Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Qurratul Ain

 

AMARAN: CERPEN INI HANYA SESUAI DIBACA UNTUK MEREKA YANG BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA. MENGANDUNGI BEBERAPA UNSUR YANG MENYEBABKAN TIDAK LAYAK DIKATEGORIKAN DALAM KATEGORI UMUM. SELAMAT MEMBACA DENGAN HATI YANG TERBUKA BUKAN DENGAN PERUT BERBUKA SERTA BUKAN TENGAH BERBUKA PUASA.

-----


“Qurratul Ain”

Ah, masih nama tu juga yang meniti di bibirku. Bayang wajahnya yang redup sangat memukau hati.  Kini, mataku menerima penangannya. Seminggu tidak mampu lelap. Ilmu apa yang dia pakai ni?Mungkin Minyak Junjung Seri Kayangan. Isk! Gadis berpurdah hitam itu benar-benar membuat diri aku tak keruan. Jelingan anak  mata birunya masih meminar di retinaku. Kenapa pertemuan kita bermula sebegitu?

Teringat waktu itu, aku tergesa-gesa ke kaunter untuk pulangkan buku. Tiba-tiba kelibat seseorang memotong baris. Geram betul aku dibuatnya. “Nak kata tak pandai baca, tapi belajar kat U. Minah ni memang nak kena sound. Nasiblah, Arab ke Pakistan ke , ada aku kisah? “. Imaginasiku menerbang tinggi betapa diri aku melompat setinggi siling kemudian kulempar dirinya bagai melempar frisby hingga melayang ke cakerawala.  Grrr…

Hello, u cross my line!” aku pantas memintas semula. Wajah kubengiskan. Memek muka aku ubah-ubah seperti kucing mahu menerkam tikus.Eh, tak cukup ganas. Seperti harimau mahu menerkam kambing. Roar!  Dia beranjak kebelakang seakan terperanjat.  Buku-buku dirapatkan ke dadanya. Dapat aku perhatikan setiap judul buku yang dipegangnya. "Ah, pelajar Usuluddin rupanya. Bukan ke sepatutnya dia bersifat berakhlak dan bersantun?"

Next!” laung suara dari kaunter. Aku terus memaling badan menuju kaunter tersebut. Perasaan perempuan berpurdah tu langsung aku tak peduli. Bukan masalah aku.  Saat aku beredar, dia masih lagi kaku berdiri di lane. "Ah sudah, menangis ke dia? Masak aku gini. Ah, biarlah. Bukan masalah aku."


*****


Bila fikir-fikir balik. Weekend ni aku tak ada buat apa-apa pun. Baik aku keluar dari terperuk dalam bilik ni. Kalau duduk ngadap internet je tak bagus juga. Erm, plan dulu nak pergi mana ni. Aku memetik jari. "Orite, pergi KLCC la.Boleh juga photoshooting." Lone ranger beginilah, nak ajak awek celah mana, seorang pun aku tak ada. Isk, sedih-sedih. Tak ada seorang pun minat aku ni. Hensem lebih kurang Hans Isacc. Macho kalah The Rocks. Apa yang kurang entah aku ni.

Perghhh, Ini yang aku malas! Betul-betul malas! Nak bawa kereta kompemlah jem K.L. Bazir minyak satu hal, tol lagi. Naik public transport macam ni pula. Kalau weekend macam semut orang kat komuter ni. Diorang ni tak pandai-pandai ke nak duduk je kat rumah?Sekali-sekala baru la keluar. Apa salahnya buat jadual berkala. Opss, kang marah pula budak-budak Kimia kang. Baik, sepatutnya mereka ini duduk saja di rumah hari minggu kan lebih tenang. Tak pun pergilah mana-mana Home Stay alami suasana kampung.

 Ingat ada perkhidmatan macam komuter ni legalah sikit tak perlu sesak-sesak naik bas. Rupa-rupanya sama je. Selalu aku baca surat khabar isu ni sering juga diutarakan tapi kenapalah sampai sekarang ni tak setel-setel juga. Isk-isk.

Good, baru saja aku menuruni anak tangga, tren mula beransur berhenti. Bunyi brek berlaga menyaring di telinga. Manusia-manusia yang keluar dari perut tren tak ubah seperti semut-semut kepanasan keluar dari sarang. Langkah aku percepatkan, kalau lambat alamatnya berjam-jamlah lepas ni aku kena tunggu.

“Cess! Full la pula. Terpaksa la aku berdiri. Siot, memang malang! Bukan dekat kot dari Serdang nak ke KL Sentral.”

Bunyi amaran pintu akan ditutup kedengaran. Aku mengemaskan kuda-kuda. Hah, kena ada juga kuda-kuda kang buatnya aku tersentuh sesuatu kang katanya aku mencabul plak. Bukan boleh buat main zaman sekarang ni. Sikit-sikit naik court, sikit-sikit saman. Kalau seribu dua ribu boleh lagi tahan dengan status student aku ni. Ni tidak, sekali saman amik ko Rm1 juta. Fuhh, kalau cabul tu saman tak ingat tapi yang rela tu free je. Hah, macam mana tu?

Sekejap. Kenapa semua mata menjeling aku? Diorang dengar ke aku bebel dalam hati ni? Aiks, kenapa aku seorang je lelaki? Ok. Aku dah faham. Ini Koc Perempuan! Dan, erks sebelah aku ialah kamu. Gadis berpurdah hitam mengangkat kening sambil?Tersenyum? Oh, aku hanya lihat matanya yang kebiruan. Perlahan aku senyum sumbing. Ngeh ngeh ngeh…


*****


                Aiseh, minah purdah ni lagi. Jem otak aku gini. Aku tengah baru nak jual minyak. Adeh, heboh tul dia dengan sepanduk dia tu.

“Starbrook sponsored Israel! Boicot!! We Don’t Need Starbrook! We Hate Israel!”

Bukan ke  ini tempat orang melepak minum-minum. Apa hal memekik melolong tengah-tengah panas ni. Potong stim betullah.Waitress yang aku baru nak ayat tadi dah beredar menuju kaunter. Tengok. Melepas peluang dah. Memang…eee… memanglah ni memang. Tuut!

Aku menuju ke anak tangga Starbrooks. Menghampiri gadis berpurdah tersebut. Aku tak takut. Buat demonstrasi begini kompem tak ada permit.

                “Why is always you?”  aku menuding jari telunjuk ke arahnya. Aku mengetap gigi keras. Dia mendapatkan rakannya. Aku tak takut. Panggillah sesiapapun. Sebagai seorang photojournalist part time kalau aku diserang aku boleh saman balik. "Erm, nak try?" Aku capai D90 yang tersangkut kat leher. Klik! Klik! Klik! Yes, superb composition!

                “Berhenti,  awak tak ada hak ambil gambar saya tanpa kebenaran!” pekik gadis berpurdah tersebut sambil tangannya tak henti-henti menghalang aku dari snap gambarnya. Erks, dia cakap Bahasa Melayu la.

                “Opss, I taught you Arabian,” aku berkata lembut. Kamera aku biarkan terjuntai di leher. Perlahan tangan aku hulurkan.  Mana tau bersambut. Biasa je kan salam-salam gini.

                “Hai, saya Ken Zaperto,” sapa aku sopan.

                “Tidak, awak bukan mahram. Sorry,” Si gadis berpurdah hitam terus meninggalkan kawasan tersebut bersama rakan-rakannya. Adoi, aku rasa macam tak logik. Aku datang je dia blah. Erm, takpelah malas nak fikir. Atleast, ye atleast aku dapat dengar suara dia. Yes, yahuuu! Yabeda bedu! Kenapa aku gembira sangat ni? Aiseh, takkan aku terpikat? Dengar suara je dah terpikat?  Alangkah.  Alangkah mudahnya aku jatuh cinta.

 

*****


                Hai macam ni la seksanya nak menulis cerpen. Macam ini. Erm, rasanya nak buat watak Qurratul Ain ni matilah. Tapi kan Ken baru je jatuh cinta dengan dia takkan plak dia mati. Ken dahlah Kristian jatuh hati pula kat Qurratul Ain yang Islam lagi cun melecun. Ni tambah list dalam adegan tak logik ni. Eh, tapi kan biasalah sekarang bercinta agama lain-lain.

OK. Baik, aku putuskan begini je: Ken mengugut untuk bunuh diri sebab frust cintanya tidak diterima keluarga Qurratul Ain tetapi demi menyelamatkan Ken,Qurratul Ain sanggup mengorbankan akidahnya demi itu. Sanggup! Kerana dia juga cintakan Ken seluruh nyawa. Sebab, sebab dia sudah pun hamil! Untuk mencapai ke arah ending itu nanti aku fikirkan. Walau aku malas fikir, tapi ni masalah aku. Kalau tak, aku tak graduate.

Kejap. Wait seminit! Kalau macam ini, mana pula la datang nama Qurratul Ain ni. Kan ke Ken Zaperto tu tak pernah tanya nama girl tu. Aiseh, girl tu pun bukan pernah sebut pun nama dia. Kan, kan, kan? Habis sampai ke sudah pembaca tak tahu sapa watak perempuan berpurdah hitam tu. Tapi tajuk aku bubuh Qurratul Ain. Ah, masuk lagi list tak logik aku. Oh, harus begini. Ken Zaperto jumpa purse gadis berpurdah hitam tersebut waktu dia bergegas meninggalkan kawasan demonstrasi. Dalam purse tu kompem-kompem ada ic, gambar dan macam-macam lagi. Rasa macam ni lebih clear.

Begitulah, jadi sekarang aku boleh tutup laptop. Mengantuk dah mata ni. Esok-esok la sambung. Lagipun next week baru nak kena submit assignment ni. Susah jugak buat cerpen ni! Esok mahu bangun pagi bersahur pula. Mengantuknya! Yang penting sekali, kena bubuh disclaimer bawah ni. Kang kena copy paste payah pula aku.


Cerpen oleh Al-Kapone

Bachelor Kesusasteraan Melayu, UVBM

1001001

Al-Kapone Bin Kapoor


 

bersambung...sila klik Qurratul Ain 2


 P/S: MAAF KERANA BI-ku YANG TERSANGAT LEMAH.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) oi!
    hehe ending yang mengundang sekehan dari aku ni. kau menodai harapan aku! cis cis.

  • (Penulis)
    2) alahai..kau kecewa ni yang aku tak sampai ati ni..aku nak lari dari klise tapi itulah..bila aku cuba lari..aku sukar nak cari arahnya..maksud aku nak menuju penamat tu..er.er aku kan budak baru belajar..tlg..
  • 3) paktam ni memang tau! nampak saja dekat e-mel ada cerpen baru dari paktam, terus saya singgah ke sini.

    hehehe... saya faham apa yang cuba disampaikan. ya, menulis bukan sesuatu yang mudah. ia satu proses yang memakan masa untuk menghadam setiap baris kata...
  • 4) ala paktam nih! nama watak dah cun dah!
  • 5) hehehe. dah dipanjang sikit eh ending tu. kiki.
    stended la paktam. penulis tersohor macam kau mesti la ekspetasi tinggi. kiki
  • 6) Bikin sinopsis dahulu lah baru tak tersesat ketika menaip

  • 7) maybe cerpen ni boleh di sambung kan lagi ke episode seterusnya...dah cun dah sampai until he meet dat girl...cube try buat adengan yang cam bile kite baca, terasa macam nak tau je endingnye camne....
    but still, idea untuk cerpen ni tarik minat sy untuk bace...tapi ape kan daye..kan...

    pak tam, sambung la cerita tu....
    for the next episod..x mau le mati2 bunuh diri ni....
  • 8) cessss!!!

    hampeh....iye2 je org baca td...huhu


    sambung la..

  • (Penulis)
    9) riri: ye untuk menulis sebuah cerpen yang memberi impak pada pembaca di samping menyelitkan nilai-nilai murni agak sukar.begitu juga agak sukar memasukan isu-isu terkini.ampun ya riri..ampun.tidak sengaja ingin mengecewakan kamu..

    elzara: alamak, macamane ni. nama watak je cun..tp citer..isk..

    cahatomic:ciss..aku lum smpi penulis tersohor lagi.kan masih satus pelajar ni..aku ada ubah2 sket dari sms ke sms..aku rs ni cerpen plg aku jaga typo..yosh..

    26life: actually selalu mmg aku wat gitu..sipnopsis ringkas n ada la sket kerangka aku...buat..tp ntah time aku sawan aku jadikan ending dia gitu..haha..

    akma: klu akma dah ckp mcm ni sy xleh nk ckp apala..akma ni pengomen setia sy..kena jaga ni..maknanya sy kena buat jln citer yg agak mendebarkan and pembaca akan tertanya-tanya ye...ok2..sy cuba...sbr ye akma..bln baik ni...klu xberdaya...guna la daia..

    kekasih: cessss....iyelah Ck punye psl aku smbgla...

    adess...memula igt nak warming up je..yela kan lama tak menulis..kroh kroh...sambungannya..entahla bila la agaknya...byk gak cerpen yang terbengkalai ni..isk2
  • 10) ngehehee... paktam paktam...

  • (Penulis)
    11) erks..cikgu ida..sian Al-Kapone..
  • 12) hoi!
    aku baru terbayang mata cantik.
    ending gini? huahua~
    story in a story, eh?

  • (Penulis)
    13) hoi ko..

    framela(story in story)...matanya seperti aku..cumanya mata aku warna htm..tp still cantik sbb dipagari kening ehem ehem..

    aku xkata ini ending dia..sbb pada ayat tu..Al-kapone punyer citer aku ni pencacai tukang upload..nnt aku tanya pesal dia buat ending gitu..
  • 14) hoi...kecewa aku! pelik pulak qurratul ain yg bermata biru tu melayu ke? haha!

  • (Penulis)
    15) haha..akhirnya..ada juga bertanya psl ni...terpaksa jugaklah pecah rahsia...tgu Qurratul Ain Siri Akhir..
  • 16) hahaaha..!

  • (Penulis)
    17) rizzy ko nmnpk kan rangka aku ritu..time kat umah?skang jd gini plak..
  • 18) haah mmg ko tunjuk kt aku aritu..hehe.
  • 19) ada org suka citer draggy, ada orang x suke citer draggy. citer meleret yang berisi aku suke sbb aku pon tulis style macam tu. maka, aku suka citer ko yg meleret

    scene #3 kat starbucks tu aku rasa terlalu pendek. ko kena cerita in detail lagi pasal suasana boikot kat situ. mesti suasana hingar bingar btul tak?

    ni aku gatal tangan adjust sket, jgn marah ye paktam. (aku gatal tulis panjang2 sbb dh lama tak tulis cerpen, hihi)

    Aku sedang bertenggek di kaunter Starbrook menikmati kemanisan wajah gadis kaunter yang comel. Walaupon tidaklah seseksi yang aku harapkan, namun aku yakin sedikit sebanayk aku mampu memancing awek ini untuk dijadikan model D90 aku yang tersangkut di leher ni.

    "Mocha Machiato tu letak la karemel lebih sket..", pujuk aku kepada gadis yang memakai tag nama "Aqilah".

    "Abang D90 punye pasal... tabur karemel atas kamera pon boleh, hiks" gedik Aqilah.

    Yes, sessi menjual minyak aku sudah menunjukkan petanda positif seperti Pasaran Saham Kuala Lumpur. Patutkah aku meminta nombor telefon beliau?

    "We Don’t Need Starbrook!" Hingar bingar di luar menarik perhatian aku. Aku melirik ke luar melihat apa yang menjadi isu dan meninggalkan Aqilah yang tergedik-gedik membancuh Mocha Machiato aku.

    “Starbrook sponsored Israel! Boicot!!"

    Aiseh, minah purdah ni lagi. Jem otak aku gini. Aku tengah baru nak jual minyak. Adeh, heboh tul dia dengan sepanduk dia tu.

    “Starbrook sponsored Israel! Boicot!! We Don’t Need Starbrook! We Hate Israel!”

    Bukan ke ini tempat orang melepak minum-minum. Apa hal memekik melolong tengah-tengah panas ni. Potong stim betullah.Waitress yang aku baru nak ayat tadi dah beredar menuju kaunter. Tengok. Melepas peluang dah. Memang…eee… memanglah ni memang. Tuut!

    Aku menuju ke anak tangga Starbrooks. Menghampiri gadis berpurdah tersebut. Aku tak takut. Buat demonstrasi begini kompem tak ada permit.

    “Why is always you?” aku menuding jari telunjuk ke arahnya. Aku mengetap gigi keras. Dia mendapatkan rakannya. Aku tak takut. Panggillah sesiapapun. Sebagai seorang photojournalist part time kalau aku diserang aku boleh saman balik. "Erm, nak try?" Aku capai D90 yang tersangkut kat leher. Klik! Klik! Klik! Yes, superb composition!

    "Bro, lu wartawan dari mana?" Seorang lelaki dalam lingkungan umur 30 dan berjambang nipis menegur aku dari belakang. Alamak, adakah aku akan dibeduk secara curi-curi oleh mereka ini?

    "Photo journalist je, bukan dari mana-mana surat kabar. saya baru pegi seminar borak foto bersama Shaiful Rizal 3 minggu lepas, hari ni saya dah jadi photo jurnalist dah", terang aku sambil berharap supaya lelaki ini tidak melancarkan serangan. 5-6 orang lelaki lain yang berbaju hitam, berkopiah dan memakai baju anti-israel kelihatan cuba menyemarakkan perhimpunan itu dengan mengedarkan kain berwarna hijaun untuk diikat di dahi tanda setuju dengan demonstrasi mereka.

    Kelihatan risalah bersaiz A4 diedarkan kepada orang ramai yang melintas di kaki lima itu. Risalah bertukar tangan tanpa mengira bangsa; melayu, cina dan india mendapat risalah yang sama. Mesej demonstrasi harus disampaikan terus kepada orang ramai. Kebisingan mereka itu menjemput orang-orang di sekitar untuk berhenti sementara dan menyaksikan demonstrasi mereka. Lelaki yang menegur aku sebentar tadi naik ke atas siar kaki sambil memegang pembesar suara. Ada satu pengumuman yang hendak dilakukan barangkali

    haa, kalo aku.. aku akan goreng macam atas ni. sebabnye:

    1. ko kata ko tengah jual minyak, tp pembaca tak tau yang betul ke ko tgh jual minyak. kalo scene tu terus masuk ke adegan demonstrasi aku rasa tak syiok. kena drag sket. tunjukkan kemachoan Ken dengan cube memancing gadis. dlm kes ini, aku gunekan D90 sbg modal.

    2. ko penah pegi demonstrasi jalanan tak? aku penah lalu aje. so, aku cube apply apa yang aku nampak dlm cerita ni. sbb, aku rasa garapan ko pada scene 3 agak lemah sewaktu cube nak tunjukkan suasana demonstrasi. kemudian, bile ko dah nampakkan yang keadaan tgh hingar bingar, barulah ko selit adegan dgn gadis bermata biru tu.

    sekadar komen drpd aku yg tak tau ape2 jgn marah pak tam
  • 20) mata biru, dia pakai contact lenses ke?

  • (Penulis)
    21) jojo: thanks..komen sebegini sgt membantu aku..baik aku akang luangkan untuk membaiki scene tersebut..terima kasih2 sgt2...aku blur sket tang tu..=.=..nk garap scene mmg xleh tanpa note scene aku yg slalu aku tulis dimana-mana...ko mmg otai menulis...xmrh de aku..aku suka sng aku tau kat mana aku lemah..

    choco: ehehe dah terbongkar di episod akhirnya kan..

  • 22) @paktam: based on cerpen ni, aku nampak ko sgt strong pada garapan based on hati dan perasaan.. sbb tu ko boleh tulis dan kembangkan dgn tip top, tapi bila sampai ke garapan yg melibatkan scene2 fizikal yg deskriptif.. ko ada sdkt lemah di situ

    teruskan paktam! yosh!
  • 23) membaca secara bullet train. yieba yieba! *maksudnya membaca secara terus* HAHA

  • (Penulis)
    24) @jojo: baik bos..akan meningkatkan kuasa super saiya selepas ini..
    @syud: yosh... jgn terbabas sudey..
  • 25) wah dengkinya paktam mendapat tunjuk ajar dr jo. eh bukan dengki, nak jugak sbrnya.

    heh sori la paktam, lambat btol ai baca. tp i nak baca la ni

Cerpen-cerpen lain nukilan paktam85

Read all stories by paktam85