Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Qurratul Ain

Cerpen sebelumnya:
Moral ajaib
Cerpen selanjutnya:
Bunga Api Ogos 2157

AMARAN: CERPEN INI HANYA SESUAI DIBACA UNTUK MEREKA YANG BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA. MENGANDUNGI BEBERAPA UNSUR YANG MENYEBABKAN TIDAK LAYAK DIKATEGORIKAN DALAM KATEGORI UMUM. SELAMAT MEMBACA DENGAN HATI YANG TERBUKA BUKAN DENGAN PERUT BERBUKA SERTA BUKAN TENGAH BERBUKA PUASA.

-----


“Qurratul Ain”

Ah, masih nama tu juga yang meniti di bibirku. Bayang wajahnya yang redup sangat memukau hati.  Kini, mataku menerima penangannya. Seminggu tidak mampu lelap. Ilmu apa yang dia pakai ni?Mungkin Minyak Junjung Seri Kayangan. Isk! Gadis berpurdah hitam itu benar-benar membuat diri aku tak keruan. Jelingan anak  mata birunya masih meminar di retinaku. Kenapa pertemuan kita bermula sebegitu?

Teringat waktu itu, aku tergesa-gesa ke kaunter untuk pulangkan buku. Tiba-tiba kelibat seseorang memotong baris. Geram betul aku dibuatnya. “Nak kata tak pandai baca, tapi belajar kat U. Minah ni memang nak kena sound. Nasiblah, Arab ke Pakistan ke , ada aku kisah? “. Imaginasiku menerbang tinggi betapa diri aku melompat setinggi siling kemudian kulempar dirinya bagai melempar frisby hingga melayang ke cakerawala.  Grrr…

Hello, u cross my line!” aku pantas memintas semula. Wajah kubengiskan. Memek muka aku ubah-ubah seperti kucing mahu menerkam tikus.Eh, tak cukup ganas. Seperti harimau mahu menerkam kambing. Roar!  Dia beranjak kebelakang seakan terperanjat.  Buku-buku dirapatkan ke dadanya. Dapat aku perhatikan setiap judul buku yang dipegangnya. "Ah, pelajar Usuluddin rupanya. Bukan ke sepatutnya dia bersifat berakhlak dan bersantun?"

Next!” laung suara dari kaunter. Aku terus memaling badan menuju kaunter tersebut. Perasaan perempuan berpurdah tu langsung aku tak peduli. Bukan masalah aku.  Saat aku beredar, dia masih lagi kaku berdiri di lane. "Ah sudah, menangis ke dia? Masak aku gini. Ah, biarlah. Bukan masalah aku."


*****


Bila fikir-fikir balik. Weekend ni aku tak ada buat apa-apa pun. Baik aku keluar dari terperuk dalam bilik ni. Kalau duduk ngadap internet je tak bagus juga. Erm, plan dulu nak pergi mana ni. Aku memetik jari. "Orite, pergi KLCC la.Boleh juga photoshooting." Lone ranger beginilah, nak ajak awek celah mana, seorang pun aku tak ada. Isk, sedih-sedih. Tak ada seorang pun minat aku ni. Hensem lebih kurang Hans Isacc. Macho kalah The Rocks. Apa yang kurang entah aku ni.

Perghhh, Ini yang aku malas! Betul-betul malas! Nak bawa kereta kompemlah jem K.L. Bazir minyak satu hal, tol lagi. Naik public transport macam ni pula. Kalau weekend macam semut orang kat komuter ni. Diorang ni tak pandai-pandai ke nak duduk je kat rumah?Sekali-sekala baru la keluar. Apa salahnya buat jadual berkala. Opss, kang marah pula budak-budak Kimia kang. Baik, sepatutnya mereka ini duduk saja di rumah hari minggu kan lebih tenang. Tak pun pergilah mana-mana Home Stay alami suasana kampung.

 Ingat ada perkhidmatan macam komuter ni legalah sikit tak perlu sesak-sesak naik bas. Rupa-rupanya sama je. Selalu aku baca surat khabar isu ni sering juga diutarakan tapi kenapalah sampai sekarang ni tak setel-setel juga. Isk-isk.

Good, baru saja aku menuruni anak tangga, tren mula beransur berhenti. Bunyi brek berlaga menyaring di telinga. Manusia-manusia yang keluar dari perut tren tak ubah seperti semut-semut kepanasan keluar dari sarang. Langkah aku percepatkan, kalau lambat alamatnya berjam-jamlah lepas ni aku kena tunggu.

“Cess! Full la pula. Terpaksa la aku berdiri. Siot, memang malang! Bukan dekat kot dari Serdang nak ke KL Sentral.”

Bunyi amaran pintu akan ditutup kedengaran. Aku mengemaskan kuda-kuda. Hah, kena ada juga kuda-kuda kang buatnya aku tersentuh sesuatu kang katanya aku mencabul plak. Bukan boleh buat main zaman sekarang ni. Sikit-sikit naik court, sikit-sikit saman. Kalau seribu dua ribu boleh lagi tahan dengan status student aku ni. Ni tidak, sekali saman amik ko Rm1 juta. Fuhh, kalau cabul tu saman tak ingat tapi yang rela tu free je. Hah, macam mana tu?

Sekejap. Kenapa semua mata menjeling aku? Diorang dengar ke aku bebel dalam hati ni? Aiks, kenapa aku seorang je lelaki? Ok. Aku dah faham. Ini Koc Perempuan! Dan, erks sebelah aku ialah kamu. Gadis berpurdah hitam mengangkat kening sambil?Tersenyum? Oh, aku hanya lihat matanya yang kebiruan. Perlahan aku senyum sumbing. Ngeh ngeh ngeh…


*****


                Aiseh, minah purdah ni lagi. Jem otak aku gini. Aku tengah baru nak jual minyak. Adeh, heboh tul dia dengan sepanduk dia tu.

“Starbrook sponsored Israel! Boicot!! We Don’t Need Starbrook! We Hate Israel!”

Bukan ke  ini tempat orang melepak minum-minum. Apa hal memekik melolong tengah-tengah panas ni. Potong stim betullah.Waitress yang aku baru nak ayat tadi dah beredar menuju kaunter. Tengok. Melepas peluang dah. Memang…eee… memanglah ni memang. Tuut!

Aku menuju ke anak tangga Starbrooks. Menghampiri gadis berpurdah tersebut. Aku tak takut. Buat demonstrasi begini kompem tak ada permit.

                “Why is always you?”  aku menuding jari telunjuk ke arahnya. Aku mengetap gigi keras. Dia mendapatkan rakannya. Aku tak takut. Panggillah sesiapapun. Sebagai seorang photojournalist part time kalau aku diserang aku boleh saman balik. "Erm, nak try?" Aku capai D90 yang tersangkut kat leher. Klik! Klik! Klik! Yes, superb composition!

                “Berhenti,  awak tak ada hak ambil gambar saya tanpa kebenaran!” pekik gadis berpurdah tersebut sambil tangannya tak henti-henti menghalang aku dari snap gambarnya. Erks, dia cakap Bahasa Melayu la.

                “Opss, I taught you Arabian,” aku berkata lembut. Kamera aku biarkan terjuntai di leher. Perlahan tangan aku hulurkan.  Mana tau bersambut. Biasa je kan salam-salam gini.

                “Hai, saya Ken Zaperto,” sapa aku sopan.

                “Tidak, awak bukan mahram. Sorry,” Si gadis berpurdah hitam terus meninggalkan kawasan tersebut bersama rakan-rakannya. Adoi, aku rasa macam tak logik. Aku datang je dia blah. Erm, takpelah malas nak fikir. Atleast, ye atleast aku dapat dengar suara dia. Yes, yahuuu! Yabeda bedu! Kenapa aku gembira sangat ni? Aiseh, takkan aku terpikat? Dengar suara je dah terpikat?  Alangkah.  Alangkah mudahnya aku jatuh cinta.

