Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Terlerainya Ikatan Persahabatan 1

 

“Hello…”

“Hello!”

Uish. Kasarnya!

“Ya?” Aishh.. mesti dia marah gila dengan aku ni. Ah! Lantak la situ.

“Yang kau pegi bagitau kat abang aku tu apasal? Kau memang nak tengok aku mati ke?!!”

Amboi! Tak ingat nak bagi salam dah keeee? Terus-terus nak marah je ni. Hanginnn.

“Habis tu? Kau nak aku buat apa? Diam macam tunggul kayu biarkan kau buat benda bodoh?!!” Atiqah juga meninggikan suaranya.

Aduh! Ya Allah… Tenangkan hati aku. Jangan la kasi aku sama-sama naik angin. Atiqah berkata dalam hati.

“Aku nak tau kenapa kau mesti bagitau kat abang aku!”

Sepi di hujung talian. Atiqah malas mahu menjawab. Bimbang kata-katanya nanti bakal mencederakan hati manusia di hujung talian sebelah sana. Baik aku diam. Senang. Biarkan dia. Sedang di hujung talian sana masih lagi mengherdik Atiqah dengan pelbagai kata dan persoalan.

“Aku tanya ni! Kenapa kau mesti bagitau kat abang aku? Kau macam tak tau apa dia akan buat nanti! Kau memang saje nak hancurkan hidup aku kan Tiqah?!!” Kali ini semakin tinggi nada suara Shakira. Nampak benar kemarahannya sedang meluap-luap umpama lava gunung berapi. Serasa mahu dicekik sahaja Atiqah andai ada di hadapannya.

“Aku memang sengaja bagitau kat abang kau pasal ni. Itu pun nasib aku baik masih ada number dia pada aku. Bukan aku tak try call number family kau yang lain. Tapi satu pun tak dapat.”

“Yang kau nak libatkan family aku dalam hal ni kenapa?! Diorang takde kena mengena dengan hal ni tau tak?!!”

Atiqah kembali membisu. Malas mahu menjawab lagi. Dah berapa kali nak tanya soalan yang sama dari aku angkat phone tadi. Huh!

Shakira masih lagi memaki hamun Atiqah di hujung talian. Pedih telinga Atiqah mendengarnya. Segala kemarahan dihamburkan kepadanya.


Tiba-tiba...

“Ah! Dahlah!” Shakira terus mematikan talian. Mungkin sakit hati dengan tindakan Atiqah yang membisu sedari tadi. Tidak sempat Atiqah menjawab.

Ah! Biarlah dia. Semoga dia bahagia. Bisik hati Atiqah.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Prosa BM yg ke-100 !! horeyy !!

  • (Penulis)
    2) thanks ye encik jo atas tunjuk ajar anda. Wink
  • 3)

    yey! lenkali jumpe kesuma, nak belanja die main boling 3 game. kene main tau? belanje ni.

    ouh dan semua ahli kapasitor akan bersorak. bole kan kesuma?

  • 4) tengs ucu sebab nak lanje. aku akan bermain sungguh2. pasti!
  • 5)

    hanye kepada org yang mempunya screename Kesuma ye? simpan saja perasaan perasan kamu itu caha


  • (Penulis)
    6) errr, nak belanja? alamak segan la. Laughing hehu. insyaAllah kalau ada kesempatan eh ucu. thanksss.
  • 7) xsempat nak feel,cite da hbs...kesum btol la ko ni...hahahha

  • (Penulis)
    8)

    haha. tungguuuuu

  • 9) oh ade sambungan ker? saya bersetuju ngan mizpuya, baru nak feel dah habis. sibbaik la rupenye ade sambungan. lenkali kasi panjang sikit jer cik kesumawati.

  • (Penulis)
    10) saje nak kasik saspender. ehhh saspen. nantikan sambungannya yang tak seberapa. :D
  • 11) just read it...heheeehhe... whats next?

Cerpen-cerpen lain nukilan Kesuma

Read all stories by Kesuma