Ramadhan Nak Abis Dah!

 

Samad: Weh, skang ni dah brape Ramadhan ek?

Ahmad: Erk...dah 29 Ramadhan dah ni. Apsal nampak gelabah je ni?

Samad: 29?! Alamak, Ramadhan dah nak abis dah! Sedih giler aku.

Ahmad: Pergh...cayalah.

Samad: Nape?

Ahmad: Ye la, slalunya seminggu sebelum Syawal ni suma pakat sibuk nak beraya. Suma dok sibuk bermusyawarah nak tema kaler apa tahun ni, nak shopping baju raya, nak plan nak melahap juadah raya mana satu, dok cari kaset raya kat mana, bla bla bla.

Samad: Salah ke buat persediaan raya?

Ahmad: Eh, tak. Jangan salah faham pulak. Sunnah untuk kita bergembira di hari raya dengan baju yang lawa, senyuman mesra, takbir kemenangan yang bersemangat, lagu-lagu raya yang bermesej baik, bla bla bla. Tapi jangan la asyik sangat sampai Ramadhan ni dilupakan pulak. Jadilah macam ko, masih lagi pikirkan Ramadhan yang nak pergi dah ni.

Samad: Of course la! Sedih woo...pilu hatiku.

Ahmad: Subhanallah. Masih ada lagi remaja macam ko ni ek. Dalam keriuhan nak raya ni, ko masih lagi nak kejar keberkatan beribadat dalam bulan Ramadhan, ko masih lagi mengharapkan pertemuan dengan malam Lailatul Qadr, ko masih lagi mengemis keampunan Allah, dan ko masih lagi mengejar title Taqwa yang Allah janjikan bagi mereka yang berjaya dalam bulan mulia ni. Syabas Samad!

Samad: Apa yang ko merepek ni?

Ahmad: Aik? Tadi ko yang cakap yang ko sedih Ramadhan nak abis dah kan?

Samad: Ye la, gerai nasik lemak aku mana laku bulan-bulan lain! (Sob...sob...sob)

Ahmad: ...

 

Source: Aiman Azlan's Blog

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1)
  • 2) ish, ini kes jual makanan kat bazar ramadhan atau jual sembunyi-sembunyi ni. hehehe...
  • 3) hehe. baru ingat samad ni macam riri. sedih kalau ramadhan dah nak berlalu.

Cerpen-cerpen lain nukilan ibnuazlan

Read all stories by ibnuazlan