Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

TEGAR

 

Aku menyintainya dengan sepenuh hati. Katanya, dia juga menyintaiku dengan sepenuh hatinya yang diperuntukkan untukku. Ada lagi bahagian hatinya yang menyimpan cinta untuk orang lain. Inilah kenyataan hubungan ini. Kenyataan yang harus aku terima. Kenyataan yang sampai bila pun tak mungkin aku ikhlas menerimanya.

Aku bukan naif, atau bodoh. Aku tidak keliru. Perasaan ini pasti. Yang aku rasakan membuak-buak ini memang kasih sayang yang luhur untuknya. Bukan aku tidak pernah menolak perasaannya padaku dulu, bahkan berkali-kali. Bukan aku tidak menolak perasaanku kepadanya, terlalu banyak kali juga. Tapi perasaan itu sudah di situ. Perasaan ini juga telah tumbuh di sini, dalam lubuk hati sanubari ini. Cinta yang kami rasakan ini sudah tersedia.

“Saya sayang kamu, saya cinta kamu. Sebelum kamu menolak saya, saya mahu kamu tahu ini. Saya bukan main-main. Saya serius dengan perasaan saya. Saya sayang kamu, saya cinta kamu.”

Agak banyak kali juga dia mengulangi bait-bait indah itu. Dari tidak mahu mendengar, sehingga terpaksa mendengar. Dari dipaksa dengari, timbul rindu ingin mendengar. Dari tidak percaya, sehingga ingin percaya, sehingga percaya sungguh-sungguh. Dari tidak sayang, sampai timbulnya cinta. Sampai cinta yang ada kadangkala terasa tidak masuk akal.

 Namun malam ini, secara tiba-tiba saja, buat pertama kalinya aku merasa perlu untuk redha pada takdir yang diberikan kepadaku ini, tiada lain kerana kehendak Allah. Cintanya tidak pernah tercipta untukku. Cintanya milik perempuan lain. Mengapa hati ini begitu tegar melawan takdir? Mengapa hati ini begitu yakin pada jodoh yang tidak pernah akan ada di antara kita?

“Kalau benar dia cintakan kau sudah pasti dia telah meninggalkan wanita itu dan memilih engkau. Takkan kenyataan sejelas itu pun kau tidak nampak?” Sudah seribu kali kata-kata sahabat baikku ini terngiang-ngiang di telingaku sejak dia menghamburkannya petang tadi.

Terima kasih sahabat. Mungkin inilah satu-satunya kata-kata yang mampu masuk, meresap ke dalam hati sanubari ini. Terus sampai ke minda yang sekian lama membeku. Beku kerana dirasuk perasaan yang kononnya kupanggil cinta.

Lima tahun mungkin terlalu lama untuk aku sedar yang cinta ini, kasih sayang ini, cuma aku seorang yang masih berusaha untuk mempertahankannya. Dia sebenarnya sedang meninggalkan aku secara perlahan-lahan. Dia sebenarnya sedang membina hidup yang lebih baik dengan perempuan dan anak-anak kecil itu. Kenapa aku mesti jadi penonton drama kebahagiaan mereka? Kenapa di hujung cerita ini hanya aku yang termangu memujuk hati sendiri, mengait mimpi-mimpi yang tak pernah sudah?

Malam ini juga, buat pertama kalinya aku lepaskan dia keluar dari hati ini. Aku lepaskan dia pergi supaya dia tidak kembali untuk membuat hati ini terluka lagi. Cukuplah dengan luka yang ada ini entah bila akan sembuh, atau mungkin terus bernanah sampai ke hujung nyawa.

Semoga dia bahagia dengan  cinta yang pernah diberikan untukku selama ini, yang kini seperti sudah tiada lagi di hatinya. Aku redha jika cintanya memang bukan untukku lagi, aku rela dia pergi dari mata dan hati ini, aku pasrah dengan takdir yang Allah berikan padaku.

Cinta baru ini mungkin tidak sehebat dia, tapi mungkin tidak sesukar cinta lama.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ^^ ...... sini ada

  • (Penulis)
    2) semak baris terakhir..
  • 3) iris, the only reason why this happens is because god is going to give u a better person to you. Kena buka mata besar2 sikit, selalunya Mr Right is just around the corner, and u will only discover him selepas u maafkan previous guy.
  • 4) yerp setuju dgn elzara..

  • (Penulis)
    5) tq viewers, this is not a real story..just my imagination after a friend's experiance..
  • 6) hmm.. tidak sehebat dia. ah kemon. tiada hebatnya diperdaya cinta.
  • 7) monolognya terasa tapi rencahnya masih tidak cukup untuk mengatakan ia sebuah cerpen. percubaan yang baik...

  • (Penulis)
    8) rencah lain masih tersimpan rapi dalam komputer, sayang nak kongsi..

  • (Penulis)
    9) aku di sini bukan untuk menjadi hebat di mata sesiapa..
  • 10) aku di sini cuma utk membaca..bulih gitewww..

Cerpen-cerpen lain nukilan iris28

Read all stories by iris28
No stories.