 

*****


                Hai macam ni la seksanya nak menulis cerpen. Macam ini. Erm, rasanya nak buat watak Qurratul Ain ni matilah. Tapi kan Ken baru je jatuh cinta dengan dia takkan plak dia mati. Ken dahlah Kristian jatuh hati pula kat Qurratul Ain yang Islam lagi cun melecun. Ni tambah list dalam adegan tak logik ni. Eh, tapi kan biasalah sekarang bercinta agama lain-lain.

OK. Baik, aku putuskan begini je: Ken mengugut untuk bunuh diri sebab frust cintanya tidak diterima keluarga Qurratul Ain tetapi demi menyelamatkan Ken,Qurratul Ain sanggup mengorbankan akidahnya demi itu. Sanggup! Kerana dia juga cintakan Ken seluruh nyawa. Sebab, sebab dia sudah pun hamil! Untuk mencapai ke arah ending itu nanti aku fikirkan. Walau aku malas fikir, tapi ni masalah aku. Kalau tak, aku tak graduate.

Kejap. Wait seminit! Kalau macam ini, mana pula la datang nama Qurratul Ain ni. Kan ke Ken Zaperto tu tak pernah tanya nama girl tu. Aiseh, girl tu pun bukan pernah sebut pun nama dia. Kan, kan, kan? Habis sampai ke sudah pembaca tak tahu sapa watak perempuan berpurdah hitam tu. Tapi tajuk aku bubuh Qurratul Ain. Ah, masuk lagi list tak logik aku. Oh, harus begini. Ken Zaperto jumpa purse gadis berpurdah hitam tersebut waktu dia bergegas meninggalkan kawasan demonstrasi. Dalam purse tu kompem-kompem ada ic, gambar dan macam-macam lagi. Rasa macam ni lebih clear.

Begitulah, jadi sekarang aku boleh tutup laptop. Mengantuk dah mata ni. Esok-esok la sambung. Lagipun next week baru nak kena submit assignment ni. Susah jugak buat cerpen ni! Esok mahu bangun pagi bersahur pula. Mengantuknya! Yang penting sekali, kena bubuh disclaimer bawah ni. Kang kena copy paste payah pula aku.


Cerpen oleh Al-Kapone

Bachelor Kesusasteraan Melayu, UVBM

1001001

Al-Kapone Bin Kapoor


 

bersambung...sila klik Qurratul Ain 2


 P/S: MAAF KERANA BI-ku YANG TERSANGAT LEMAH.

Cerpen sebelumnya:
Moral ajaib
Cerpen selanjutnya:
Bunga Api Ogos 2157

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.1
7 Penilai

Info penulis

Tabir Khaizuran

orangnya hapyy go lucky, jujur, rendah diri,pemalu, suka senyum, suka borak-borak(megarut)...dress biasa-biasa, xde ciri islamic, tak ada ciri-ciri seorang pendita, tak ada ciri-ciri seorang ulat buku... suka baca karya yang mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, paling digemari tema kemasyarakatan dan kehidupan. kalau salah eja satu dua ok lg..kalau 4,5 ,6 memang minta pelangkung la tuh!  
paktam85 | Jadikan paktam85 rakan anda | Hantar Mesej kepada paktam85

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya paktam85
Gerimis Salju The Cerpen(.ost Jawapan Cinta) | 3241 bacaan
Qurratul Ain Episod Akhir | 4287 bacaan
Qurratul Ain 2 | 3163 bacaan
Drama: Naik Lagi? | 1630 bacaan
Sang Arnab dan Sang Kura-kura(Episod Balas Dendam) 2 | 2255 bacaan
Sang Arnab dan Sang Kura-kura(Episod Balas Dendam) | 9264 bacaan
Stanza Terakhir | 4243 bacaan
Kerusi Kepunyaan Lembu("Cow" bkn kau!!) | 2553 bacaan
Drama : Bidai Senja | 3307 bacaan
Rembesan Perjuangan | 2292 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

25 Komen dalam karya Qurratul Ain
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik