Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Qurratul Ain Episod Akhir

 

 

AMARAN: CERPEN INI HANYA SESUAI DIBACA UNTUK MEREKA YANG BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA. MENGANDUNGI BEBERAPA UNSUR YANG MENYEBABKAN TIDAK LAYAK DIKATEGORIKAN DALAM KATEGORI UMUM. SELAMAT MEMBACA DENGAN HATI YANG TERBUKA BUKAN DENGAN PERUT BERBUKA SERTA BUKAN TENGAH BERBUKA PUASA.

sedutan episod lepas Qurratul Ain 2

-----


Pada pagi hari Selasa. Cuaca mendung beserta gerimis. Dia sudah bersiap sedia memakai cabaia dan saia. Kakinya dihiasi kasut bermanik. Perlahan dia membuka langkah. Hari ini adalah hari paling bahagia sepanjang hidupnya. Hari yang sering dinanti-nanti seorang anak gadis.Dia memperkemaskan sanggul bertakhta permata. Tiada upacara large Noiba. Tiada ahli-ahli keluarganya yang datang. Ah, dia tidak pedulikan semua itu. Dia mengangkat sedikit anak kain terus menaiki anak tangga gereja.

Di depan paderi,  seorang jejaka memakai suit hitam sedia menunggu. Di lehernya bow  putih diikat kemas. Tampannya ditambah dengan kehadiran topi tinggi yang diikat dengan pita hitam. Muzik iringan dimainkan oleh seorang kanak-kanak lelaki di atas pentas. Si gadis melangkah penuh berhati-hati diiringi kanak-kanak kecil yang memegang bunga dibelakangnya. Hadirin yang hadir di kiri kanan dewan masing-masing tidak berkelip melihat si gadis. Satu senyuman manis terukir di wajah si jejaka melihat si gadis yang semakin hampir.

Upacara diteruskan sehinggalah pasangan mempelai tersebut bertukar cincin. Melihat kedua-dua pasangan sudah bersedia. Paderi pun mula membuat pengistiharan.

“Ken Zaperto and Qurratul Ain Zaperto, you have given and pledged your promises to each other, and have declared your everlasting love by exchanging the rings. Your vows may have been spoken in minutes, but your promises to each other will last until your last breath. As have pledged themselves to meet sorrow and happiness as one family before God and this community of friends, I now pronounce them husband and wife. You may kiss your bride.”

Ken Zaperto sudah bersedia memberikan ciuman pertama. Leher Qurratul Ain dipaut lembut. Semakin lama bibir mereka semakin rapat. Qurratul Ain hanya memejam mata cuba menikmati saat indah ini. Namun, belum sempat bibir mereka bertaut.

“Bang!” satu das tembakan dilepaskan. Tepat mengenai kepala Qurratul Ain. Dia rebah di dalam rangkulan Ken Zaperto.

Qurratul Ain tersentak. Terasa benar-benar berada dalam mimpi tersebut. Baru dia tersedar, sebaik balik dari majlis malam tadi dia terus terbaring. Cepat-cepat dia beristigfar. Tangan ditadah memohon doa agar dilindungi dari perkara yang Allah murkai. Dia bangkit dari katil menuju bilik air. Ditanggalnya contact lens yang sudah dipakai sepanjang hari kemudian dimasukkan ke dalam bekas. Sebaik selesai membersihkan diri dan mengambil wudhu’ dia melangkah dan bersedia mendirikan solat Tahajud.

*****

Qurratul Ain berasa gusar. Sudah seminggu dia tidak ketemu Ken Zaperto. Hatinya kini seperti mengandungkan rindu. Sarat menanti saat-saat untuk dilahirkan. Dada pula bagaikan dicucuk-cucuk jarum peniti yang berbisa dan sekarang ini sangat memerlukan penawarnya. Dia mengurut dada perlahan bagi meredakan sementara bisa rindu yang kian menular ke seluruh jiwa.

Hampir 3 jam berada di library masih tidak membantu dia menyelesaikan tugasan. Manakan tidak, fikirannya jauh menerewang ke alam lain. Seminggu sebelum ini, Ken Zaperto boleh dikatakan setiap hari datang menemani. Kebetulan jadual kuliah mereka tidak jauh beza. “Ke mana awk pergi, Ken?” Ingin saja dia menelefon Ken menanyakan khabar, tapi nanti dikatanya perigi cari timba. Dia punya rasa malu. Dan, bukankah malu itu sebahagian dari iman? Terus dia matikan hasrat tersebut. Lebih baik kerinduan begini.

Dia melangkah keluar sebaik selesai membuat pinjaman di kaunter.  Sewaktu menuruni anak tangga library, dia dapat merasakan kelibat Ken Zaperto di belakangnya. Selalunya, Ken Zaperto akan mengekorinya dari belakang kemudian cuba memintas dan membuat kejutan sambil memegang bunga.  Apabila dia memaling kepala, tiada kelibat seorang pun di belakangnya. Dia mengeluh hampa.

Tidak sampai 10 minit, bas yang ditunggunya sampai. Berpusu-pusu pelajar menaiki bas. Qurratul Ain tidak tergesa-gesa. Penumpang yang turun harus diberi keutamaan dahulu. Dia pun tidak ada rancangan harus diburu-burukan.  Mujur sebaik dia naik, terdapat tempat kosong. Matanya melihat-lihat kalau ada yang lebih memerlukan. Seorang pelajar perempuan asing yang agak berusia diberikan tempat duduk tersebut. Perempuan tersebut tersenyum sambil mengucap terima kasih. Bas terus menyusur melewati kawasan akademik UVBM.

Qurratul Ain menuruni anak tangga bas sebaik sampai di hadapan Kuliyah Ar-Rahman. Dia harus menunggu sebuah bas yang akan membawanya ke kolej kediaman. Suasana di sekitar perhentian bas agak lenggang. Mungkin bulan Ramadhan banyak yang mengambil keputusan sekadar rehat di dalam bilik. Al-maklum apabila perut kosong mata pun turut layu. Dia mengambil tempat duduk di hujung sekali memandangkan di situ agak redup sedikit dari pancaran cahaya matahari.

Matanya melihat kenderaan lalu-lalang. Kebiasaannya pusingan bas mengambil masa selama 15 minit. Sementara menunggu dia mengeluarkan mushaf dari beg sandangnya. Diselak-selaknya mushaf mencari surah Al-Mariam.  Setelah jumpa dia mula bertaawuz dan meneruskan qiraat. Pembacaannya tergendala apabila melihat sebuah kereta berhenti di hadapannya.

“Ken Zaperto?” getus hati Qurratul Ain.

*****

“Kushairi Ken Abdullah?”

“Ya, itulah nama Islam saya. Selama ini, saya pergi ke kelas agama Islam dianjurkan PERKIM,” perlahan jawab Ken. Dia melepaskan pandang ke tengah tasik. Riak-riak air berkejaran. Bayang-bayang ikan kelihatan sana-sini. Dari pondok istiherat ini dapat dilihat keseluruhan tasik memandangkan kawasannya agak tinggi berbanding pondok-pondok sekitarnya.

“Alhamdulillah. Saya sentiasa berdoa agar awak diberikan hidayah oleh Allah. Jadi, inilah tujuan awak ingin berjumpa saya?”  tanya Qurratul Ain sambil duduk dalam jarak semeter bertentangan dengan Kushairi Ken Abdullah. Berdua-duaan begini mungkin akan menimbulkan syak dan fitnah. Maka, dia mengekalkan jarak agar imejnya sebagai wanita Islam tidak diremehkan.

“Ada lagi yang ingin saya sampaikan,” ujar Kushairi sambil menarik nafas dalam-dalam. Mencari kekuatan untuk meneruskan kata-katanya. “ Saya ingin menjadikan awak isteri saya,” sambung Kushairi sambil matanya menatap tepat mata Qurratul Ain.

Qurratul Ain tidak bisa bertentang mata. Cepat-cepat dia melarikan anak mata ke kawasan tasik. Melihat angin menghembus pohon dan daun-daun kuning berawangan sebelum mendarat di permukaan tasik. Kebisuan menjalar menguliti masa. Hanya terdengar bunyi desiran pada daun-daunan. Sekali-sekala bunyi kocakan air di tasik menandakan kewujudan ikan di dalamnya. Suasana Tasik Sharkawi sangat mendamaikan hati sesiapa pun.

 

*****

 

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai.
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.” (Surah An-Nasr ayat 1-3).

“Astaghfirullah-al'azim allazi la ilaha illa huw-al-hayy-al- qayyuma wa atubu ilayh,”  ikhlas dan perlahan meniti tasbih di bibir Qurratul Ain. Dalam hatinya menyakini firman Allah dan janji Allah itu benar. Sehingga hari ini, Islam tetap menjadi pilihan kerana ia Ad-Din yang syumul.

Hatinya berdebar kencang. Suasana kemeriahan malam ini turut disumbangkan oleh para jemaah solat Terawih yang setia menunggu. Dia tidak pasti sama ada keputusan ini adalah betul atau tidak. Adakah dia terburu-buru membuat keputusan? Keluarganya langsung tidak ada yang menghalang memandangkan niat yang baik tidak perlu ditangguh-tangguh.

Qurratul Ain membetulkan cadur berwarna putih yang ditempah khas untuk upacara malam ini. Serkup purdah putih yang dibeli khas dari Mekah diselak ke belakang. Kelihatanlah wajahnya yang bujur sireh. Seulas bibir merah merekah bak delima dan pipinya yang semula jadi kemerah-merahan.

Dia melangkah masuk pintu masjid sambil diiingi ibunya dan beberapa orang saudara mara perempuan yang membawa hantaran. Matanya terus menangkap jejaka yang memakai jubah dan berserban sedang duduk di atas sebuah bantal khas untuk majlis akad nikah. Jejaka tersebut membalas pandangan Qurratul Ain seraya menyimpul senyum melihat keanggunan Qurratul Ain malam ini.

Dia duduk bersimpuh tidak jauh dari tempat akad nikah. Sebaik semua mengambil tempat. Tok Imam terlebih dahulu menyampaikan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Kemudian diikuti dengan upacara lafaz nikah. Dari tempat duduknya Qurratul Ain dapat melihat kegugupan yang dihadapi oleh Kushairi Ken Abdullah. Dalam hatinya berdoa semoga majlis ini berjalan lancar.

Setelah dua kali lafaz Kushairi Ken Abdullah masih gagal melafaz dengan betul. Tok Imam mengingatkannya dan minta agar Kushairi lebih tenang. Kushairi memejamkan mata, berulang kali terkumat-kamit mulutnya menuturkan lafaz tersebut. Setelah bersedia dia menyambut salam dari Tok Imam.

“Aku terima nikahnya Qurratul Ain binti Abu Bakar Amiri dengan mas kahwin sebanyak RM80 tunai,” lafaz Kushairi Ken Abdullah lancar. Keempat-empat saksi berpuas hati mengangguk-angguk kepala dan mengesahkan lafaz tersebut sambil mengukir senyum. Sejurus itu, Tok Imam membacakan doa selamat sebagai tanda kesyukuran sempena ijabkabul berjaya dilaksanakan.

Upacara diteruskan dengan membatalkan air sembahyang. Kushairi Ken Abdullah melutut di hadapan Qurratul Ain yang menundukkan kepalanya. Dia mengangkat lembut telapak tangan Qurratul Ain. Lalu menyarungkan cincin di jari manis gadis yang kini bergelar isterinya. Kemudian perlahan dia mencumbui dahi Qurratul Ain.

“Bang!” satu das tembakan dilepaskan.

Kushairi Ken Abdullah rebah di riba Qurratul Ain. Masing-masing terpinga-pinga dan panik. Ada yang melulu keluar masjid mencari kelibat orang yang melepaskan tembakan. Dan, ramai pula yang mengerumuni Qurratul Ain dan Kushairi Ken Abdullah untuk melihat-lihat keadaan. Qurratul Ain tidak terkata. Mimpi yang menggangunya tempoh hari terjadi dalam suasana sebaliknya. Tangannya terketar-ketar waktu mengusap bekas tembakan di kepala suaminya. Hanya Allah saja yang tahu betapa berkecai hatinya saat ini. Dalam nada tersekat, dia mengucapkan kalimah “Laillahailallah”. Kushairi Ken Abdullah yang masih nyawa-nyawa ikan sempat lagi mengikuti lafaz sekalipun nadanya lemah. Akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir.

 

*****

Dia mengelap air matanya dengan hujung kain purdahnya. Gadis itu menutup helaian terakhir cerpen tersebut. Dia pasti akan memulangkan cerpen ini pada penulisnya. Berdasarkan disclaimer yang dinyatakan dia pasti tiada masalah untuk bertemu orang tersebut.

“Al-Kapone…”

TAMAT.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hohoho...aku puji ayat dan bahasa ko paktam.. just komen aku, storyline dia. mcm biasa la..haha. mungkin hati ko selembut sutera maka ko cuba olah sumthing yg dpt menyentuh. taktau la.. huhu neway, gud 'handjob' bro..!
  • 2) kannn
    cantik gitu ayat...
    ending pun menarik tu...

  • 3) haaa.. ending yg menarik! ai loike!
  • 4) ayat-ayat yang indah.. tapi susah sikit nak jual cerita macam ni... anyway good work, something different!
  • 5) *clap clap*
    nice
  • 6) tergantung.

    kenapa ken di tembak? siapa pula gadis berpurdah yang mengelap mata dan mencari al-kapone (paktam)? HAHA

    berpurdah kerana terlalu indah untuk ditatap

  • (Penulis)
    7) RIZZY: thanks bg sokongan..haha..handjob aku masih tidak sehebat si dia tu..cess..sbb aku jrg prektis mcm dia..

    adreena:thanks kak...alhamdulillah..rs mcm leh tgktkan lg kat emosi ni..tp buntu da..

    jojo:thanks..sudi juga membaca sehingga ke akhirnya..

    elzara: itulah kan ssh nk jual ni..thanks sudi membaca zura..

    choco: huda aiks...terima kasih..

  • (Penulis)
    8) sj biarkan tergantung..sy kan mmg gitu..haha..

    al-kapone bkn paktamla syud(syhhh...rahsia)..HAHA

    ye terlalu indah itu sgt sukar dilihat dek pdngn mata.
  • 9) NAIS!

  • (Penulis)
    10) thanks klaky...
  • 11) ending terbaik!
  • 12) oke dah mcm kecewa dah part atas tu. tp okelah ending tidak cliche cuma...kenapa eh kushairi kene tembak?
  • 13) terlewat singgah membaca. apabila sampai ke penamat, saya termangu seketika. kemudian, saya baca semula dari yang pertama, kedua dan yang akhir sekali. tak cukup perisa ni paktam. sepertinya mandi tidak basah, makan tidak kenyang. hehehe...

  • (Penulis)
    14) haha...sabar jela riri...mmg begitulah sy sentiasa krg perisa..sudah dicuba..tp itulah yg termampu juga..hehe

  • 15) sy nk try apa yg jojo buat..
  • 16) cerpen paktam ni memang cool la!
  • 17) jojo teraik...aku suka penambahan baru ni..

Cerpen-cerpen lain nukilan paktam85

Read all stories by paktam85