................

maaf ambil masa untuk termenung seketika.. mengamit kembali kenangan ramadhan 2009 yang tak akan aku lupa sampai bila-bila.

kini ramadhan 2010 akan menjelma. setiap kali melalui PLAZA DWI TASIK kenangan pasti menyentuh.

ADUH!!! mungkin ini ujian buat aku dan dia..

agar sama-sama kuat harungi setiap ujian. aku tahu dan berkali-kali aku ingatkan padanya yakinlah ALLAH ada janjinya. Ada insan yang lebih baik buat dirinya dan orang itu ternyata bukan AKU!!!!

seminggu sebelum puasa aku ada kirimkan sms buat nya. mohon maaf atas kesilapan lalu. walaupun tiada sebarang balasan aku tidak melatah.. bagiku biarlah yang manis tetap aku simpan sebagai kenangan dan yang pahit aku kutip jadikan pengajaran.

sehingga kini, tatkala kehadiran RAMADHAN ingatan pada masa lalu pantas menerpa.

biarlah yang lepas tetap hidup sebagai kenangan.

sukar untuk aku gambarkan perasaan ternyata hanya aku dan dia sahaja yang rasa..

benarlah INILAH UJIAN BUAT KITA..

 

SALAM RAMADHAN untuk seseorang..

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Autobiografi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1)
    cinta memang begitu.
    alhamdulillah saudari mengelak dari berada bersama berduaan. bila terjadi begini tidaklah melopong mengenangkan nasib diri. hihi.

    entri ini klasifikasinya pada saya berada di grey area. nak kata cerpen pun ada rupa, nak kata blog (komuniti) pun boleh.

    cuma kalau saya, saya akan pos di seksyen blog

  • (Penulis)
    2) salam pagi RAMADHAN & Thanks cahatomic..sory if ada kelemahan pada diri saya & kelemahan pada penlisan kali ini. maklumlah budak baru belaja.. pasti banyak kelemahan & kekurangan. anyway thanks lagi sekali sebab memberi komen yg membina:-)
  • 3) terima kasih ye utk salam ramadhan ni..hehe.setuju dgn caha...
  • 4) Salam Ramadhan cik azueera.

    Manis sekali namanya.

    Em, saya kira ia ada iras cerpen cuma ia tidak terlalu dikembangkan. Jika diperincikan latar, watak dan perwatakannya, dan perluaskan plotnya, ia pasti jadi cerpen yang menarik. Tulisan dari hati, biasanya akan turut dirasai oleh hati yang membacanya...

  • (Penulis)
    5) thanks ridhrohzai dan paktam85.....

Cerpen-cerpen lain nukilan azueera

Read all stories by azueera
No stories.