Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Mencuci Kereta dengan Jameel Part III

 

Jameel meletakkan cawan porselin berisi air sejuk di atas meja kopi secara  perlahan-lahan. Tiada sedikit pun bunyi yang dikeluarkan dari bibirnya yang melekat macam digam dengan gam cap Buaya Darat.

 

“Bagus! Duduk kat situ! Pelan-pelan!”

 

Saliza Sailenser membentak mengarahkan Jameel untuk duduk di atas kusyen sofa yang betul-betul setentang dengannya. Baru sekarang Saliza sedar, yang sarung sofa Jameel bercorakkan gambar orang. Lebih tepat lagi, sarung sofa Jameel bergambar seorang penyanyi wanita yang sangat terkenal. Dia ingin ketawa. Tapi dibatalkan hasratnya itu atas dasar profesionalisme.

 

“janganlah jerit! Saya pantang orang jerit-jerit ni! Nanti saya naik marah!”

 

Jerit Jameel pula.

 

“ewah-ewah! Pandai nak marah pulak! Kau tak nampak ke pistol kat tangan aku ni? Kau nak otak kau bersepai melekat kat dinding belakang tu?”

 

Jawaban Saliza yang bernada ugutan itu sedikit sebanyak meredakan suhu kemarahan Jameel. Akur dengan arahan Saliza, Jameel duduk ayu di hadapan Saliza. Matanya tak berkedip memandang lubang muncung Grand Puissance yang hanya berjarak 30cm daripada lubang hidungnya yang juga agak grand.

 

Keadaan menjadi sunyi seketika. Tangan kiri Saliza yang sedang menggengam pistol kekal dalam kedudukannya. Tangan kanannya menggaru-garu pipi kirinya yang rupa-rupanya ada sebiji jerawat halus. Jameel langsung tak perasan akan kewujudan jerawat tersebut sebelum ini. Suasana menjadi agak senyap dan lubang telinga kedua-dua manusia yang sedang berhadapan mata ke mata ini mula berdengung dek bunyi kesenyapan yang memekakkan. Deafning silence kata orang putih!

 

“ngiung-ngiung-ngiung ! piuw! Syiuw!”

 

Tiba-tiba datang seekor lalat melayang-layang bermain-main di muka Saliza Sailenser. Lalat jenis Sarcophagidae yang bersaiz 15mm dari kepala ke kaki itu memang agak besar dan menggelikan. Saliza cuba menepis-nepis lalat yang berwarna kelabu itu agar menjauhinya. Dia gagal. Lalat itu terus saja berpusing-pusing mengelilingi kepalanya.

 

“awak tak mandi pagi ke?”

 

Dengan spontan Jameel meluahkan perasaannya.

 

“kau diam boleh tak? Rumah kau ni yang busuk!”

 

“busuk ke? Aku baru kemas rumah tau tak? Siap mop lantai, buang sampah, hah! Ni sofa ni, aku baru je spray dengan minyak wangi tau!”

 

Saliza masih lagi cuba menghalau lalat yang mengganggunya. Dia gagal lagi. Akibat perasaan marah yang memuncak, Saliza Sailenser terus menarik picu pistolnya sepantas mungkin.

 

“pang!”

 

Asap daripada muncung pistol Browning itu naik sedikit berkepul melintasi muka Jameel yang sedang dibasahi peluh berjejer-jejer.

 

“nah! Ambik kau! Kurang hajar punya lalat! Nah! Ambik! Ambik!”

 

Saliza melompat-lompat ke atas bangkai lalat yang baru ditembaknya tadi. Selepas lompatan yang kelima, dia berhenti dan kembali duduk di sofa. Pistol kembali diacukan ke muka Jameel. Kali ni lebih dekat.

 

“apsal awak buat macam ni?”

 

Jameel mula merayu. Macam watak lelaki lembut dalam filem cinta yang tak kesampaian dihalang darjat dan orang tua.

 

Saliza tak menjawab. Sebaliknya dia pula menyoal.

 

“kau duduk sorang ke kat sini?”

 

“ya.”

 

“apahal kau duduk sorang? Kau takde kawan ke?”

 

“hmmm….”

 

“jawablah!! Nak hmmm..hmmm..buat apa!”

 

“saya duduk sorang sebab saya tak suka kawan dengan orang!”

 

Jameel berasa marah dengan pekikan suara Saliza yang mendesak itu.

 

“ok! Ok! Jangan marah. Sori! Sori! Aku tak jerit lagi..ok?”

 

“ok.”

 

Sekali lagi Saliza menyentuh jerawat kecil di pipi kirinya. Disentuhnya dengan agak hati-hati dan penuh kasih sayang. Macam mak kucing gigit tengkuk anak kucing.

 

“baik, aku nak tanya kau satu soalan”

 

“tanyalah. Tapi jangan naik suara.”

 

Jameel memberi amaran kali ni.

 

Saliza tak terus menyoal. Dia memindahkan pistol ke dalam genggaman tangan kananya pula. Tangan kirinya yang baru bebas, perlahan-lahan digunakan untuk mengangkat cawan porselin berisi air sejuk. Selesai meminum air, dia bersuara.

 

“hmmm..macamana ek! ….kau ni .....................betul-betul ke Jameel? atau pun..”

 

“atau pun apa?!”

 

“atau pun …….Jameela? hmm?”

 

Saliza mengangkat kening kirinya sewaktu mengeluarkan bunyi “hmm”.

 

Jameel terdiam. Bangkai Lalat yang penyet di lantai bergerak sedikit kakinya.

 

 

…………………….

 

 

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) wawa pak kuru dasat ni cane tetiba masuk nama jameela?
    nebes ai tunggu part IV ni!
  • 2) omg.. kekeliruan jantina? adik bradik kembar? siapa jameela? ex-partner in crime saliza sailenser ke?

    i suka!!!
  • 3) adekah kerana jameel kelihatan ayu tapi berlagak ganas? bapuk kah jameel?
  • 4) mulan jameela?? (tibe2). oh ada sedikit pembetulan: 'deafening' silence rasenye..
  • 5) sudah semakin saspens...hahaha

    "Jamil,Jamil..kusangka dua, rupanya tiga.."
  • 6) haik. saliza sailenser adalah penyiasat gender profesional ke. hehe!

    lalat mesti tak lari punyeee dalam ceritaaa

  • (Penulis)
    7) Caha: sabar ye..dalam episod akan datang akanku rungkaikan kenapa lalat, kenapa itu kenapa ini sedikit demi sedikit...Alamak terbocor rahsia!!!

    Nia:thanks atas pemerhatianmu

    Clarky,Ancalime,26life, Jojo: thanks sudi baca!
  • 8) siapa yg terkeliru jantina ni? jameel ke, saliza? ke aku? huhu
  • 9) Ayat last tu kelakar. HAHA.

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa