Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

Teori Pavlov Si Syaitan

Cerpen sebelumnya:
Gadis Kebaya Biru
Cerpen selanjutnya:
Nak Date Boleh?

Amaran: Imaginasi penulis kadang-kadang sungguh mengarut. Harap maaf.

" Er!" terperanjat syaitan merah yang sedang bertenggek di atas pondok telefon awam di Cheras mendengar namanya dijeritkan.

" Ye, Ab?" Er berpusing mengadap Ab yang sedang berdiri memegang gelas di tangan. Penuh. Tidak syak lagi, pasti daripada hasil air kencing berdiri salah seorang anak didik Ab.

" Wah! Senang hati nampak?" Ab bersuara sambil badannya disandarkan ke dinding.

  " Mestilah. Kau tengoklah manusia di pondok telefon ini," Er mendabik dada. Mereka berdua diam seketika, hanya api dari tubuh mereka yang bernyala di dalam gelap malam. Pandangan dihalakan kepada pemuda berusia dalam lingkungan 30-an yang sedang asyik-masyuk memadu cinta dengan seseorang di hujung talian. Bunyi berdecit-decit mengisi kesunyian malam, disusuli dengan ketawa miang.

Ab mengangkat kening seolah-olah ingin bertanyakan siapa.

" Cikgu sekolah, gila bercinta dengan anak murid sendiri sampai ke bilik tidur. Anak bini dihantar pulang ke kampung."

  Gema tepukan membuatkan Ab dan Er tersentak.

  " Syabas Er, syabas!" satu suara garau bergema dari atas pokok. Sarjan Hat!

  Menyedari akan tuan punya suara, Er terjun dari atas pondok telefon, tidak lagi berminat untuk membisikkan kata-kata lucah pada anak didikan di pondok telefon. Gelas di tangan Ab pula jatuh berderai. Jarang sekali Sarjan Hat datang melawat mana-mana syaitan, apatah lagi syaitan yang berpangkat rendah seperti Ab dan Er.

   " Jan!" Ab dan Er kelam-kabut memberi tabik kepada Sarjan Hat. Hanya dua bola mata Sarjan Hat yang dapat mereka lihat kerana itu sahaja yang malap. Bahagian lain pada badan Sarjan Hat diselaputi api yang marak menyala. Silau  mata Ab dan Er.

  " Bagus! Aku lihat kamu berdua begitu rajin sekali. Inilah yang kita mahu." Hanya kelihatan api yang marak bergerak ke arah Er dan Ab. Takut juga syaitan berdua itu melihatkan perkara tersebut.

                                                                        + + +

Oh tidak! Sudah habis? Dapatkan dengan memuat turun Teori Pavlov si Syaitan, himpunan cerpen penulis dalam bentuk ebook.

Cerpen sebelumnya:
Gadis Kebaya Biru
Cerpen selanjutnya:
Nak Date Boleh?

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.8
16 Penilai

Info penulis

Siti Aishah Abdul Aziz

the one who loses her rose-tinted glasses, with the tendency to borrow others thinking caps. 
uculer | Jadikan uculer rakan anda | Hantar Mesej kepada uculer

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya uculer
Janji | 32427 bacaan
Ukur | 2635 bacaan
'Weih, tak mau lunch ke?' | 2397 bacaan
Satu nyamuk dalam kelambu | 2928 bacaan
Nama | 2490 bacaan
Sebuah buku, sekeping hati | 2663 bacaan
Dia: Di Tepi Lif | 2493 bacaan
Battered | 1117 bacaan
Periuk Belanga | 2836 bacaan
Hati | 480 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

36 Komen dalam karya Teori Pavlov Si Syaitan
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik