Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Aksi

Kau Suka the Cerpen (feat. Paktam)

Cerpen sebelumnya:
10 Hari Mencari Cinta
Cerpen selanjutnya:
Sinar Di Sebalik Kabus


(cerita ini hanya Fiksi. Tiada kena mengena dengan yang hidup melarat, hidup berlagak, hidup seribu tahun tapi tak sembahyang atau mati disiksa, dilibas malaikat. Atau suka tikam kacang di toko Leong Bak Seng) 

(bahagian Rizzy tulis, scene 1 - 4)


‘ Paktam..!’


Rizzy menepuk bahu kawan baiknya dari belakang sambil meletakkan punggung di kerusi bulat meja makan. Kafeteria di kampus UiTM Sah Malam.


‘Uhuukkk..hukk..srrrruuuuuuuuuuuukkhhh!!’


Paktam yang sedang meneguk air ’Nescafe woo’ tersedak-terbatuk-tersembur di meja. Dia menyapu mulut-misai-dagu dengan hujung kain lengan baju. Dia ushar Rizzy sleck.


‘Alamakkk ..! Sory Paktam sory..!..salah aku salah aku..’ Rizzy meletakkan segala buku-nota-fail ke atas meja dan cepat-cepat tarik tisu dan lap mulut paktam kali kedua. Dia lap meja sekali laju-laju. Secebis kecil tisu melekat di bibir paktam.


‘Jangan ushar aku camtu Paktam..huhu..aku dah mintak sori kan..’ Rizzy buang cebis tisu itu.


‘Kau nak cakap apa kat aku ni Rizzy?’ Paktam meneruskan suapan nasik lemak brekpesnya.


‘Alah..macam kau taktau lak..pasal kes semalam la..PROJEK. aku nak mintak pendapat kau la..’


‘Kau nak wat projek dengan minah tu ke Rizzy?.. Salsabila tu?’


Rizzy angguk sambil urut-urut fail yang tak lenguh. Dia malu.


‘Apasal kau tak cakap direct je kat dia? dia bukan nak makan kau pun..minah tu kecik je..comel..tak boleh buat apa-apa la.. senang je’ Paktam menarik-narik ikan bilis ke arah nasi dengan sudu.


‘Aku saspen la..memang la takde pape..kawan-kawan kita pun selamba je ajak wat projek dengan kawan lain..tapi dengan Salsabila aku malu la paktam..kau tau la kan..dia tu alim sikit. Kang tak pasal-pasal aku kena sembur..’ Rizzy buat aksi macam Karam Singki Walia.


‘Malam nanti kau mesej la dia Rizzy..sekarang kan zaman henset..agak-agak malu, mesej je la..abis crita..’ Paktam merenyuk kertas nasi lemak dan menjilat hujung-hujung sudu plastik disposable.


*************


Bilik nombor 207.

Lepas solat Isyak. Rizzy dan Paktam masing-masing mengadap lappy. Siapkan assignment.


‘Pagi tadi aku tensen betul dengan En. Benny tu..ada ke patut dia kata tak boleh wat projek dengan laki orang.. Nampak sangat la dia tu gay..jeles la tu..’ Rizzy mencebik pada skrin Acer.


‘Alah..semua orang tau dia gay. Orang tak nak cakap je..’ Paktam menekan butang ENTER.


Rizzy seperti terfikir sesuatu. Dia mencapai Nokianya dan menaip sesuatu.


‘Rizzy, siang tadi lepas ko cakap pasal minah tu, si Caha lembut jumpa aku. Dia cakap..’


‘Dia cakap apa?’


‘Dia ajak aku wat projek…’


‘Ohh..sebagai gay terhormat, ko terima lah??’


‘Hoho..aku bukan gay ok..aku straight..!’..Tapi dah dia ajak..aku terima je la kan..aku pun takde kapel lagi dengan sesiapa..’ Paktam seperti mendengus kecil.


*****************


Esoknya..di dewan kuliah.


‘Hari ni macam biasa la kita sambung tulis nota..’ En. Benny bercakap sambil membetulkan anunya yang mungkin salah parking.

Rizzy yang duduk sebelah Paktam menjeling ke arah Salsabila yang duduk di hujung kiri. Gadis itu buat muka seposen.


‘Paktam..’


‘Ape?’


‘Semalam..aku hanta mesej ajak dia keluar. Tapi..aku taktau ar, dia suka kat aku ke ,dia nyampah kat aku ke..Kau rasa macamana Paktam?’

‘Aku rase..Dia lesbian kot’

‘Apsal pulak?’

‘Dia..reply ape kat ko semalam?’

‘Jap eh..aku bagi kau tengok..’


Rizzy memghulurkan hensetnya pada Paktam.

Dan tiba-tiba suasana dewan kuliah bertukar jadi macam stage teater.


Maaf I tak dapat nak kelua dengan yu,

Becoz I bizi,

I kene setadi.

Itu yang kau katakan kepadaku,

Bila kutanya…

Yu free tak malam ni??


Rizzy menyanyi sambil melompat-lompat dari meja ke meja. Dia berpusing-pusing sambil buat tarian macam singa laut lapar minta ikan.


‘Rizzyyy..!!!! APAHAL DENGAN KAMU HAH???!!’


Encik Benny jerkah.


Tebishh..!!!bangbum tanggggkluanngg…!!!!

Rizzy jatuh meja.


******************


‘Aku tak faham la dengan tukang kebun kolej kita tu Paktam..’


‘Kenapa pulak?’ Paktam menoleh ke belakang meihat tukang kebun yang baru mereka lepasi.


‘Asal aku lalu tepi dia je, dia kenyit mata..hish, gay ke apa pakcik Jojo tu hah?’ Rizzy mengerutkan dahi.


‘Haha..entah la..aku pun taktau..pelik sikit orang tua tu..’


‘Dia dah kawin kan?..takkan la..haishh..dia Bisexual ke..’

Mereka berjalan menuju ke dewan makan.


Paktam menepuk belakang Rizzy yang sedang meneguk ‘Teh woo’.


‘Uhuk..uhukk…Shhhhhhhhhhhhruuuukkkhhh..!!!’


‘Woiii..aku tengah minum kau tak nampak ke???!’ Rizzy bangun berdiri menghempas gelas ke meja dengan mulut-hidung-misai-dagu yang basah meleleh-leleh.


Hoho..salah aku salah aku..!’ Paktam cepat-cepat ambil tisu dan lap seluruh muka Rizzy laju-laju. Beberapa cebis tisu melekat di sekitar pipi-dahi-mata-sideburn dan menyebabkan muka Rizzy tak tumpah macam mumia baru keluar keranda.


‘Jangan la ushar aku garang macamtu Rizzy..relax-relax’ Paktam buang satu-satu cebis tisu di muka kawan baiknya itu. Mereka duduk.


‘Eh. Rizzy ..tengok ..! Salsabila datang wehhh..!’ Tiba-tiba Paktam menunding jari satu arah kanan.Gadis itu mendekat.

Tiba-tiba Suasana dewan makan bertukar jadi macam pentas teater. Pelajar-pelajar lain bangun memainkan alat-alat muzik yang berbeza-beza. Piano, Gitar Bass, drum..

Rizzy bingkas melompat dari meja ke meja menuju ke arah Salsabila. Dia melompat-mendarat depan gadis kecil molek itu dan bernyanyi :


Kau benci, kau suka

Kau sayang, kau muak

Mana satu perasaan yang ada di hatimu?


Paktam juga melompat muncul di belakang Rizzy dan turut menyanyi dan menari macam kumpulan boria.


Kau benci, kau suka

Kau sayang, kau muak

Mana satu perasaan yang ada di hatimuuuuuuuuuuuuuuuuu…?????


Rizzy dan Paktam masing-masing melutut dan menghulur tapak tangan ke depan Salsabila.


‘What the…???? Haishhh…’

Salsabila buat muka separuh hairan separuh bengis. Dia terus beredar dari situ.


*****************

(bahagian Paktam tulis, scene 5 - 7)


Bilik nombor 207

Lepas solat Isyak secara berjemaah. Rizzy dan Paktam masing-masing mengadap lappy. Membuka facebook dan Kapasitor.net.


‘Pagi tadi aku tengok Jojo asyik ushar aku je Rizzy..ada ke patut dia kenyit mata kat aku..Dahla aku jalan sorang-sorang. Seram aku Rizzy.  Nampak sangat la dia tu ada hati kat aku.. ’ Paktam tersengih-sengih pada skrin Compaq.


‘Alah..ko dengan dia pun nak tangkap feeling. Ko jangan Paktam..’ Rizzy membelek-belek henpon Nokianya.


Rizzy seperti terfikir sesuatu. Dahinya berkerut. Asap kelihatan keluar dari telinganya yang sedikit capang.


Alamak minah ni.. orang lain pun exam jugak.. exam-exam je la.. apa masalahnya takleh kuar..nampaknya, terpaksalah I keluar dengan yu Paktam..’ Rizzy membuat wajah comel ala Pooh sambil duduk atas meja Paktam.


Mmm..Ok jugak tu kan’ Paktam membelai janggutnya yang sejemput. ‘Jom..! I blanje u..’ ajak Paktam sambil bergerak sedikit menghampiri Rizzy.


Betul ke ni Paktam?’ Rizzy buat-buat muka konpius. Padahal..


Betullah Rizzyyyyy…’ ujar Paktam sambil memegang kedua belah bahu Rizzy yang gagah perkasa.


*****************


Esoknya… di dewan kuliah

‘Macamana dengan projek kamu semua? Semua dah ada kapel?’ Encik Benny memasukkan kedua-dua tangannya dalam kocek. Matanya memandang satu persatu pelajar dalam dewan kuliah yang memuatkan 80 orang pelajar.


Rata-rata pelajar menundukkan kepala. Ada yang borak-borak dengan rakan sebelah sambil buat dek je dengan Encik Benny yang sedang menggaru-garu dengan selamba.


‘Baiklah, saya nak kamu faham betul-betul apa itu nude photography. Last class, saya dah bagi nota kan. So, saya harap kamu takde masalah. Kalau ada masalah datang berjumpa dengan saya. Lain ada soklan?’ Encik Benny sudah tiba di tempat duduknya.


Paktam berdiri. ‘ Benny, xleh ke 3 orang dalam  satu projek? Mesti 2 orang? Dan, memang tak boleh suami orang?’


‘Yes. Next question’


Paktam duduk. Hampa. Dia tak mahu berkapel dengan Caha. Dia benar-benar mahu buat projek itu dengan Rizzy. Tapi Rizzy asyik nak cuba mengayat Salsabila.


‘Baik. Kalau tiada soklan lagi. By next week, everyone has submitted hardcopy and softcopy to me. Siapa lambat hantar fail!’

 

Kau benci, kau suka

Kau sayang, kau muak

Mana satu perasaan yang ada di hatimu?

 

Encik Benny melompat dari atas stage ke bawah. Berpusing-pusing ala penari balet.

 

Kau benci, kau suka

Kau sayang, kau muak

Mana satu perasaan yang ada di hatimuuuuuuuuuuuuuuuuu…?????

 

‘Ada aku kisah? Class dismiss..’


*****************


Petang tersebut di dewan makan. Selesai masing-masing ambil makanan dan membayar guna meal plan. Rizzy dan Paktam menuju ke port biasa. Di kawasan agak terpencil dari orang lain menghadap ke kolej kediaman Putri.


Sebaik duduk Paktam mula berbicara ‘Macamni la Rizzy, aku rasa minah tu tak suka kat ko la… aku cadangkan apa kata.. ko kapel je dengan aku. Macamana?’ cadang Paktam sambil mengunyah ayam goreng berempah.


Eh, kau bukan dengan Caha ke?’ tanya Rizzy sambil menyuap spaghetti Bolognese dalam mulut. Kadang termasuk lubang hidungnya.


Eh, aku dengan Jojolah’ jawab Paktam penuh yakin dalam diri. Seyakin dia meminum Yakult.


Laki orang dowh..’ getus Rizzy sambil menghirup air milo ais. Kemudian mengemas baki-baki air yang melekat pada misainya yang melenting sampai telinga.


Ah, blasah aje!’ pintas Paktam dengan mulut penuh dengan ayam goreng.

 

TAMAT

 

 


Cerpen sebelumnya:
10 Hari Mencari Cinta
Cerpen selanjutnya:
Sinar Di Sebalik Kabus

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.8
4 Penilai

Info penulis

Rizzy

kurap yang mujarab. 
Rizzy | Jadikan Rizzy rakan anda | Hantar Mesej kepada Rizzy

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Rizzy
Tersangkut (Filem Pendek) | 17861 bacaan
Pak Kadiyag | 36713 bacaan
"Kasim"hannya Beliau | 2706 bacaan
Kiting Ke Kedai | 3355 bacaan
Soalan Gudun | 3716 bacaan
Denganmu Kutenang | 3008 bacaan
Kepala Monitor Alpetoh | 2865 bacaan
PCB#2 : Monolog Niraq | 2883 bacaan
Tangisan Dodo | 3177 bacaan
Gadis Kebaya Biru | 5303 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

7 Komen dalam karya Kau Suka the Cerpen (feat. Paktam)
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik