Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Tangisan Dodo

  • 9
  • Rizzy
  • 14 years ago
  • 4,283
  • FREE

 



Dodo sedih. Dia duduk atas bangku kayu (macam puisi paktam sebut) mematah siku berteleku atas riba sendiri. Dia gagal menyelesaikan kecelaruan otaknya yang dirasakan bergulung-gulung-gulung-simpul-simpul-belit-terpusing-sangkut-lilit-belit-terikat-ikat-sambung hujung entah mana-mana. Dalam kepalanya datang satu suara menjerkah pagi tadi ;


‘Kau ni apa nak jadi hah Do?? ‘


‘Orang..’


‘Menjawab..!!!’


Piiiissshhhh..!!! ( kena lempang)


‘Sape ajar kau menjawab hah??!’


‘Cikgu..’


‘MENJAWAB LAGI…!!!!’


PiiiSSshhhh..!!! (kena lempang lagi)


Dodo tercampak-berguling-guling-guling-terperosok bawah rak CD. Dia pegang rahang yang terasa kebas+nak tercabut. Dia sedar ada darah keluar dari hidung. Dilapnya dengan belakang tapak tangan.


‘Apa salah Do ayah?? Do tak buat apa-apa pun dekat ayah..kenapa ayah lempang Do sampai macamni??’


Rak  yang roboh separuh itu memuntahkan CD-CD pelbagai filem. Berterabur dilantai jubin. Dodo bangun sambil membelek sekeping CD cerita Hindustan yang jatuh di dadanya.


Kal Ho Na Ho (Entah Esok Ada Atau Tidak)


‘Ni Sarukhan berlakon ni, aku belum tengok lagi..’ bisik hatinya. Diselit CD itu dalam baju.


‘Sekarang ni.., kau boleh berambus dari rumah aku..! Aku bukan ayah kau lagi..!! GET OUT..!’


‘Tapi ayah..’


‘Ahhhhh..kau jangan cuba nak suruh aku sebut dialog klise filem melayu tu..!!! Aku kata GET OUT, GET OUT..!!’

 

****************

Airmata Dodo menitis bila terngiang suara orangtuanya itu. Dia menekup muka menangis tersedu-sedu. Datang pula suara yang merayu-rayu tengah hari tadi ke telinganya ;

 

‘Yang…i mintak sangat-sangat dekat yu..lepaskan i.. ‘


‘Yu..sampai hati yu buat i macamni kan..plizz..jangan buat i macamni..’ Dodo melutut pada kekasihnya yang bernama Kristin Kreuk (bukan yang berlakon Smallville tu, LAIN).


‘Maafkan i, i tak boleh nak teruskan hubungan kita ni..’ Kristin memeluk tubuh dan berpaling ke arah bertentangan. Dia menahan airmata.


‘Apa yang i buat sampai yu buat keputusan macamni? Did i hurting yu ?? ‘ Dodo cuba berskipping London.


‘Yu memang takde buat apa-apa dekat i..Yu baik sangat..tapi.. “Cinta terhalang oleh orangtuaaaaa..~”’ Kristin mendepangkan kedua tangan dan bernyanyi sebahagian melodi lagu melayu yang pernah femes satu ketika dulu. Dia menghadap Dodo dan menyentuh hujung dagu kekasihnya itu.


Suasana sunyi seketika. Keras.


Orang ramai sudah berkumpul disekeliling mereka dan bersorak.


‘Wuuhuuuuuu..!!! Yeaaahhhh..!!! Yeehhaaaa…!!!’ (tepuk-tepuk-tepuk-dan bertepuk tangan)


Dodo dan Kristin masing-masing memandang kiri kanan(laju-laju) dan terus bingkas berlari sambil menekup muka. Dodo lari arah timur, Kristin lari arah barat. Masing-masing jerit;


‘MAaaaaaaaaalllllUUUUUuuuu…~!!!’ (tap-tap-taptap-tatapatapptapp- BUNYI KASUT LARI LAJU GILA)

 

*****************

Baju Dodo basah akibat menyapu airmata yang meleleh dari bucu-bucu mata. Dia menangis semakin tersedu-sedu-terbatuk-batuk-teresak-esak. Dia teringat peristiwa yang berlaku petang tadi di kolej.


‘Do..sini kejap..’ panggil kawannya yang bernama Eyma.


‘Apahal?’


Buuukkk..!! (kena tumbuk perut)

Kiikkkhhh..!!! (kena sekeh)

Duuubbbkkhh..! (kena lutut dekat mata)


Dodo tercampak kebelakang-terseret-terbaring-menyeringai kesakitan.


'AAarrrrgghh..~ !!! Aduuuuhhhh..~ Aaaaaahhkkhh~!!!'

Dipegang tulang atas mata yang berdarah. Menitik-nitik kena baju.


‘Apahal kau pukul aku weiii..!! ‘ Dodo jerit dalam sakit.


‘Kau jaga elok sikit eh Do..jangan berani kau nak kacau Karim  lagi..!’ Eyma menunding telunjuk sambil buat muka geram. Dia lantas beredar.


*************


Tangisan Dodo senja itu ditemani cahaya matahari yang sayu hampir terpadam. Dodo membuka zip beg baju dan mengambil foto emaknya. Ditatap foto itu dalam-dalam.


‘Makk….kenapa mak tinggalkan Do mak..? kenapa mak sanggup kawin dengan Pak Musa tu? Mak tau tak Do dah kena halau dari rumah, kena pukul.. Do takde tempat nak tidur mak..’ dia lantas mengoyak foto emaknya itu jadi keping-keping-kecik-kecik-kecik-dan campak atas tanah dengan sangat tensen)

‘Ayah..kenapa sampai Ayah halau Do ? Salahkah Do tukar jantina ayah? SALAHKAH???’

 


(ok, cerita ni mungkin sgt klise..HAHA..saja nak cukupkan 20 cerpen aku. :p)


Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) do,
    mainkandan tontonlah filem Kal Ho Na Ho yang kau curi dari rumah bapa mu, demi untuk melupakan kesedihan mu...
  • 2) cerpen apakah ini? hahaha..dodo kecewa dgn kristin, lps tu tukar jantina pulak?
  • 3) aku sudah bc..tp ko taulah pale tga pusing2 ni xleh hrp sgt untuk komen membina..tahniah rizzy cerpen ke 20..aku pun xsmpi lg..hoho...ada x org kat kapasitor cerpen dah sampai 100?hehe..

    terimas tuk promosi puisi tu..waduh teringat time kita wat lagu ni..
  • 4) adeh.....patut ah xleh kacau karim lagi....tukar jantina rupanye..

  • (Penulis)
    5) paktam : huhu..saja aku promot puisi ko tu..sbb aku rindu kt ko..HAHA

    ck : karim adalah seorg boifren yg ayu~
  • 6) Aduuh.... sadis hari2 Dodo... Aduh... Mau kasihan atau tidak??...
  • 7) oh! em!
    oh!
    ok
    baru faham. ha ha. lambat sikit.
  • 8) hahaha
    CD Kal Ho Na Ho?
    huhu
  • 9) dodo tak salah, cuma dia terlalu ikutkan perasaan. kasihan...

Cerpen-cerpen lain nukilan Rizzy

Read all stories by Rizzy